Memaparkan catatan dengan label schatzrina. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label schatzrina. Papar semua catatan

Selasa, Februari 10, 2015

Movie + Library + Makan

Jumaat lepas, keluar dengan cik Rienduan ke Sutera Mall. Kami bersarapan kat Kiliney Kopitiam. Aku temankan cik Rienduan saje sebab aku dah bersarapan di rumah.

Sebenarnya,ini kali pertama kami berjumpa kat Sutera Mall. Ini semua gara-gara aku dah beli voucher 6D CS Motion Master kat Groupon. Sebelum voucher tu expired, haruslah kita pergi tengok kan. Kami pilih tengok movie roller coaster..kira oklah untuk tayangan 10 minit.

Keluar je daripada tengok 6D movie, ternampak plak mural yang comel ni..haruslah kena ambil gambar..hehehe..

Seterusnya,kami ke My Library Sutera Mall yang terletak di tingkat 4. Sebelum ni tak pernah tahu pun ada perpustakaan mini dalam Sutera Mall tu..sajelah nak tengok macam mana rupanya.. 



Dah kebetulan ada kat tingkat 4, kami tengok-tengok gaklah apa yang menarik kat situ. Rupa-rupanya kat tingkat 4 ni ada gak Skating Rink, Escape Room & Baby Spa. Menarik gak kan..

Dah puas berpusing-pusing dalam Sutera Mall, masa untuk JJCM pulak.  Kami ke Amphawa Boat Noodle..melayan makan boat noodle untuk pertama kalinya. Hari tu kami order semua jenis boat noodle,sebab nak merasa semua..& paham-paham jelah portion nya kecik. Kami order juga ayam pandan, crispy chicken salad & dessert red rubbies (kegemaranku). Alhamdulillah..kenyang..
sebelum & selepas.. 



sebelum pulang..harus bergambar dulu..


Mawarbiru : macam kena repeat lagi ni..hehehe.

Isnin, Januari 12, 2015

Seharian bersama Dhaniyah

Jumaat lepas, cik Diena minta tolong jaga anak-anak dia sebab dia kena kerja. Memandangkan aku dah berjanji nak jumpa cik Rienduan, maka aku sanggup jaga Dhaniyah. Asy'ari pulak terpaksalah ikut mama dia pergi kerja.

Pagi-pagi aku jemput Dhaniyah kat tempat kerja cik Diena..terus pergi Angsana. Jemput cik Rienduan kat sana, terus pergi sarapan kat Restoran Hua Mui. Lama jugak lah kami melepak kat sana.

Disebabkan keluar kali ini ada Dhaniyah, maka kami rancang ke Zoo Johor.. Dalam pukul 11 pagi, kami dah sampai kat Zoo. Walaupun gerimis sikit, tapi seronoklah melayan Dhaniyah tengok binatang.
cik Rienduan & Dhaniyah

Budak kecik ni mula-mula je dia cakap dia berani, tak takut nak pegang binatang. Tapi bila dah dekat, dia menangis bukan main lagi. Satu Zoo pun boleh dengar dia menangis. Sabar jelah.. Nasiblah masa pegang kuda ni dia dah ok. 


maklong & Dhaniyah

Sejam gak lah kami melepak kat Zoo. Masa tu cik Diena call tanya kat mana..sebab dia dah habis kerja & nak amik Dhaniyah. Janji dengan dia petang baru hantar Dhaniyah balik.

Dari Zoo, kami ke Angasana. Jalan-jalan pulak kat Angsana. Kebetulan pulak masa tu ada Ekspo Pengantin..ada perasmian pulak tu. Dhaniyah teruja bila tengok ramai sangat pengantin hari tu..hehehe..

Lepas tu, kami lepak kat food court tingkat atas. Sambil makan-makan & minum, sambil melayan Dhaniyah main kat situ.
budak yang paling seronok..

Dekat pukul 4 petang, tibalah masa untuk balik. Tapi masa nak balik tu, kereta cik Rienduan pulak tak boleh hidup..tak tahu apa masalahnya. Memandangkan aku kena hantar Dhaniyah, terpaksalah tinggalkan cik Rienduan uruskan kereta dia sendiri.


Mawarbiru : Seronok gak bila sesekali keluar ada budak kecik sekali..hehehe..

Isnin, September 08, 2014

Ribbit dan Nasi Arab

Jumaat lepas..pagi-pagi aku keluar hantar cik Aisyah kat stesen bas sebab dia nak pergi Shah Alam. Kemudian jemput plak cik Puan Rienduan yang kebetulan turun JB pada hari yang sama. 

Terus pergi Restoran Hua Mui untuk sarapan pagi. Kami sarapan roti saja..(kononnya nak lunch berat nanti). 
light breakfast katanya..

Sembang punya sembang tak perasan plak dah dekat pukul 11 pagi. Terus ke City Square sebab nak tengok cerita Ribbit. Ingatkan cerita tu dalam English,sekali dalam Bahasa Melayu.. Layankan jelah..

