Ahad, Januari 09, 2011

Roti Sosej Berkeju

Sejak kali pertama aku buat,En.Somi dah mula suka roti sosej berkeju ni. Selalu gaklah dia suruh aku buat. Tapi sekarang,dia dah pandai buat sendiri,cuma bancuhan tepung je aku buat kan.

Khamis lepas,En.Somi pulang dari kerja dengan membawa sedikit barang. Katanya nak buat roti sosej berkeju. Sekali bila aku tengok barang yg En.Somi beli,rasa macam ada barang yg kurang.

Aku : Eh,mana roti nya?
En.Somi : La,abg lupe beli.. Biar abg kuar gi beli ye..

Punyalah bersemangat nak buat roti sosej tapi boleh plak terlupa nak beli bahan utama..hehehe..

Kat sini aku letak resepi roti sosej berkeju ye... Ala,senang je nak buat..


Bahan-bahan
8 keping roti
8 ketul sosej - rebus/goreng dulu
8 slice cheese
UTK SALUT
5 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
sedikit serbuk kari
1 biji telur
air garam
minyak utk menggoreng
Cara-cara
1. Bancuh tepung, telur, air garam hingga agak2 pekat. Jangan cair sgt. Ketepikan.
2. Gelek roti sampai penyek.
3. Letak slice cheese, kemudian sosej. Gulung kemas & lekatkan yg hujung tuh dengan adunan tepung tadi.
4. Bila minyak dah panas, celup roti ke dalam adunan tepung dan goreng hingga kekuningan.
5. Makan panas2 masa keju tgh meleleh! sedap juga cicah ngan cili sos @ mayonis jika suka.

Jemput makan...

Mawarbiru : Tiba2 rasa lapar plak...hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...