Memaparkan catatan dengan label wedding. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label wedding. Papar semua catatan

Ahad, Disember 21, 2014

Dari JB ke Shah Alam (Part 2)

Sabtunya telah berlangsung majlis persandingan cik Aisyah & En.Fiqri di sebelah lelaki. Majlis berlangsung di Auditorium Fakulti Senireka, UiTM Shah Alam.

Pukul 12 tengahari kami dah bersiap sedia di kawasan auditorium sambil menunggu ketibaan ahli rombongan yang lain.

Sementara tunggu yang lain tiba..sempatlah bergambar sikit-sikit..
Dhaniyah & Addin #kesayanganmaklong 


Sisters in peach

Dekat pukul 1 gak lah baru majlis persandingan bermula. Majlis belah lelaki ni ada dua pasangan pengantin tau..pasangan yang satu lagi adalah abang kepada En.Fiqri. (tapi tak ambil gambar pun..hehehe)
bersama pengantin

di atas pelamin

di meja makan beradab

acara memotong kek

Selesai majlis, kami terus bergerak ke tempat percutian..tapi sebelum tu singgah sebentar di satu tempat..(bersambung di entri yang lain)


Mawarbiru : Alhamdulillah..selesai majlis cik Aisyah & En.Fiqri

Rabu, Disember 10, 2014

Wordless Wednesday : Hadiah Pengantin

Two hearts become One ~ Aisyah & Fiqri

Isnin, Disember 08, 2014

Raikan Cinta : Aisyah & Fiqri (Sanding)

Di hari majlis persandingan..agak kelam kabut. Paginya kami ke Mydin,berbelanja sikit-sikit untuk majlis..mana-mana yang terkurang.

Sampai rumah dah pukul 10 lebih. Ramai pulak yg sibuk bersiap kat dalam bilik aku..terpaksalah tunggu giliran. Akhirnya,selesai bersiap pukul 12 tengahari.. kena jadi pemandu untuk pengantin pulak. Masa tu hujan turun dengan lebatnya. Nasiblah masa nak bersanding tu hujan dah reda..
selfie bersama pengantin
Cilok gambar dari FB Fawa

Disebabkan baju cik Aisyah ni meleret ke tanah..terpaksalah aku jadi tukang pegang baju dia tu. Dah lah baru lepas hujan kan..nanti tak pasal-pasal baju dia kotor plak. Fawa jadi pengapit pengantin perempuan, Anas (sepupu) jadi pengapit pengantin lelaki. Lupa plak nak ajak Anas selfie sekali..

mak ayah & pengantin

Seperti yg dijangka,gambar semasa majlis tak banyak. Aku dok sibuk sangat ke hulu ke hilir..memang tak sempatlah nak ambil gambar.  Gambar yg ni pun sebab mak paksa ambil..tu yg ada tu. Gambar kami sekeluarga pada official photographer.. ntah muka dah macam apa agaknya masa tu..mesti selekeh je..

En.Somi & girlfriend baru

Petang tu dah mula kemas dewan sikit-sikit..pelamin pun dah dibuka. Kebetulan plak Paksu bawa raket badminton,apa lagi dorang pun ambil peluang lah main badminton.

Aku suruh pengantin posing je dengan raket..tau-tau dorang pun main sekali,dengan berbaju pengantin pulak tu. Asal boleh je kan..hehehe..
pengantin main badminton?

Alhamdulillah..majlis hari tu berjalan dengan lancar. Terima kasih pada semua yg hadir & kami sekeluarga memohon maaf sekiranya ada yg terkurang di mana-mana.

Dengan ini..aku sudahi entry kali ini dengan gambar ini..hehehe..
pengantin enam tahun...Alhamdulillah..


Mawarbiru : En.Somi sempat bisik, "Teringat masa nikah dengan awak 6 tahun dulu".

Khamis, Disember 04, 2014

Raikan Cinta : Aisyah & Fiqri (Nikah)

Jumaat lepas telah berlangsungnya majlis pernikahan adik aku, cik Aisyah dan pasangannya en.Fiqri.  Majlis pernikahan berlangsung selepas solat Jumaat,pukul 3 petang di Masjid Abu Hurairah,Gelang Patah.

penyerahan tugas menikahkan

Sepanjang majlis,tak ambil gambar sangat pun..kerana melayan budak kecik ni yg tak reti duduk diam. Kejap-kejap terbaring,kejap-kejap gaduh dengan Addin..kejap-kejap nak tengok Frozen. Aduhai..pening kepala maklong tau..
gambar ini diambil oleh budak kecik ni.. 
bayaran sebelum dia boleh tengok Frozen..

cik Aisyah & en.Fiqri
Gambar cilok dari FB cik Aisyah

Inilah gambar yg ada pun. Sedih.. Terpaksalah tunggu gambar dari official photographer..

