Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label resepi. Papar semua catatan

Rabu, Mac 12, 2014

Projek En.Somi ~ Roti Lapis Daging Berkeju

Bahan-Bahan:
8 keping roti
Daging kisar
Sebiji bawang besar (potong dadu)
2 sb serbuk kari - bancuh dgn air sikit
Lada sulah
Serbuk lada hitam
Gula & garam secukup rasa
2 biji telur
100ml susu
keju cheddar secukupnya
keju mozarella

Cara-cara:
Masak inti
- tumis bawang besar sampai layu
- masukkan bancuhan serbuk kari, masak sampai naik bau
- masukkan daging kisar, masak sampai air daging hampir kering (tambah air jika daging tak empuk
- perisakan dengan garam/gula/lada sulah/lada hitam (ketepikan)
- pukul sedikit telur+susu
- celup roti dalam susu tadi
- dalam loyang yg dilapik aluminium foil & digris dgn majerin,susun roti secara berbaris memenuhi loyang
- letak inti daging sedikit,diikuti keju mozarella
- ulang langkah melapis roti & inti & keju sampai roti habis
- tuang baki adunan susu ke atas loyang
- tabur keju mozarella di atas lapisan teratas
- bakar  dalam oven selama 40-45 minit suhu 170C

Sumber : Buku Resepi


Mawarbiru : projek hujung minggu di rumah mertua

Sabtu, Ogos 31, 2013

Resepi : Sambal Terung Pipit

Bahan-bahan:
Cili padi
Lada hijau
Bawang besar
Garam & gula secukup rasa
Udang geragau
Terung pipit

1) Cili padi, lada hijau & bawang besar dikisar & kemudian dimasak sehingga naik bau.
2) Masukkan garam & gula secukup rasa.
3) Masukkan udang geragau & terung pipit.


Mawarbiru : sedap dimakan dengan nasi panas..hehehe..

Jumaat, Januari 21, 2011

Arrow Head / Ngaku

Seperti yg tertera di atas,ingin dinyatakan di sini.. nama buah ni adalah Arrow Head atau Ngaku. Maybe korang yg lain dah tahu pasal buah ni & maybe ada yg baru tahu..

Sebenarnya,aku pun baru pertama kali jumpa buah ni. Sebelum ni dah pernah terbaca pasal buah ni kat blog Cik Bunge. Mulalah rasa teringin nak makan tapi cari2 tak pernah jumpa. Rupa2nya buah ni bermusim & cuma ada masa nak raya cina je. Yelah,org cina je yg suka pun. Lagipun buah ni dari luar negara.. Tu pasal lah ianya bermusim

Kebetulan,hari tu ternampaklah kat Carefour. So,aku amiklah sikit. Masa dok sibuk2 pilih ni,ada seorang akak ni tegur.
Akak: Buah apa ni dik?
Aku: Ntahlah kak. Saya tak tau nama melayu nya (masa ni aku memang lupe nama buah ni)
Akak: Abis tu apa nama yg lain?
Aku: Arrow Head (masa ni aku baca kat kotak)
Akak: Macamana nak makan?
Aku: Ntahlah kak. Saya pun tak tahu. Tapi kawan saya kata kalau goreng sedap..

Macam kelakar plak masa tu. Akak tu tak beli pun. Agaknya sebab dia tengok buah ngaku ni pelik & rupa macam bawang putih. Agaknya takut rasanya macam bawang putih gak kot..hehehe..

Masa nak timbang,aku rasa aku beli paling sikit kot. Tak sampai 1kg pun.. Yelah,takut rasanya tak sedap kan. Aku tgk org cina beli bukan main banyak lagi.

Oklah,bagi yang tak tahu..buah ngaku ni boleh digoreng & direbus. Rebus aku tak pernah cuba lagi.

Mula2 buangkan kulit & segala kotoran yg ada. Kemudian cuci bersih2.

Kemudian potong nipis.. atau nak lagi senang,sagat je..

Yg terakhir sekali,goreng macam goreng kerepek tu..

Ni lah rupanya setelah digoreng.

Rasanya sedap..macam rasa kentang pun ada. Rasanya lemak2 je,tak yah tambah garam.
Utk beberapa biji yg aku beli tu,dapatlah setelap kerepek ngaku ni.. Rasa rugi plak beli sikit hari tu. Nak kena beli lagi ni. Yg malasnya nak buat tu,makan sedap je..hehehe...
Mawarbiru: En.Somi pun suke..

Ahad, Januari 09, 2011

Roti Sosej Berkeju

Sejak kali pertama aku buat,En.Somi dah mula suka roti sosej berkeju ni. Selalu gaklah dia suruh aku buat. Tapi sekarang,dia dah pandai buat sendiri,cuma bancuhan tepung je aku buat kan.

Khamis lepas,En.Somi pulang dari kerja dengan membawa sedikit barang. Katanya nak buat roti sosej berkeju. Sekali bila aku tengok barang yg En.Somi beli,rasa macam ada barang yg kurang.

