Sabtu, Disember 18, 2010

The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader

Walaupun sudah agak lambat,aku tetap nak preview pasal cite The Chronicles of Narnia : The Voyage of the Dawn Treader.
Ye..aku memang peminat siri Narnia. So,bile cik Rienduan cadangkan tengok wayang,aku terus teruja nak tengok siri Narnia yg terbaru ni.
The Voyage of the Dawn Treder merupakan siri yg ketiga daripada 7 siri Narnia. Dua siri yg sebelumnya ialah - The Lion, The Witch and The Wardrobe dan Prince Caspian.
The Lion, The Witch and The Wardrobe


Prince Caspian

Filem Info:
Filem ini dibintangi oleh Ben Barnes, Skandar Keynes and Georgie Herley dan diarahkan oleh Michael Apted.

Sinopsis
Siri ini mengisahkan Lucy dan Edmund Pevensie yang kembali ke Narnia bersama sepupu mereka,Eustace di mana mereka bertemu dengan Prince Caspian. Mereka kemudiannya mengikuti pelayaran menjejaki 7 bilah pedang. Kisah menarik pengembaran di hiasi karenah Eustace yang kemudiannya bertukar menjadi seekor Naga. Sepanjang pelayaran itu,mereka berhadapan pelbagai rintangan sebelum akhirnya berjaya menumpaskan kuasa jahat.


Suka sangat tengok Prince Caspian yang kelihatan semakin matang dan kacak...hehehe...

Bagi peminat siri Narnia,mesti tengok siri terbaru Narnia ni. Yang tak minat pun,patut tengok cite ni sebab best...

Mawarbiru : Lagi 4 siri...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...