Jumaat lepas, keluar dengan cik Rienduan ke Sutera Mall. Kami bersarapan kat Kiliney Kopitiam. Aku temankan cik Rienduan saje sebab aku dah bersarapan di rumah.
Sebenarnya,ini kali pertama kami berjumpa kat Sutera Mall. Ini semua gara-gara aku dah beli voucher 6D CS Motion Master kat Groupon. Sebelum voucher tu expired, haruslah kita pergi tengok kan. Kami pilih tengok movie roller coaster..kira oklah untuk tayangan 10 minit.
Keluar je daripada tengok 6D movie, ternampak plak mural yang comel ni..haruslah kena ambil gambar..hehehe..
Seterusnya,kami ke My Library Sutera Mall yang terletak di tingkat 4. Sebelum ni tak pernah tahu pun ada perpustakaan mini dalam Sutera Mall tu..sajelah nak tengok macam mana rupanya..
Dah kebetulan ada kat tingkat 4, kami tengok-tengok gaklah apa yang menarik kat situ. Rupa-rupanya kat tingkat 4 ni ada gak Skating Rink, Escape Room & Baby Spa. Menarik gak kan..
Dah puas berpusing-pusing dalam Sutera Mall, masa untuk JJCM pulak. Kami ke Amphawa Boat Noodle..melayan makan boat noodle untuk pertama kalinya. Hari tu kami order semua jenis boat noodle,sebab nak merasa semua..& paham-paham jelah portion nya kecik. Kami order juga ayam pandan, crispy chicken salad & dessert red rubbies (kegemaranku). Alhamdulillah..kenyang..
Jumaat lepas..pagi-pagi aku keluar hantar cik Aisyah kat stesen bas sebab dia nak pergi Shah Alam. Kemudian jemput plak cik Puan Rienduan yang kebetulan turun JB pada hari yang sama.
Terus pergi Restoran Hua Mui untuk sarapan pagi. Kami sarapan roti saja..(kononnya nak lunch berat nanti).
light breakfast katanya..
Sembang punya sembang tak perasan plak dah dekat pukul 11 pagi. Terus ke City Square sebab nak tengok cerita Ribbit. Ingatkan cerita tu dalam English,sekali dalam Bahasa Melayu.. Layankan jelah..
Sinopsis dari SINI Ribbit mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar. Di dalam pengembaraannya dia ditemani rakan karibnya iaitu seekor tupai bertemu dengan pelbagai binatang yang bercakap dalam dialek-dialek berbeza; sebagai metafora seseorang yang mengelilingi dunia (versi Bahasa Inggeris) dan mengelilingi Malaysia (versi Bahasa Malaysia) untuk mendapatkan jawapan yang dicari.
Secara keseluruhannya..layan je cerita ni. Cerita animasi yang best..mungkin sebab terbitan KRU Studios agaknya. Aku paling suka watak burung enggang yang bernama Mat Rompi, dilakonkan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi. Gaya & percakapan Mat Rompi tu memang sesuai sangatlah..terbaek..
Habis tengok cerita Ribbit,kami cadang nak makan kat Seoul Garden.. Tapi dibatalkan sebab ramai sangat orang kat sana..ditambah pulak rasa macam tak larat nak makan buffet.. makanya kami tukar selera ke makanan Arab pulak. Kami ke Pomegranate Garden Restaurant yang terletak kat Taman Universiti,Skudai.
dari luar..
Kat restoran ni ada tempat makan yang di luar (open air) dan ada tempat makan di dalam (yang ada air-cond). Haruslah kami pilih tempat makan yang di dalam kan..tapi air-cond kat dalam pun takdelah kuat mana.
cubaan selfie
Kami pilih makan bersila..tempat nya macam atas katil gitu. Kalau ada tilam mesti kami dah baring. Sementara tunggu makanan sampai,kami selfie dulu.. Hampir-hampir je kami nak baring & tidur je..hahaha..
dessert first??
Aku order banana split..tapi tak sangka pulak dapat dessert dulu. Air botol tu tak sedap kalau nak dibandingkan dengan air botol yang jenama Barbican tu..
Makanan di atas tu..boleh lah. Tapi tak kena pada tekak kami lah. Disebabkan hari tu baru je makan kat restoran arab lain..asyiklah membandingkan dengan makanan kat sana. Takpelah..saje nak mencuba kan. Lain kali cuba kat tempat lain pulak.
Kemudian,kami pergi makan cendol pulak..saje nak membasahkan tekak..hehehe.. Dah kenyang,baru lah boleh balik..
Mawarbiru : Rasa macam asyik makan je satu hari tu..hehehe..
