Memaparkan catatan dengan label shah alam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label shah alam. Papar semua catatan

Selasa, Disember 23, 2014

Dari JB ke Shah Alam (Part 3)

Dari UiTM, kami menuju ke Laman Seni Seksyen 7. En.Hami yang cadangkan kami ke sini. Pada yang tak tahu,ni aku copy paste dari SINI berkenaan dengan Laman Seni Seksyen 7.

​Lokasi

Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.
​Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.
Addin, Dhaniyah & atuk

Menarik gak lah kat Laman Seni ni.. ada jualan macam-macam produk,ada persembahan dan semestinya lukisan mural.

bersama ayah

the ladies..except for Asy'ari

Ayah, cik Diena & Asy'ari

Setelah puas melawat kawasan laman seni,kami bergerak pula ke Masjid Shah Alam untuk solat. Selepas tu kami terus bergerak ke lokasi percutian..iaitu Lumut,Perak..
kami sekeluarga di Masjid Shah Alam




Mawarbiru : seronok bila dapat luangkan masa bersama keluarga

Ahad, Disember 21, 2014

Dari JB ke Shah Alam (Part 2)

Sabtunya telah berlangsung majlis persandingan cik Aisyah & En.Fiqri di sebelah lelaki. Majlis berlangsung di Auditorium Fakulti Senireka, UiTM Shah Alam.

Pukul 12 tengahari kami dah bersiap sedia di kawasan auditorium sambil menunggu ketibaan ahli rombongan yang lain.

Sementara tunggu yang lain tiba..sempatlah bergambar sikit-sikit..
Dhaniyah & Addin #kesayanganmaklong 


Sisters in peach

Dekat pukul 1 gak lah baru majlis persandingan bermula. Majlis belah lelaki ni ada dua pasangan pengantin tau..pasangan yang satu lagi adalah abang kepada En.Fiqri. (tapi tak ambil gambar pun..hehehe)
bersama pengantin

di atas pelamin

di meja makan beradab

acara memotong kek

Selesai majlis, kami terus bergerak ke tempat percutian..tapi sebelum tu singgah sebentar di satu tempat..(bersambung di entri yang lain)


Mawarbiru : Alhamdulillah..selesai majlis cik Aisyah & En.Fiqri

Rabu, Disember 17, 2014

Dari JB ke Shah Alam (Part 1)

Hari Jumaat lepas kami telah berangkat ke Shah Alam untuk majlis bertandang cik Aisyah & En.Fiqri.. tapi untuk cerita majlis tu,kita cerita kemudian lah ye..

Bertolak dari JB,pukul 10 pagi..sampai Serdang tengahari. Macam biasalah..ada adegan sesat sedikit sebab kena jemput Fawa kat Hospital Serdang. 

Dari Serdang,kami terus ke Shah Alam pulak.  Disebabkan homestay berada di Seksyen 7, kami teruslah menuju ke sana. Sementara menunggu cik Aisyah & En.Fiqri jemput kami..haruslah pergi makan dulu. Tak terfikir pun nak makan mana,asal jumpa kedai makan depan mata..terus berenti makan.

Kami makan di sini.. tapi tak makan pun Mee Bandung Udang Galah tu. Masing-masing pun order nasi goreng (mungkin faktor kelaparan yg teramat).

Setelah masing-masing kekenyangan,kami pun bergerak ke homestay. Sampai je homestay,semua pun tidur sebab kepenatan.

Malamnya,keluar makan kat kedai yang berdekatan homestay.  Lepas makan,tak tahu nak ke mana.. maka ke I-City lah kita.
mereka yg terlibat..

mereka yg excited bergambar

Alang-alang dah kat I-City tu,aku ajak lah dorang masuk Trick Art Museum. Tiket masuk RM15 dewasa.. budak kecik 2 orang tu tak kena caj. Mak & ayah tak nak join pulak..makanya kami bertiga je lah yg masuk.

Rasanya Dhaniyah lah yang paling excited kat dalam muzium tu..sebab banyak gambar binatang kan. So,semua pun dia nak pegang-pegang. Tak terkejar dibuatnya.. Maksu Dhaniyah pun sama naik gak..berlambak lah gambar dia kat dalam tu.
Maksu @ Fawa yg overacting..sambil diperhati Asy'ari

sedang memerah susu..


cubaan menyelamatkan diri..

padang pasir

kutip emas

mendaki gunung?

Setelah lebih sejam dalam muzium tu,akhirnya kami pun keluar. Kesian mak & ayah menunggu di luar. Lepas tu jalan-jalan plak kat dalam I-City tu,dok tengok pokok yang berlampu.

bersama pokok berlampu..hehehe..

Setelah puas dok kat I-City..masa untuk pulang. Ada insiden yang berlaku masa nak balik tu.
Pada mulanya cik Diena pergi bayar tiket parking tapi dia tak balik-balik pulak. Jadinya kami pun pergilah cari dia. Rupa-rupanya dia dok cari parking kereta tapi tak jumpa-jumpa. Berpusing-pusinglah kami di situ sebab cari parking. Akhirnya..jumpa jugak parking kereta. Tapi jenuhlah gak..sebab masing-masing kepenatan.

Sampai homestay..semua pun pengsan..


Mawarbiru : Parking di I-City sememangnya mengelirukan dan memeningkan..