Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ramadhan. Papar semua catatan

Sabtu, Julai 20, 2013

Iftar Hari Ke-10

Mengajak mak & adik-adik berbuka puasa di Old Town, Aeon Bukit Indah.

 Menu kami

kami.. tapi entah mana gambar Adik ye..hehehe..


Mawarbiru : Keesokannya, iftar bersama En.Somi pulak..

Selasa, Julai 09, 2013


Khamis, Ogos 02, 2012

Projek Terbaru??

Aku tengah sibuk buat projek terbaru ni.. Jangan kacau tau..
Cuba teka apa projek terbaru aku??

Mawarbiru : Mode malas update blog...hehehe...

Jumaat, Julai 20, 2012

Ramadhan Tiba Lagi

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.. 
Semoga kita semua mendapat barakah di bulan yg mulia ini...

Rabu, Ogos 24, 2011

Wordless Wednesday #4

bubur lambuk nenda... sedapnyer...

Sabtu, Ogos 20, 2011

Berbuka Puasa di Ledang Urban Retreat

Hari Rabu lepas, pejabat aku ada wat majlis berbuka puasa & sambutan ulangtahun ke-7 pejabat kami ni. Majlis berbuka puasa ni berlangsung di Ledang Urban Retreat, Ledang Heights, Nusajaya & disertai semua staff & family.

Aku ajak mak & adik aku sekali. Walaupun Ledang Heights ni tak jauh sangat dari rumah tapi kami lah org yang paling lambat sampai.. hehehe.. Apa nak wat,kena tolong mak meniaga dulu.

pemandangan di dalam..

Kami sampai ngam2 waktu berbuka puasa. Tak sempat nak cari tempat,teruslah amik makanan & berbuka apa2 yg ada dulu.

Selepas berbuka ala kadar,solat maghrib dulu. Kemudian, sambung lagi makan. Seronok tengok mak aku makan sebab ada aje org yg amik kan dia makanan...hehehe..

Lepas tu ada plak upacara potong kek. Walaupun masih baru,aku pun joinlah sekali. Kek adalah sumbangan dari En.Mohd Noor..

semua staff..

Selesai saja majlis,kami singgah ke Mydin Anjung pula. Saje jalan2..hehehe..

Kredit gambar : dari FB En.Fadzlee

Mawarbiru: Alhamdulillah..kenyang..

Isnin, Ogos 15, 2011

Jalan2 dengan En.Somi

Alhamdulillah..hari ni dah 15 Ramadhan. Sekejap je rasanya masa berlalu kan..

Dah 15 hari berpuasa,takde satu pun aku cite pasal juadah berbuka kan. Eh,update blog pun tak,apatah lagi cite pasal juadah berbuka. Ntahlah..malas je rasa nak update blog,mood ntah ke mana. Lagipun,juadah berbuka pun cuma yg biasa2 aje..

Hujung minggu lepas,En.Somi balik sini..hehehe.. Makanya hari Sabtu,ajak En.Somi ke Mydin Anjung yg baru je dibuka . Bukanlah nak beli apa sangat pun,cuma nak menghabiskan masa bersama-sama.hehehe...

Dari Mydin,kami ke Perling Mall plak. Tak membeli apa pun,cuma saje je pusing dalam tu sebelum kami terjah ke bazar Ramadhan Perling plak..

Kebiasaanya,bulan puasa ni kuih yg aku cari mesti popia basah dan kuih tako. Kalau kuih tako,mak aku memang dah selalu buat. So,bila nak makan popia basah,ke bazar Ramadhan Perling lah jawabnya.

Kali ni mak yg teringin nak makan. So,layankan jelah. Popia basah kat Perling ni memang sedap tapi rasanya takleh nak lawan popia basah yg kat bazar Ramadan Pesta tu. Tetiba rasa teringin plak nak makan. Ni tak bleh jadi,balik BP kena cari ni..hehehe...

Dalam pada pusing2 kat bazar tu, ternampak plak murtabak ni. Ni murtabak 5A & sgt besar tau. Kalau sorang makan,pasti kenyang dibuatnya..

murtabak 5A yg tebal & sedap...

Kat gerai murtabak ni tak nampak pun macam ramai pelanggan,tapi rupa2nya senarai org yg dah order punyalah panjang.. Bila aku nak order,org tu siap cakap kena tunggu 1 jam.. Sebab nak rasa punya pasal,aku order jelah. Lepas tu jalan2 lagi kat bazar. Mujurlah tak sampai pun 1 jam,murtabak yg aku order dah siap.

Lepas tu ingatkan nak terus balik,tapi En.Somi ni plak terasa nak makan ikan bakar. So,kami beli lah dua ikan bakar-ikan cencaru & ikan pari. Sedap gak..

Ni lah juadah berbuka kami ari Sabtu tu.. tapi ikan bakar tu makan masa sahur. Berbuka makan kuih2 je sebabnya lepas solat maghrib tu kami pergi makan kat luar plak.. Tu akan dicerita kemudian..

Mawarbiru: Syukur alhamdulillah...



Ahad, Julai 31, 2011

Ramadhan yang dinanti..

Insya Allah, esok kita akan menyambut Ramadhan. Syukur kepada Allah,kerana kita semua masih diberi peluang untuk merasai keberkatannya.

Cuti 3 hari ni,korang sambut Ramadhan kat mana? Insya Allah,aku akan sambut bersama keluarga & En.Somi.

Peringatan untuk semua & diri sendiri gak,bulan ni lah masanya untuk kita kumpul seberapa banyak pahala... Sama2lah kita beribadah.. Jangan membazir waktu berbuka puasa nanti ye..hehehe..

Salam Ramadhan dari mawarbiru sekeluarga. Semoga kita semua mendapat keberkatan & rahmat di bulan mulia ini..

Selasa, Ogos 17, 2010

Seminggu Berpuasa

Alhamdulillah,hari ni dah masuk seminggu kita berpuasa. Tahun ni tahun ketiga kami berpuasa sebagai suami isteri. Syukur alhamdulillah...Semoga di tahun2 yg mendatang,kami akan dapat terus menyambut bulan puasa bersama.

Rutin harian di bulan puasa masih sama. Hari pertama puasa,Johor cuti. Tapi kami tak dapat cuti pun. Makanya kami ambil cuti 1/2 hari sebab nak berbuka di rumah mertua. Menu berbuka hari pertama - nasi paprik,sup ayam,ikan cencaru bakar,bubuk kambuk, kuh muih & air bandung + cincau.

Hari berikutnya,berbuka ala kadar sahaja. Kalau balik keje awal & sempat,aku masaklah..Kalau tak,terpaksalah beli saje.

Ahad lepas,kami hanya duduk di rumah. Tak plan nak ke mana2. So,kami bersama2 masak juadah berbuka untuk hari tu. Menu berbuka - nasi goreng, asam pedas ikan cencaru,kuih keria kentang & teh o'.


Menu berbuka kami
Ini kali pertama kami masak juadah berbuka bersama2. Seronok rasanya..
Asam pedas ikan cencaru tu En.Somi masak buat pertama kalinya..Sedap.. Pertama kali gak aku wat kuih keria kentang..hehehe...Kalau sesapa nak cuba,len kali aku post resepi plak ye..
So,apa menu berbuka korang ari ni??

Mawarbiru : Selamat berbuka puasa..