Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kerja. Papar semua catatan

Khamis, Disember 12, 2013

Thursday Blues??

Baru masuk kerja hari ini setelah cuti panjang.. dekat seminggu gak aku cuti ye..hehehe.. Disebabkan masuk kerja hari khamis,maka terjadilah lah Thursday Blues. Bekerja dalam keadaan blur memanjang..hehehe..

Banyak cerita nak update kat blog ni..maklumlah cuti panjang kan. Tapi memandangkan hari ni Thursday Blues,maka nanti-nanti jelah aku update ye.
Esok dah Jumaat..haruslah teruja nak menanti hujung minggu pulak ye. So,selamat berhujung minggu semua..

Mawarbiru : tinggal 3 minggu je hari bekerja di hari jumaat..

Isnin, Oktober 28, 2013

Nasi Ayam Somtam

Jumaat lepas,aku bersama officemate,Intan & Eza pergi makan tengahari kat Restoran Nasi Ayam Somtam. Ni semua gara-gara ada officemate yg lain dok cakap nasi ayam somtam kat sini sedap. Bila dah berkali-kali dok cakap sedap,haruslah kita pergi cuba ye.

 inilah tempatnya.. 1st in Johor katanya

Kami sampai tempat pukul 1 petang. Masih tak ramai orang..mungkin sebab hari Jumaat kot..

nasi ayam somtam

Dah nama pun restoran pun nasi ayam somtam kan,haruslah kita order nasi ayam somtam. Sedap gaklah..cuma tak rasa macam somtam yg original tu. Menu kat sini bukan hanya nasi ayam somtam ni je,ada gak nasi ayam blackpepper & yg lain-lain. Kalau nak try makan menu western pun ada. (lain kali bleh cuba western plak). Hari Sabtu & Ahad pulak ada menu nasi briyani.

Kepada sesiapa yang nak cuba Nasi Ayam Somtam 1st in Johor,ni alamatnya:
  • Restoran Nasi Ayam Somtam
  • No.4,Jalan Indah 25/16 Nusajaya
  • 82100 Johor Bahru


Mawarbiru : sedapnya kalau dapat makan somtam yg original..

Selasa, Mei 28, 2013

Hari Cuti & Musim Kawen

Minggu lepas kan cuti 3 hari kan..Jumaat cuti Wesak Day. Dan juga bermula lah cuti sekolah berserta dengan musim orang kawen..hehehe..

Aku tak ke mana sangat pun.. Cuma hari Ahad je pergi jemputan kawen dekat-dekat area rumah & kat Felda Layang-Layang, Simpang Renggam.

 maklong & Nia

Sebelum pergi jemputan kawen,kita posing dulu ye. Susah betul nak ajak Nia ni bergambar. Dia sibuk je nak pegang HP.. Adoyai,sabar je lah..

Pergi jemputan kawen kat dewan CIQ dulu. Tengahari baru bergerak ke Felda Layang-Layang. Cuaca hari tu memang agak panas lah.. Mata pun dah naik layu..huhuhu..

Sampai-sampai rumah pengantin,terus makan dulu.. Lepas tu dok borak-borak plak dengan officemate. Eh,lupe plak nak cite.. yang kahwin ni officemate aku,Nija.

 cantik kan pelamin dia..

Sebelum bergerak pulang,haruslah bergambar dengan pengantin dulu. Tak tunggu dia bersanding pun..sebab rasa macam dah lama sangat kat rumah dia. Plus,budak-budak officemate yang lain pun dah balik. Haruslah ikut sama balik..

 bersama pengantin,Nija..cantik baju..hehehe...

Masa balik tu berselisih plak dengan rombongan pengantin lelaki. Aiseh,lambat sikit je.. Takpelah,kita ambil gambar pengantin lelaki dari jauh je lah ye..

rombongan pengantin lelaki..

Selamat Pengantin Baru buat Nija & suami...
Selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah wa rahmah..


