Selasa, Disember 23, 2014

Dari JB ke Shah Alam (Part 3)

Dari UiTM, kami menuju ke Laman Seni Seksyen 7. En.Hami yang cadangkan kami ke sini. Pada yang tak tahu,ni aku copy paste dari SINI berkenaan dengan Laman Seni Seksyen 7.

Lokasi

Lorong Belakang kawasan komersial Jalan Plumbum Q 7/Q, Seksyen 7, Shah Alam.
Tarikan
Program Pengindahan Lorong Belakang merupakan inisiatif pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengubah suasana lorong belakang khususnya di kawasan komersial menjadi kawasan yang selamat, bersih, indah dan boleh dilawati oleh pengunjung dan serta dijadikan lokasi penganjuran sebarang aktiviti yang bermanfaat.
Lukisan mural ini dipilih melalui Pertandingan Laman Seni 7 Shah Alam yang mempertandingkan 4 jenis kategori iaitu ‘3D Painting’, ‘3D Installation’, ‘Street Furniture’ dan ‘Painting On Site’. 10 penyertaan terbaik dari setiap kategori dipilih ke peringkat akhir untuk dinilai dan diberi kebenaran untuk melaksanakan projek lukisan mural di Laman Seni 7 Shah Alam. Konsep lukisan mural ini bertemakan komuniti Shah Alam atau ‘Shah Alam community’, tarikan pelancongan atau ‘tourist attraction’ dan berkonsepkan kehijauan atau ‘green concept’.
Addin, Dhaniyah & atuk

Menarik gak lah kat Laman Seni ni.. ada jualan macam-macam produk,ada persembahan dan semestinya lukisan mural.

bersama ayah

the ladies..except for Asy'ari

Ayah, cik Diena & Asy'ari

Setelah puas melawat kawasan laman seni,kami bergerak pula ke Masjid Shah Alam untuk solat. Selepas tu kami terus bergerak ke lokasi percutian..iaitu Lumut,Perak..
kami sekeluarga di Masjid Shah Alam




Mawarbiru : seronok bila dapat luangkan masa bersama keluarga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...