Rabu, Disember 17, 2014

Dari JB ke Shah Alam (Part 1)

Hari Jumaat lepas kami telah berangkat ke Shah Alam untuk majlis bertandang cik Aisyah & En.Fiqri.. tapi untuk cerita majlis tu,kita cerita kemudian lah ye..

Bertolak dari JB,pukul 10 pagi..sampai Serdang tengahari. Macam biasalah..ada adegan sesat sedikit sebab kena jemput Fawa kat Hospital Serdang. 

Dari Serdang,kami terus ke Shah Alam pulak.  Disebabkan homestay berada di Seksyen 7, kami teruslah menuju ke sana. Sementara menunggu cik Aisyah & En.Fiqri jemput kami..haruslah pergi makan dulu. Tak terfikir pun nak makan mana,asal jumpa kedai makan depan mata..terus berenti makan.

Kami makan di sini.. tapi tak makan pun Mee Bandung Udang Galah tu. Masing-masing pun order nasi goreng (mungkin faktor kelaparan yg teramat).

Setelah masing-masing kekenyangan,kami pun bergerak ke homestay. Sampai je homestay,semua pun tidur sebab kepenatan.

Malamnya,keluar makan kat kedai yang berdekatan homestay.  Lepas makan,tak tahu nak ke mana.. maka ke I-City lah kita.
mereka yg terlibat..

mereka yg excited bergambar

Alang-alang dah kat I-City tu,aku ajak lah dorang masuk Trick Art Museum. Tiket masuk RM15 dewasa.. budak kecik 2 orang tu tak kena caj. Mak & ayah tak nak join pulak..makanya kami bertiga je lah yg masuk.

Rasanya Dhaniyah lah yang paling excited kat dalam muzium tu..sebab banyak gambar binatang kan. So,semua pun dia nak pegang-pegang. Tak terkejar dibuatnya.. Maksu Dhaniyah pun sama naik gak..berlambak lah gambar dia kat dalam tu.
Maksu @ Fawa yg overacting..sambil diperhati Asy'ari

sedang memerah susu..


cubaan menyelamatkan diri..

padang pasir

kutip emas

mendaki gunung?

Setelah lebih sejam dalam muzium tu,akhirnya kami pun keluar. Kesian mak & ayah menunggu di luar. Lepas tu jalan-jalan plak kat dalam I-City tu,dok tengok pokok yang berlampu.

bersama pokok berlampu..hehehe..

Setelah puas dok kat I-City..masa untuk pulang. Ada insiden yang berlaku masa nak balik tu.
Pada mulanya cik Diena pergi bayar tiket parking tapi dia tak balik-balik pulak. Jadinya kami pun pergilah cari dia. Rupa-rupanya dia dok cari parking kereta tapi tak jumpa-jumpa. Berpusing-pusinglah kami di situ sebab cari parking. Akhirnya..jumpa jugak parking kereta. Tapi jenuhlah gak..sebab masing-masing kepenatan.

Sampai homestay..semua pun pengsan..


Mawarbiru : Parking di I-City sememangnya mengelirukan dan memeningkan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...