Mawarbiru : minggu ni mau ke Klang plak, majlis kawen sepupu ku..

Selasa, Mei 21, 2013

Cer Cite??

 
Cer cite camne the Blues nak keluar dari parking?
Ini kejadian kedua yg melibatkan kereta yg sama. Hmm..sabar je lah..


Mawarbiru : mungkin kena parking tempat lain kot..

Isnin, April 22, 2013

Kursus

berkursus 4 hari @ INTAN Kampus Wilayah Selatan...

Ahad, Mac 31, 2013

Hari Lahir Bos

Hari kejadian : Rabu lepas
Masa : makan tengahari
Tempat : Restoran Qaseh Bonda, Tebing Runtuh
Menu : asam pedas ikan jenahak & pari, kupang sambal serai, ikan goreng, sotong goreng tepung, sayur kailan, kangkung, capcai, telur dadar.. air asam boi.. kek buah & pulut kuning...
Acara : meraikan hari lahir bos & makan-makan sampai kenyang..hehehe...


bos yang hari lahirnya diraikan...

menu pada hari kejadian..

warga kerja JSIC


Mawarbiru : Selamat Hari Lahir Boss!!

Rabu, Februari 20, 2013

Program Celik Teknologi

Tempat : bukan Pusat Sains Negara...hehehe..
Acara : mendengar ceramah berkenaan perkara di atas & sedikit eksperimen dengan sains..
 
Kredit : Gambar cilok dari FB Adah
 
 
Mawarbiru : Jom kita ke Pusat Sains Negara..(mode:tetiba)

Sabtu, September 29, 2012

Makan Tengahari

Hari kejadian : Khamis lepas
Masa : waktu makan tengahari
Tempat : Saujana, Gelang Patah
Menu : asam pedas ikan jenahak, ikan siakap 3 rasa, udang goreng nestum, sotong goreng tepung,
kailan ikan masin, kangkung goreng belacan & air oren + durian belanda ice blended...
Acara : makan-makan sampai kenyang..hehehe...

Rabu, September 05, 2012

Merdeka! Merdeka!



Hari kejadian : Jumaat lepas.. Hari Merdeka
Masa : seawal pagi..hehehe...
Tempat : Dataran Bandaraya
Acara : sambut Hari Kemerdekaan sambil mengibar Jalur Gemilang...hehehe...


Mawarbiru : Semangat patriotik penuh dalam jiwa..hehehe...

Isnin, September 03, 2012

Jamuan Raya??

 

Hari kejadian : Khamis lepas
Masa : waktu makan tengahari
Tempat : bangunan Pejabat MB
Menu : mee hoon soto, laksa Johor, nasi Arab, sate, ABC, cendol & macam-macam lagi...
Acara : makan-makan sampai kenyang..hehehe...
 
 
Mawarbiru : tuan blog tiada sebab tolong amik gambar dorang ni..hehehe...

Khamis, Ogos 02, 2012

Projek Terbaru??

Aku tengah sibuk buat projek terbaru ni.. Jangan kacau tau..
Cuba teka apa projek terbaru aku??

Mawarbiru : Mode malas update blog...hehehe...

Isnin, Julai 02, 2012

Lunch Party??


Hari kejadian : Jumaat lepas
Masa : sebelum solat Jumaat
Tempat : bilik lepak..(nama komersial..hehehe)
Menu : pizza Domino's, sandwich Subway & donut JCo
Acara : makan-makan sampai kenyang..hehehe...

Jumaat, April 06, 2012

KEPAK 2012

29 Mac hingga 1 April 2012 lepas, telah berlangsungnya Karnival Kerjaya Perniagaan & Kemahiran (KEPAK) 2012 bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Sabtu lepas,aku & Niza telah diarahkan untuk bertugas di kaunter pendaftaran KEPAK 2012. Kami bertugas bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
pintu masuk ke karnival.. betul-betul berhadapan dgn kaunter pendaftaran kami

Ramai betul pengunjung yang datang hari tu. Tapi kebanyakannya macam lebih berminat nak cari SPR - sebab nak daftar pengundi. Kan Ahad lepas hari terakhir mendaftar kan. Tu yg ramai dok cari SPR tu..

pamplet KEPAK.. motif amik gambar ni??

