Memaparkan catatan dengan label catatan hati. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label catatan hati. Papar semua catatan

Khamis, Julai 14, 2011

Alhamdulillah...

Dah bersawang ke blom blog aku ni??hehehe.. Macam dah lama rasanya aku tak tulis blog. Padahal bleh je guna laptop adik aku. Tapi ntah kenapa mood nak berblogging tu takde plak..

Ari tu aku ada cite pasal perubahan yg bakal berlaku dalam hidup aku kan? Gara2 cite tu,ada plak yg ingat aku dah berisi.hmm.. Doa2kan kami ye,harapnya doa kalian kan menjadi kenyataan..

Sebenarnya..perubahan yg aku nak cite tu sememangnya berita baik buat aku.. Syukur alhamdulillah, aku dapat kerja kerajaan. Walaupun bukan jawatan tetap,aku bersyukur sgt..

Maka, bermulalah episod aku berkerja di Nusajaya & menetap di rumah parents aku. Dan juga episod aku terpaksa berjauhan dgn En. Somi.. Yelah,En.Somi kan kerja kat Batu Pahat,makanya sementara ni terpaksalah kami PJJ..
Mula2 rasanya macam susah sgt. Yelah,bese kami berdua je walau kemana. Tapi kali ni terpaksa berjauhan plak.. Kebiasaan yg kami selalu buat pun jadi pelik sgt bila dah tak dapat buat bersama..

Harapnya kami dapat lalui saat2 sukar pada masa ni ye..

Sabtu, Jun 25, 2011

Menghitung Hari...




Lama rasanya aku tak update blog. Tau2 bulan 6 dah nak sampai penghujungnya..


Agak sibuk kebelakangan ni & ditambah lagi mood yg ntah kemana,memang jadi berhabuk aje lah blog ni..


Ada beberapa cite yg nak dikongsi kan kat sini tapi nampaknya kena tangguh dulu. Tunggu mood aku kembali,barulah syok nak cite..hehehe..


Fikiran macam berserabut sikit. Banyak benda yg blom settle tapi kena settle kan cepat2.. Aduh,macam dah tak tentu arah rasanya..


Dalam sibuk2 terasa begitu cepat masa berlalu.. tinggal lagi berapa hari ye??


Dalam beberapa hari lagi perubahan akan berlaku.. Doakan yg terbaik buat aku ye.. Semoga perjalanan ini akan dapat aku tempuhi dgn baik..

Isnin, April 25, 2011

Jodoh telah tertulis...

Semalam,mendapat satu perkhabaran dari seorang teman.. tentang si dia yg bakal menamatkan zaman bujangnya.

Alhamdulillah,akhirnya sampai jua jodoh si dia.

Terasa seperti ingin menghadirkan diri tapi keadaan pula tak mengizinkan.

Walau apapun,aku doakan semoga si dia berbahagia & selamat melayari alam rumahtangga...

Sabtu, Oktober 23, 2010

365 Harijadi


365 hari bersama bintang hati

365 hari ku tempuhi bersamamu..
Kata2 indah sering hadir dari mu waktu itu. Sungguh hari2 yg ku lalui terasa indah..

365 hari ku lalui bersamamu..
Walau terkadang kau diam membisu.. Walau terkadang kau hilang dari pandanganku..Walau terkadang ku tahu kau tak bisa selalu hadir di sisiku.. Namun ku tahu,kau akan sentiasa ada dihatiku..selamanya...

365 hari telah berlalu.. Terima kasih syg...


Mawarbiru: Aku merindui 365 hari...

Jumaat, Oktober 15, 2010

Kita Hanya Merancang...

"Kita hanya merancang..tapi Tuhan yang menentukan segalanya".

Biasa dengar perkataan tu bukan?? Memang tak dinafikan tentang ketentuanNya.. Apa yg telah ditetapkan adalah yg terbaik utk kita...

Tapi..dalam hal tu kami memang tak pernah merancang apa2. Jauh sekali menetapkan target utk hal tu..

Kenapa soalan itu juga yg ditanya?? Tidak percaya kah mereka akan ketentuanNya?

Tolonglah fahami hati kami... Jangan ditanya soalan begini.. Jangan disimpulkan sesuatu yg kamu sendiri tak tau..

Mawarbiru: ...........................................

Khamis, Oktober 29, 2009

Setelah 10 hari...

Semenjak 10 hari yang lalu, sebahagian daripada rutin harian ku di waktu pagi adalah untuk membaca kata2 dari "bintangku". Kata2 yang bagaikan pelengkap hidupku..Seperti hadirnya suria di waktu pagi..Pastinya setiap pagi suria itu akan hadir..Cuma tak pasti apakah kita akan mengecapi sinarnya atau suramnya..

Namun kebelakangan ini "bintangku" kelu,seakan menyepi..Terasa pagi ku suram,tiada ceria tanpa kata2 indah..Aku tertungu2 hari esok..Apakah "bintangku" akan terus menyepi..

Jangan terus menyepi "bintangku" kerana aku ingin terus mengecapi sinarmu..Andai hari esok kau menyepi lagi,aku kan terus menanti...menanti hingga kata2 itu hadir lagi...kerna aku tak pernah jemu menanti...

Catatan hati : mawarbiru^_^