Isnin, September 08, 2014

Ribbit dan Nasi Arab

Jumaat lepas..pagi-pagi aku keluar hantar cik Aisyah kat stesen bas sebab dia nak pergi Shah Alam. Kemudian jemput plak cik Puan Rienduan yang kebetulan turun JB pada hari yang sama. 

Terus pergi Restoran Hua Mui untuk sarapan pagi. Kami sarapan roti saja..(kononnya nak lunch berat nanti). 
light breakfast katanya..

Sembang punya sembang tak perasan plak dah dekat pukul 11 pagi. Terus ke City Square sebab nak tengok cerita Ribbit. Ingatkan cerita tu dalam English,sekali dalam Bahasa Melayu.. Layankan jelah..

Sinopsis dari SINI
Ribbit mengisahkan seekor katak yang mengalami krisis identiti mengembara di hutan dalam pencarian halatuju hidupnya yang sebenar. Di dalam pengembaraannya dia ditemani rakan karibnya iaitu seekor tupai bertemu dengan pelbagai binatang yang bercakap dalam dialek-dialek berbeza; sebagai metafora seseorang yang mengelilingi dunia (versi Bahasa Inggeris) dan mengelilingi Malaysia (versi Bahasa Malaysia) untuk mendapatkan jawapan yang dicari.

Secara keseluruhannya..layan je cerita ni. Cerita animasi yang best..mungkin sebab terbitan KRU Studios agaknya. Aku paling suka watak burung enggang yang bernama Mat Rompi, dilakonkan oleh Datuk Aznil Hj. Nawawi. Gaya & percakapan Mat Rompi tu memang sesuai sangatlah..terbaek..


Habis tengok cerita Ribbit,kami cadang nak makan kat Seoul Garden.. Tapi dibatalkan sebab ramai sangat orang kat sana..ditambah pulak rasa macam tak larat nak makan buffet.. makanya kami tukar selera ke makanan Arab pulak. Kami ke Pomegranate Garden Restaurant yang terletak kat Taman Universiti,Skudai.
dari luar..

Kat restoran ni ada tempat makan yang di luar (open air) dan ada tempat makan di dalam (yang ada air-cond). Haruslah kami pilih tempat makan yang di dalam kan..tapi air-cond kat dalam pun takdelah kuat mana.
cubaan selfie

Kami pilih makan bersila..tempat nya macam atas katil gitu. Kalau ada tilam mesti kami dah baring. Sementara tunggu makanan sampai,kami selfie dulu.. Hampir-hampir je kami nak baring & tidur je..hahaha..
 dessert first??

Aku order banana split..tapi tak sangka pulak dapat dessert dulu. Air botol tu tak sedap kalau nak dibandingkan dengan air botol yang jenama Barbican tu..

lunch kami - kebab ayam dengan roti & nasi mandy kambing (hentam saje..hehehe)

Makanan di atas tu..boleh lah. Tapi tak kena pada tekak kami lah. Disebabkan hari tu baru je makan kat restoran arab lain..asyiklah membandingkan dengan makanan kat sana. Takpelah..saje nak mencuba kan. Lain kali cuba kat tempat lain pulak.

Kemudian,kami pergi makan cendol pulak..saje nak membasahkan tekak..hehehe.. Dah kenyang,baru lah boleh balik..


Mawarbiru : Rasa macam asyik makan je satu hari tu..hehehe..

2 ulasan:

  1. bukan kebab ayam laa...chicken laari...1 ari tu je mkn kan...pasni..blh la b'hari2 m'gemukkan awak....hahahah

    BalasPadam
  2. Saya pernah makan disini 1tahun lepas..servis sgt teruk..order kat menu byk takde..last2 kami minum air je..tu pun takde pilihann..paling tak boleh terima kami makan kat luar..tempat yang bersila atas karpet tula..kawan saya tertumpahkan air..kawan ada minta maaf. kena la atas karpet dia..dia bising2 guna bahasa arab kat geng2 dia.. last2 dia amek kain dgn muka ketat suruh kawan sy bersihkan sdri..

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...