Isnin, September 16, 2013

Antara Bakso & Kick Ass 2

Sabtu lepas,aku keluar jumpa cik Rienduan. Lama rasanya tak lepak-lepak dengan dia. Bila ada kat BP,haruslah ambil peluang untuk keluar bersama.

Memandangkan cik Rienduan belum sarapan & aku plak nak makan bakso..mehlah kita pergi makan bakso. Gerai bakso ni kat Kg.Istana..pemiliknya memang orang Indonesia tau. Terbaeklah..hehe..
bakso terbaeek kat BP

Lepas makan,tak tahu nak ke mana. Kami ke Pantai Minyak Beku..kononnya nak amik angin. Tapi disebabkan panas terik & takde pun angin sepoi-sepoi bahasa..maka kami ke Square One pulak. Tak dapat angin pantai,kita amik angin aircond je lah..

Kami rancang nak tengok wayang. Sementara menunggu tu,mehlah layan karaoke 5 lagu..hehehe..

kami dalam karaoke box..

orang yang kecewa tak dapat tengok Tanda Putera..tapi terpaksa redha tengok cite lain..hehehe..

Cik Rienduan nak sangat tengok Tanda Putera tapi memandangkan tayangan cite tu malam,terpaksalah kami tengok cite lain. Makanya kami amik keputusan untuk layan cite ni..best gak lah cite ni.

trailer Kick Ass

Selesai tengok wayang,kami pun pulang ke pangkalan jalan..hehehe..


Mawarbiru : Selamat Hari Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...