Isnin, Oktober 28, 2013

Nasi Ayam Somtam

Jumaat lepas,aku bersama officemate,Intan & Eza pergi makan tengahari kat Restoran Nasi Ayam Somtam. Ni semua gara-gara ada officemate yg lain dok cakap nasi ayam somtam kat sini sedap. Bila dah berkali-kali dok cakap sedap,haruslah kita pergi cuba ye.

 inilah tempatnya.. 1st in Johor katanya

Kami sampai tempat pukul 1 petang. Masih tak ramai orang..mungkin sebab hari Jumaat kot..

nasi ayam somtam

Dah nama pun restoran pun nasi ayam somtam kan,haruslah kita order nasi ayam somtam. Sedap gaklah..cuma tak rasa macam somtam yg original tu. Menu kat sini bukan hanya nasi ayam somtam ni je,ada gak nasi ayam blackpepper & yg lain-lain. Kalau nak try makan menu western pun ada. (lain kali bleh cuba western plak). Hari Sabtu & Ahad pulak ada menu nasi briyani.

Kepada sesiapa yang nak cuba Nasi Ayam Somtam 1st in Johor,ni alamatnya:
  • Restoran Nasi Ayam Somtam
  • No.4,Jalan Indah 25/16 Nusajaya
  • 82100 Johor Bahru


Mawarbiru : sedapnya kalau dapat makan somtam yg original..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...