Sabtu lepas sebenarnya kami ada planning lain..tetiba planning tu tak jadi pulak. Memandangkan planning tu tak jadi,jomlah kita keluar..moh kita ke Skudai Parade..
Memandangkan mak teringin sangat nak main bowling,aku pun layankan je lah. Aku memang tak minat main bowling. Sebab tu lah ke longkang je perginya. Aku main 2 kali je kot..yang selebihnya mak yang main kan untuk aku..hehehe..
cik Aisyah
ratu longkang
mak saya yang paling happening..
Mak paling seronok sebab dapat main bowling. Bertambah seronok sebab dia menang..hehehe..layankan je.. Main bowling satu game je pun. Lepas tu kami tengok wayang plak.. Cerita CEO..
Sebelum tengok wayang..inilah aktiviti kami..
mak sempat mengurut
kami plak berselfie
Komen aku pasal cite CEO
Cite CEO ni best sangat sebab ada dua pelakon favourite aku. Ditambah lagi jalan citenya pun best. Thumbs up untuk Beto Kusyairy & Remy Ishak. Malas nak ulas lebih-lebih. Kalau nak tahu cite ni pasal apa,bleh baca kat http://www.rotikaya.com/filem-minggu-ini-ceo/.
Habis tengok cite CEO,kami gerak rumah cik Diena. Lepak rumah dia jap.. Ajak jalan ke JPO plak. Ada orang tu nak cari barang untuk hantaran. Aku cuci mata jelah. Takde terasa nak beli pape pun.
Sabtu lepas,aku keluar jumpa cik Rienduan. Lama rasanya tak lepak-lepak dengan dia. Bila ada kat BP,haruslah ambil peluang untuk keluar bersama.
Memandangkan cik Rienduan belum sarapan & aku plak nak makan bakso..mehlah kita pergi makan bakso. Gerai bakso ni kat Kg.Istana..pemiliknya memang orang Indonesia tau. Terbaeklah..hehe..
bakso terbaeek kat BP
Lepas makan,tak tahu nak ke mana. Kami ke Pantai Minyak Beku..kononnya nak amik angin. Tapi disebabkan panas terik & takde pun angin sepoi-sepoi bahasa..maka kami ke Square One pulak. Tak dapat angin pantai,kita amik angin aircond je lah..
orang yang kecewa tak dapat tengok Tanda Putera..tapi terpaksa redha tengok cite lain..hehehe..
Cik Rienduan nak sangat tengok Tanda Putera tapi memandangkan tayangan cite tu malam,terpaksalah kami tengok cite lain. Makanya kami amik keputusan untuk layan cite ni..best gak lah cite ni.
trailer Kick Ass
Selesai tengok wayang,kami pun pulang ke pangkalan jalan..hehehe..
Cuti 3 hari tu takde kemana pun. Memandangkan En.Somi keje,dok umah je lah. Tapi hari Isnin lepas sempatlah ajak En.Somi tengok cite Juvana. Peminat drama Juvana lah katakan..haruslah rasa teruja nak tengok Botak, Apek & Daim..hehehe...
Filem
Juvana adalah kesinambungan dari drama TV Popular Juvana yang telah disiarkan di
TV3 dan memenangi anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem
Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim setelah Wira
Bakti di tutup.
Daim
yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan barunya dan menyambung
persekolahan. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk
Daim membina hidup baru.
Botak,
Apek, Ayam, Kicap, Gaban dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah Juvana
lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu, Botak mula
akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak,
Ketua Samseng sekolah itu sehingga mencabar semangat setia kawan diantara
mereka.
Komen aku? Hmmm... Macam kurang rasa lah (eh,macam masakan plak..hehehe). Sebenarnya tak tahu nak komen apa. Jalan cite & pelakon semuanya ok.. Cuma tak suka tengok watak Sharnaaz tu (memang tak minat dia pun). Lepas tu rasa macam tak biasa plak tengok Johan As'ari tu botak..hehehe...
Kesimpulannya.. cite ni mungkin ada sambungan lagi.. Kena tunggu lah ye..
Sebagai penutup..meh lah kita layan budak-budak Juvana ni berpoco-poco...
Mawarbiru : Apakah sebab Beto Kusyairy tiada dalam ini cite maka rasa kurang best?? hmmm...
Ahad lepas Cik Rienduan turun sini. Cik Rienduan sampai je, kami terus ke U Mall sebab nak tengok cite Istanbul Aku Datang. Sebelum tu, makan dulu di Restoran Singgah Selalu..
official trailer Istanbul Aku Datang
Teruja sangat nak tengok Istanbul Aku Datang ni..sebabnya...ada Beto Kusyairy...hehehe.. Selain tu Lisa Surihani sangatlah comel dalam cite ni. Secara keseluruhannya cite ni best sangat. Lakonan Beto Kusyairy, Lisa Surihani & Tomok pun best. Cuma Tomok macam tak sesuai plak jadi pelajar perubatan..