Habis je waktu bertugas kami pusing-pusing kat tapak karnival tu. Takde apa yang menarik hati kami, so kami jalan-jalan cuci mata jelah. Malas nak tulis panjang-panjang,layankan jelah gambar-gambar yang tak seberapa ni..

Minggu Setiausaha bersama Dato' Siti Nurhaliza...minggu depan da..

hasil kraftangan pelajar MARA

macam-macam ada...

pelan Legoland.. korang dah tempah tiket??

Mawarbiru : Selamat berhujung minggu...

Sabtu, Ogos 20, 2011

Berbuka Puasa di Ledang Urban Retreat

Hari Rabu lepas, pejabat aku ada wat majlis berbuka puasa & sambutan ulangtahun ke-7 pejabat kami ni. Majlis berbuka puasa ni berlangsung di Ledang Urban Retreat, Ledang Heights, Nusajaya & disertai semua staff & family.

Aku ajak mak & adik aku sekali. Walaupun Ledang Heights ni tak jauh sangat dari rumah tapi kami lah org yang paling lambat sampai.. hehehe.. Apa nak wat,kena tolong mak meniaga dulu.

pemandangan di dalam..

Kami sampai ngam2 waktu berbuka puasa. Tak sempat nak cari tempat,teruslah amik makanan & berbuka apa2 yg ada dulu.

Selepas berbuka ala kadar,solat maghrib dulu. Kemudian, sambung lagi makan. Seronok tengok mak aku makan sebab ada aje org yg amik kan dia makanan...hehehe..

Lepas tu ada plak upacara potong kek. Walaupun masih baru,aku pun joinlah sekali. Kek adalah sumbangan dari En.Mohd Noor..

semua staff..

Selesai saja majlis,kami singgah ke Mydin Anjung pula. Saje jalan2..hehehe..

Kredit gambar : dari FB En.Fadzlee

Mawarbiru: Alhamdulillah..kenyang..

Sabtu, Ogos 06, 2011

Rezeki & Dugaan di bulan Ramadhan

Alhamdulillah,hari ni dah masuk hari ke-6 kita berpuasa. Rasa macam cepat je masa berlalu.

Bulan Ramadhan ni rutin harian aku sama seperti biasa. Cuma tak dapatlah nak berpuasa bersama2 En.Somi. Takpelah, sekurang2nya awal Ramadhan hari tu dapat sambut dengan En.Somi..
Sebenarnya aku nak cite rezeki yg aku dapat semalam. Beg biru tu dalamnya telekung. Aku dapat dari sorang pengurus kat ofis aku. Dia dah nak berhenti, kiranya tu hadiah perpisahan lah tu.. Orang lain yg nak berhenti aku plak yg dapat hadiah..hehehe..

Yg dalam kotak tu plak,kurma. Ada company yg bagi. Syukur rezeki aku..

Tapi petang tu dugaan plak yg menimpa aku.. Tgklah the Blues tu.. Malas nak cite macamana bleh jadi macam tu.. Sabar jelah...

Mawarbiru: Cobaan....

Rabu, Julai 27, 2011

Buat suamiku..

Buat suamiku, En. Roslizan Ariffin..
Semoga berjaya menempuhi hari ini ye. Buat yang terbaik ye syg.. Banyak2 kan berselawat..
Doaku akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu..

Khamis, Julai 14, 2011

Alhamdulillah...

Dah bersawang ke blom blog aku ni??hehehe.. Macam dah lama rasanya aku tak tulis blog. Padahal bleh je guna laptop adik aku. Tapi ntah kenapa mood nak berblogging tu takde plak..