Aku : Eh,mana roti nya?
En.Somi : La,abg lupe beli.. Biar abg kuar gi beli ye..

Punyalah bersemangat nak buat roti sosej tapi boleh plak terlupa nak beli bahan utama..hehehe..

Kat sini aku letak resepi roti sosej berkeju ye... Ala,senang je nak buat..


Bahan-bahan
8 keping roti
8 ketul sosej - rebus/goreng dulu
8 slice cheese
UTK SALUT
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kari
1 biji telur
air garam
minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Bancuh tepung, telur, air garam hingga agak2 pekat. Jangan cair sgt. Ketepikan.
2. Gelek roti sampai penyek.
3. Letak slice cheese, kemudian sosej. Gulung kemas & lekatkan yg hujung tuh dengan adunan tepung tadi.
4. Bila minyak dah panas, celup roti ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
5. Makan panas2 masa keju tgh meleleh! sedap juga cicah ngan cili sos @ mayonis jika suka.

Jemput makan...

Mawarbiru : Tiba2 rasa lapar plak...hehehe...

Khamis, Ogos 19, 2010

Resepi - Kuih Keria Kentang

Bahan2:
100 gm ubi kentang
1/2 sudu kecil marjerin
130 gm tepung gandum
150 gm gula
sedikit garam

Cara2nya:
  1. Rebuskan ubi kentang bersama garam sehingga empuk dan lecek ketika masih panas.
  2. Kemudian gaulkan bersama marjerin dan tepung gandum sehingga sebati.
  3. Ambil doh dan bentukkan bulat seperti donut.
  4. Ulang langkah yang sama sehingga habis adunan.
  5. Goreng sehingga kuning keemasan dan ketepikan.
  6. Selepas itu, masakkan gula bersama sedikit air hingga cair dan pekat.
  7. Kemudian masukkan semua kuih yang digoreng tadi dan gaul sehingga semua kuih disaluti air gula.
  8. Angkat dan hidangkan.

Mawarbiru: Selamat mencuba...

Isnin, Julai 12, 2010

Bila Kerajinan Melanda

Sabtu lepas,aura rajin telah melanda diriku... Tiba2 tekak rasa nak makan macam2...hehehe.. So,aku ajaklah cik Rienduan join aku wat kek coklat.

Sementara tunggu cik Rienduan dtg umah,aku sempat wat Puding Roti Marble.. Kalau korang nak try wat,ni resipinyer...Resipi Puding Roti Marble

kek coklat & puding roti marble

Dah siap,wat plak kek coklat. Slalunya kek coklat ni aku kukus,tapi ari tu sajelah try bakar plak..

Alkisahnya,masa aku masukkan loyang kek tu ke dalam oven ku yg comel,aku tak perasan jaring dalam tu senget.. Maka,bila dikeluarkan jadilah kek aku tu senget macam ni...hehehe...

ni kek coklat senget..

Kek coklat tu dapat dalam 2 loyang. Mula2 bakar ok je...bila dah masuk loyang yg kedua jadi senget plak...hehehe...

Sambil tunggu kek coklat siap bakar,aku sempat buat Crispy Crab Stick..Tapi terlupa plak nak amik gambar. Kalo nak tau macamana rupanya & nak try wat,klik SINI.

Bila En.Somi balik dari kerja,dia terkejut tgk aku wat macam2 ari tu.
"Sempat awak buat semua ni?"
Aku cuma senyum aje..

"Malam ni makan apa?"
Alamak bang,lupe masak nasi lah...hehehe...

Mawarbiru: Kenyangnya...hehe....

Rabu, April 14, 2010

Resepi - Puding Roti Marble


untuk mak & nenek
Bahan2nya:-
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
8gram serbuk agar2
1/2 cawan gula - bleh kurangkn
2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
3 1/2 cawan air= hanya gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara :-
  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 & gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. Satu adunan biarkan warna asal dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk @ membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!

Khamis, Mac 25, 2010

Resepi - Ayam Coke


Bahan2nya:
- 500 gram isi ayam - dibersihkan dan di hiris nipis
- 1 biji bawang besar - dihiris
- 2 batang serai - diketuk
- 3 sudu besar cili sos
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu besar kicap pekat
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 100ml minuman ringan coca cola
- garam secukup rasa
- sayur campur dan brokoli
- minyak untuk menumis

Cara2nya:-
1. Panaskan minyak, masukkan isi ayam dan goreng sehingga separuh masak dan masukkan bawang besar dan serai, tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan cili sos, sos tiram, kicap pekat, lada sulah dan kacau sebati. Masukkan air minuman coca cola dan biarkan hingga pekat.
3. Akhir sekali masukkan sayur campur,brokoli dan garam. Sedia untuk dihidang.

Kalau nak resepi yang best2,bleh terjah SINI.

P/S: Ari tu aku masak tak letak sayur2 sebab En.Somi tak minat. Tu yang presentation mcm tak menarik..hehe...