Tahun ni sambutan kat sebelah En.Somi dan macam biasa malam raya baru kami balik ke Sg. Kajang. Kali ni sebab aku yg balik keje lambat...hehe..
Sampai rumah mertua,haruslah makan dulu. Eh..ada sambal keranglah.. Aku hanya jamah sedikit kerana masih kenyang sebab sebelum tu dah makan kat rumah.
sambal kerang - ihsan En.Google
En. Somi makan sambal kerang bukan main byk lagi.. Bahananya,pagi raya tu masing2 sakit perut. Aku tak sakit perut plak. Agaknya sebab aku cuma makan sikit kot. Semua dok saspek sambal kerang tu puncanya.. Yelah,kotlah kerang tu dah tak berapa elok ke..
Juadah pagi raya macam raya biasa gak - ketupat,ayam masak kicap,rendang & sambal goreng. Lepas solat raya,kami ke rumah abg ipar,Abg Rosli kat Taman Bendahara. Makanlah kami beramai2 di sana. Kak Ani masak ketupat,lodeh,ayam masak merah & kuah kacang. Lepas tu masing2 dah macam ular sawa...hehehe...
Tengahari tak kemana. Bila sudah kenyang,mata pun berat.....zzzz...
Petangnya,kami makan sup tulang plak. Abg Rosli tolong org korban,maka dapatlah banyak tulang.. Sedapnya... En.Somi dok pulun makan sup gear box..
sup gear box - ihsan En.Google
Dan sekali lagi sakit perut berulang.. Biasalah bila dah hari raya,makan pun macam2, sakit perutlah..hmmm...
Mawarbiru : Sedapnya sup tulang...
Sup tulang memang best. Lagi-lagi, makan dengan nasi panas. Meletup. :)
BalasPadammemang meletuplah kak yati...
BalasPadam