Ari tu aku ada cite pasal perubahan yg bakal berlaku dalam hidup aku kan? Gara2 cite tu,ada plak yg ingat aku dah berisi.hmm.. Doa2kan kami ye,harapnya doa kalian kan menjadi kenyataan..

Sebenarnya..perubahan yg aku nak cite tu sememangnya berita baik buat aku.. Syukur alhamdulillah, aku dapat kerja kerajaan. Walaupun bukan jawatan tetap,aku bersyukur sgt..

Maka, bermulalah episod aku berkerja di Nusajaya & menetap di rumah parents aku. Dan juga episod aku terpaksa berjauhan dgn En. Somi.. Yelah,En.Somi kan kerja kat Batu Pahat,makanya sementara ni terpaksalah kami PJJ..
Mula2 rasanya macam susah sgt. Yelah,bese kami berdua je walau kemana. Tapi kali ni terpaksa berjauhan plak.. Kebiasaan yg kami selalu buat pun jadi pelik sgt bila dah tak dapat buat bersama..

Harapnya kami dapat lalui saat2 sukar pada masa ni ye..

Rabu, Julai 13, 2011

Wordless Wednesday #2


Bangunan C3S @ Bangunan Dato' Abd. Rahman Andak

Ahad, Disember 05, 2010

Eh..dah bulan 12??

Eh..dah bulan 12?? Rasa cepat betul masa berlalu..sekejap saje dah pun masuk bulan Disember..

Bila dah masuk bulan ni,mulalah kepala jadi pening. Dah menjadi kebiasaannya,bulan ni adalah bulan yg paling sibuk. Mana dgn urusan kalendar,kad krismas & macam2 lagilah.. Semua kerja nak kena siapkan sebelum datangnya tahun baru. Aduh...


Macam ni ke gayanya bila aku sibuknya??hehehe..

Ditambah lagi dengan kesibukan keluarga lagi..hmm.. Insya Allah,akan berlangsung lagi kenduri kawen hujung bulan ni.. Peningnya.. Rasa macam tak boleh nak uruskan semuanya..Tolong!!

Mawarbiru: Nak cuti...

Jumaat, November 19, 2010

Makan Tengahari di Daddy Village

Beberapa hari sebelum balik ke Gelang Patah,En.Somi memberitahu satu perkara..
"Hari Ahad ni ada jamuan makan tempat kerja abg. Macamana? Jamuan tu tengahari. Nak pergi ke?"

Eh..mestilah nak pergi. Bukan senang bos nak belanja makan kan..

Makanya hari Ahad tu,sampai je BP dari Gelang Patah, aku terus singgah rumah. Lepas tu kami terus gerak ke rumah mertua..

Lepak2 jap, tengahari tu terus gi Daddy Village Restaurant sebab jamuan makan tu wat kat restoran tu. Pertama kali menjejakkan kaki & makan kat situ. Pertama kali juga bersua muka & berkenalan dengan bos & teman2 sekerja En.Somi.

Ni lah Daddy Village Restaurant yg terletak kat Taman Bukit Pasir. Dulu aku ingatkan ni restoran cina yg menyediakan makanan tak halal.. rupe2nya halal..

Ini plak bahagian dalam restoran. Macam biasa je pun.. Gambar adalah ihsan En.Google.

Aku segan nak amik gambar sebab takut teman2 sekerja En.Somi fikir yg bukan2 plak..

Kami dihidangkan dgn 9 jenis hidangan termasuk pencuci mulut.. Antara hidangan nya - ikan siakap,cendawan brokoli,sotong goreng tepung,roti bun & kari udang,nasi goreng cina,ayam goreng & macam2 lagi lah.. tak berapa ingat plak..hehehe.. Dorang kuarkan satu2 tau hidangan.. So,mula2 makan lah ikan,lepas tu sayur,lepas tu barulah nasi.. Tak lupa juga sup sirip ikan yu..sedapnyer..

Alhamdulillah,kami pulang kekenyangan..

Mawarbiru:Bleh wat rancangan JJCM ni..hehehe...