Selasa, Februari 10, 2015

Movie + Library + Makan

Jumaat lepas, keluar dengan cik Rienduan ke Sutera Mall. Kami bersarapan kat Kiliney Kopitiam. Aku temankan cik Rienduan saje sebab aku dah bersarapan di rumah.

Sebenarnya,ini kali pertama kami berjumpa kat Sutera Mall. Ini semua gara-gara aku dah beli voucher 6D CS Motion Master kat Groupon. Sebelum voucher tu expired, haruslah kita pergi tengok kan. Kami pilih tengok movie roller coaster..kira oklah untuk tayangan 10 minit.

Keluar je daripada tengok 6D movie, ternampak plak mural yang comel ni..haruslah kena ambil gambar..hehehe..

Seterusnya,kami ke My Library Sutera Mall yang terletak di tingkat 4. Sebelum ni tak pernah tahu pun ada perpustakaan mini dalam Sutera Mall tu..sajelah nak tengok macam mana rupanya.. 



Dah kebetulan ada kat tingkat 4, kami tengok-tengok gaklah apa yang menarik kat situ. Rupa-rupanya kat tingkat 4 ni ada gak Skating Rink, Escape Room & Baby Spa. Menarik gak kan..

Dah puas berpusing-pusing dalam Sutera Mall, masa untuk JJCM pulak.  Kami ke Amphawa Boat Noodle..melayan makan boat noodle untuk pertama kalinya. Hari tu kami order semua jenis boat noodle,sebab nak merasa semua..& paham-paham jelah portion nya kecik. Kami order juga ayam pandan, crispy chicken salad & dessert red rubbies (kegemaranku). Alhamdulillah..kenyang..
sebelum & selepas.. 



sebelum pulang..harus bergambar dulu..


Mawarbiru : macam kena repeat lagi ni..hehehe.

1 ulasan:

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...