Apapun Istanbul sangat cantik..semua tempat pun nampakk cantik je... bila lah dapat merasa pergi sana ye..hehehe...
Lepas pusing-pusing kat U Mall, kami ke Taman Rekreasi Mutiara Rini. Lepak-lepak kat situ sampai pukul 5 kot.
menara terapung kot kat belakang tu..hehe..
rumah Limas Johor Bahru.. jemput lah masuk..eh??
Mawarbiru : Salam Maal Hijrah.. Semoga tahun baru ini memberikan keberkatan dan rahmat buat kita semua.. (berdoa..dan terus berdoa..)
Rasanya macam dah agak lambat kot nak cite pasal Ombak Rindu. Dah dekat sebulan kan tayangan cite tu. Apa nak wat,aku baru je dapat tengok cite tu Ahad lepas. Nasiblah cik Rienduan sudi temankan aku tengok cite tu walaupun dia dah tengok dulu..
Masa mula2 dok heboh pasal nak adaptasi novel Ombak Rindu ke filem,rasa teruja sangat. Yelah,aku betul2 minat sangat novel Ombak Rindu tu..rasa macam best je..
Tapi,bila aku tengok cite tu rasa macam sedikit hampa. Tak feeling pun.. Rasanya Maya Karin tu tak sesuai kot bawak watak Izzah. Aaron Aziz sebagai Hariz memang best.. Ntahlah..maybe sebab dah baca banyak sangat review sebelum tengok,tu yang feeling kurang. Apapun,cite ni dah dapat RM11juta. Makin laku lah novel Ombak Rindu ni. Cover pun dah bertukar..
Apa2 pun aku suka OST Ombak Rindu ni... baru feeling..hehehe..
Sabtu lepas cik Rienduan ajak aku tgk cite Kongsi. Sebenarnya aku tak terasa pun nak tgk tapi dah org ajak,layankan jelah.. Kami tgk kat MBO Square One. Ramai gak yg tgk masa tu..
Sinopsis Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.
ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu. ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.
Pada pendapat aku,cite ni tak best langsung. Macam cite Farid Kamil yg sebelum ni,cite ni sama je..takde motif. Harapkan lakonan Shaheizy Sam je yg best. Yg lain macam hampeh.. Tapi yelah,tak best pun cite ni dapat kutipan RM7 juta.. Macamana bleh dapat kutipan byk gitu eh??hmm...
Agaknya sebab terpengaruh dgn trailer cite ni kot...
Malam minggu yg lepas,kami gi melepak.. bukan berdua tapi turut disertai cik Rienduan & temannnya. Perancangannya kami berempat nak tgk cite ni - Hikayat Merong Mahawangsa.
Kami sampai MBO Square One lebih awal, gara2 nak beli tiket punya pasal. Maklum sajelah ramai org dok bercerita pasal filem ni,tu yg risau kalo2 takde tiket...hehehe..
Sementara menunggu cik Rienduan & temannya,sempat gaklah tengok2 barang kat Parkson. Malam minggu,Parkson tengah wat sale - diskaun 50% hinggalah 70%. Bila sale,maka ramailah org yg memenuhi Square One. Lemas gak dibuatnya..
Cik Rienduan sampai agak terlewat. So,kami masuk wayang lambat & agak ketinggalan cite tu utk beberapa babak..tak mengapalah.. Pasal cite ni aku akan preview kemudian ye.
Habis wayang,cik Rienduan ajak makan sate kat Jengkuan tapi hampa sebab sate habis. Maka,kami gi lah melepak kat kedai makan yg berdekatan dgn dewan badminton. Makan kat sini hanya ada menu bubur & roti nan.
Kami makan bubur ayam,cik Rienduan dan temannya makan roti nan. Asalnya dorang order roti nan cheese tapi hampa lagi sebab cheese nya sudah habis. Dapat lah gak merasa nan cheese satu. Tak lupe gak ada ayam tandoori..nyam2.. Dalam dok sedap2 makan,tak sedar En.Somi order sampai 3 gelas air..hehehe..
Kami melepak kat situ sampai pukul 12. Bukan sebab saje nak melepak sampai lewat malam tapi sebab menunggu order yg tak sampai2. Yelah,kat kedai tu ramai org,so kenalah sabar sikit..
Walau apapun,ianya malam minggu yg menyenangkan. Lain kali bleh wat double date lagi..
Mawarbiru: Cik Rienduan,len kali kite gi piknik eh??
