Rabu, Mei 18, 2011

Kongsi... Lu Langsi...Lu Mati

Sabtu lepas cik Rienduan ajak aku tgk cite Kongsi. Sebenarnya aku tak terasa pun nak tgk tapi dah org ajak,layankan jelah.. Kami tgk kat MBO Square One. Ramai gak yg tgk masa tu..



Sinopsis
Filem KONGSI adalah filem aksi komedi mengisahkan penyiasatan ASP Shariff terhadap kes pembunuhan di kalangan kumpulan kongsi gelap di sekitar Kuala Lumpur. Kumpulan kongsi gelap ini terdiri daripada tiga kaum iaitu Melayu, Cina dan India yang selalu bergaduh selepas berlakunya sesuatu kes pembunuhan.

ASP Shariff akhirnya berjaya mengesan seorang pembunuh upahan bernama Tumulak yang terpaksa melakukan pembunuhan untuk menebus hutangnya. Pelbagai peristiwa berlaku disebabkan perbuatan Tumulak dalam usahanya menghuru-harakan kumpulan kongsi gelap itu.
ASP Shariff yang ditugaskan membanteras pergerakan kongsi gelap ini berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam usahanya. Dia juga diugut apabila anak dan isterinya diculik.


Pada pendapat aku,cite ni tak best langsung. Macam cite Farid Kamil yg sebelum ni,cite ni sama je..takde motif. Harapkan lakonan Shaheizy Sam je yg best. Yg lain macam hampeh.. Tapi yelah,tak best pun cite ni dapat kutipan RM7 juta.. Macamana bleh dapat kutipan byk gitu eh??hmm...

Agaknya sebab terpengaruh dgn trailer cite ni kot...



Mawarbiru: Tak sabar2 nak tgk Nur Kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...