Sinopsis dari SINI
Ribbit mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar. Di dalam pengembaraannya dia ditemani rakan karibnya iaitu seekor tupai bertemu dengan pelbagai binatang yang bercakap dalam dialek-dialek berbeza; sebagai metafora seseorang yang mengelilingi dunia (versi Bahasa Inggeris) dan mengelilingi Malaysia (versi Bahasa Malaysia) untuk mendapatkan jawapan yang dicari.

Secara keseluruhannya..layan je cerita ni. Cerita animasi yang best..mungkin sebab terbitan KRU Studios agaknya. Aku paling suka watak burung enggang yang bernama Mat Rompi, dilakonkan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi. Gaya & percakapan Mat Rompi tu memang sesuai sangatlah..terbaek..


Habis tengok cerita Ribbit,kami cadang nak makan kat Seoul Garden.. Tapi dibatalkan sebab ramai sangat orang kat sana..ditambah pulak rasa macam tak larat nak makan buffet.. makanya kami tukar selera ke makanan Arab pulak. Kami ke Pomegranate Garden Restaurant yang terletak kat Taman Universiti,Skudai.
dari luar..

Kat restoran ni ada tempat makan yang di luar (open air) dan ada tempat makan di dalam (yang ada air-cond). Haruslah kami pilih tempat makan yang di dalam kan..tapi air-cond kat dalam pun takdelah kuat mana.
cubaan selfie

Kami pilih makan bersila..tempat nya macam atas katil gitu. Kalau ada tilam mesti kami dah baring. Sementara tunggu makanan sampai,kami selfie dulu.. Hampir-hampir je kami nak baring & tidur je..hahaha..
 dessert first??

Aku order banana split..tapi tak sangka pulak dapat dessert dulu. Air botol tu tak sedap kalau nak dibandingkan dengan air botol yang jenama Barbican tu..

lunch kami - kebab ayam dengan roti & nasi mandy kambing (hentam saje..hehehe)

Makanan di atas tu..boleh lah. Tapi tak kena pada tekak kami lah. Disebabkan hari tu baru je makan kat restoran arab lain..asyiklah membandingkan dengan makanan kat sana. Takpelah..saje nak mencuba kan. Lain kali cuba kat tempat lain pulak.

Kemudian,kami pergi makan cendol pulak..saje nak membasahkan tekak..hehehe.. Dah kenyang,baru lah boleh balik..


Mawarbiru : Rasa macam asyik makan je satu hari tu..hehehe..

Ahad, Jun 08, 2014

Big Bad Wolf Book Sales di Johor Bahru


Rasanya semua orang dah tahu kot apa tu BBW Book Sales.. Sebelum ni BBW ni dok selalu je ada kat KL nun..dan masa tu aku selalu je jeles dengan orang-orang yang berpeluang pergi. So,bila BBW ni ada kat JB,haruslah tak melepaskan peluang kan.

Rasanya start tahun lepas kot BBW ni datang JB..tapi tahun lepas tak dapat pergi. Jadinya tahun ini usaha gak pergi walaupun hampir-hampir tak dapat pergi.

Semalam,pagi-pagi lagi dah keluar sebab nak hantar cik Aisyah gi kursus. Lepas bersarapan,aku & cik Rienduan terus ke Danga City Mall. Mungkin sebab kami sampai awal sangat..semua kedai pun tak buka lagi. 

Tepat pukul 10 pagi,barulah Expo ni buka. Sebenarnya takde plan nak beli pape pun..cuma nak usha buku cross stitch saje.
khusyuk membelek buku kraft

Tapi agak sedih lah sebab buku cross stitch cuma ada dua je. Kat bahagian kraft lebih banyak buku pasal lukisan & card making. Aku beli 1 buku cross stitch.

cik Rienduan bersembunyi disebalik buku

Lama gaklah kami kat sana. Banyak sangat buku..sampai tak tahu nak beli yang mana satu..hehehe..
Kesudahannya..ini lah hasilnya..
hasil rembatan yang tak seberapa


Mawarbiru : Berangan je nak beli buku banyak-banyak..bacanya ntah bila..

Rabu, April 23, 2014

JJCM bersama Rienduan

Jumaat lepas cik Puan Rienduan turun JB. Takde plan nak kemana-mana pun. Kami terus je ke Aeon Tebrau. Saje jalan-jalan kat sana. Niat dihati nak cuba makanan Korea tapi memandangkan tiada restoran yang halal lagi meyakinkan,kami pergi je makan kat Johnny's. Dapat makan makanan Thai pun jadi lah.
main masak-masak

Kami order set steamboat untuk 2 orang makan..tambah pulak nasi goreng cendawan & iced lemon tea (lupe lah plak..hehehe).
teman  JJCM

Ini pulak pencuci mulut..sedapnya..
water chesnut in syrup & honey dew ice cream

Lepas dah kenyang,kami pusing-pusing lagi kat Aeon tu. Tak beli apa pun. Petang tu kami ke Kg.Kurnia pulak..nak makan murtabak cheese.. terbaeek..hehehe..
murtabak cheese

Dari Kg.Kurnia,terus ke Skudai..amik Dhaniyah & hantar cik Puan Rienduan balik..


Mawarbiru : Ada sesapa nak belanja makan kat Seoul Garden tak? hehehe..