Walaupun sudah agak lambat,aku tetap nak preview pasal cite The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader.
Ye..aku memang peminat siri Narnia. So,bile cik Rienduan cadangkan tengok wayang,aku terus teruja nak tengok siri Narnia yg terbaru ni.
The Voyage of the Dawn Treder merupakan siri yg ketiga daripada 7 siri Narnia. Dua siri yg sebelumnya ialah - The Lion, The Witch and The Wardrobe dan Prince Caspian.
The Lion, The Witch and The Wardrobe
Prince Caspian
Filem Info: Filem ini dibintangi oleh Ben Barnes, Skandar Keynes and Georgie Herley dan diarahkan oleh Michael Apted.
Sinopsis Siri ini mengisahkan Lucy dan Edmund Pevensie yang kembali ke Narnia bersama sepupu mereka,Eustace di mana mereka bertemu dengan Prince Caspian. Mereka kemudiannya mengikuti pelayaran menjejaki 7 bilah pedang. Kisah menarik pengembaran di hiasi karenah Eustace yang kemudiannya bertukar menjadi seekor Naga. Sepanjang pelayaran itu,mereka berhadapan pelbagai rintangan sebelum akhirnya berjaya menumpaskan kuasa jahat.
Suka sangat tengok Prince Caspian yang kelihatan semakin matang dan kacak...hehehe...
Bagi peminat siri Narnia,mesti tengok siri terbaru Narnia ni. Yang tak minat pun,patut tengok cite ni sebab best...
Suatu ketika dulu,aku memang minat baca novel karya Ahadiat Akashah. Tak taulah kenapa..ada gak beberapa novel yg aku beli sendiri tapi kebanyakkannya aku pinjam member punya..
Aku tak ingat samada aku pernah baca novel Lagenda Budak Setan ni..tapi rasanya mcm pernah ada hasrat nak beli novel ni tapi macam tak tercapai plak.. Masa tu budget seorang pelajar memang tak mencukupilah nak beli novel..
Sabtu lepas,aku berkesempatan tengok cite ni dengan cik Rienduan. Memanglah tak mengharapkan apa2 yg 'hebat' pada cite ni tapi sekurang2nya bleh layan lah..
Secara keseluruhannya,cite ni ok.. Cuma rasa macam tak puas tengok.. Rasa mcm perjalanan cinta budak setan ni mcm terlalu pantas.. Percintaan Kasyah & Ayu tak berapa feel.. tak menyentuh jiwa..huhuhu...
Rasa tak puas tengok lakonan Lisa Surihani..dia memang sesuai jadi Ayu. Tapi watak Ayu selepas accident,tak best langsung (sape tah nama pelakon baru tu)...
Walau apapun,takde ruginya tgk cite ni... Kini menanti plak sambungannya...bilalah agaknya ye...
Mawarbiru: Cukup suka lagu OST cite ni..Bila Cinta...
Seperti yang dijanjikan En.Somi,ari sabtu lepas kami telahpun menonton Robin Hood dengan disertai Cik Rienduan. Sblom masuk panggung,En.Somi bertanya, “Larat ke tgk,cite ni lebih 2 jam tau.”
Rupa2nya selama lebih 2 jam menonton cerita ni,tak terasa lama pun. Cerita ini sememangnya memuaskan hati. Tak sia2lah En.Somi pilih cerita ni…
Tetiba macam jatuh cinta plak dengan Robin Hood yang dilakonkan oleh Russell Crowe. Hero yang sangat cool. Terus terlupa pada En.Somi yang kat sebelah. Hehehe…Watak2 len dalam cerita ni pun best gak – Lady Marion, Little John, Will, Priar Tuck…Alangkah bestnya kalau cerita ini terus bersambung.
Cerita ini mengisahkan perjalanan hidup Robin Hood, bermula daripada seorang tentera biasa,kemudiannya memimpin bala tentera menentang Perancis dan akhirnya menjadi buruan King John kerana dianggap sebagai penjenayah.
So,peminat2 Robin Hood,jgn lepaskan peluang tengok cite ni...
Malam minggu yg lepas, aku dan En.Somi serta Cik Rienduan pergi menonton The Wolfman. Maybe kami sudah agak ketinggalan tapi sekurang2nya masih berkesempatan untuk menonton cite ni. Aku bukanlah peminat cite2 sebegini...bukan kerana cite ini klasik,tapi kerana aku kurang minat cite2 yg seram sebegini..Tapi secara keseluruhannya,cite ini tidak menghampakan..Taklah nampak pelik wolfman tu..Looks real...
Dan En.Somi sgt2 berpuas hati kerana akhirnya dapat menonton cite tu...