Selesai mengemas di masjid..malam nya kena kemas dewan pulak..untuk majlis persandingan esoknya. Untuk majlis tu..kita sambung di entry yg seterusnya ye..

Selamat Pengantin Baru buat cik Aisyah & en.Fiqri.
Selamat membina rumahtangga yg barakah, mawaddah wa rahmah..


Mawarbiru : sayu pulak rasanya mengenangkan saat adik ku bernikah..

Ahad, Jun 01, 2014

5 Majlis Dalam 1 Hari

Bila bermulanya cuti sekolah,maka banyaklah jugak jemputan majlis perkahwinan. Lebih-lebih lagi sekarang Johor cuti Jumaat & Sabtu,maka ramailah yg berebut-rebut nak buat majlis pada hari Sabtu. Semalam merupakan tarikh yg hot (sama hotnya dengan cuaca gak),sebab kami dapat 6 jemputan majlis perkahwinan. Tapi tak mampulah kami nak pergi semuanya kan.

Seawal pukul 11 pagi,kami (aku,mak & cik Aisyah) pergi majlis perkahwinan yg paling dekat dengan rumah..majlis perkahwinan BFF cik Aisyah,Hajar. Datang awal..semestinya pengantin pun belum ada lagi kan. So,dapat ambil gambar pelamin saje. Makan pun sikit je sebab nak bagi ruang untuk makan kat majlis lain pulak..hehehe..
pelamin merah

Kat bawah ni gambar masa majlis nikah Hajar pada hari Jumaat tu. Ada lah gak gambar pengantin ye..
majlis pernikahan Hajar & Sharif

Selepas tu cik Aisyah balik rumah sebab dia kena pergi kerja. Aku & mak gi Skudai,jemput cik Diena sebab dia nak ikut kami pergi jemputan. Dari Skudai,kami bergerak ke Danga Bay..menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan mak.
majlis perkahwinan tema hijau @ Danga Bay

Selepas tu kami ke Perumahan Kastam Taman Bakti,menghadiri majlis perkahwinan anak kepada kawan mak gak. Masa sampai pengantin belum bersanding lagi..makanya ambil gambar begini sajelah..
Asy'ari dengan backdrop pelamin

Kat majlis yg ni kami memang dah tak mampu nak makan nasi minyak @ nasi beriani lagi. Kami makan mee rebus & rojak saje. Yg paling seronok Dhaniyah lah..sebab dia dapat makan aiskrim.

Last sekali,kami ke majlis perkahwinan Chiah (anak sepupu..kira anak sedara gak lah kan) kat Dewan Raya Kg. Dato' Onn Jaafar,Larkin. Kami sampai pukul 2.30 petang..pengantin masih belum bersanding lagi. So,duduk jelah..bersembang dengan sedara sambil tunggu pengantin bersanding.
susahnya nak ambil gambar minah ni..

 mak & cucu-cucu

Pukul 3 petang kot pengantin baru bersanding. Cepat-cepat ambil gambar dengan pengantin..sebab cadangnya nak pergi lagi 1 majlis..
pengantin baru - Chiah & Ejad

 kami,pengantin & adik-adik pengantin

Sebelum balik,sempatlah gak bermain-main kat photobooth & conteng-conteng sikit kat guestbook.
 Asy'ari didengki oleh mamanya

Dhaniyah pun nak tulis ucapan utk pengantin

Sebelum pulang,kami singgah Kg.Pasir untuk ke majlis aqiqah anak officemate,Firdaus. Tak ambil gambar pun..tapi masih sempat makan..hehehe..
 ni lah anak officemate tu,Puteri Layla Camelia (gambar curi dari FB Firdaus)

Kami sampai rumah pukul 5 lebih kot. Puas berpusing sana sini..bertambah penat melayan orang yg tertinggal kunci rumah..(sabar jelah maklong).
bontrot..

Sampai rumah terus pengsan..sebab nak recharge semula tenaga. Malam nak kena jemput cik Fawa pulak..


Mawarbiru : Selamat Pengantin Baru untuk semua pengantin yang mengadakan majlis perkahwinan semalam. (anniversary kita sama lah ye..hehehe..nak gak tu)..terutamanya kepada Hajar & Sharif, Chiah & Ejad dan tak lupa juga Dalila & Shahrizal. Selamat membina rumahtangga yg barakah,mawaddah wa rahmah. 

Selasa, April 08, 2014

Wedding di Hotel Seri Malaysia, Mersing

Sabtu lepas mak ajak gi majlis kahwin saudara mak. Sehari sebelum tu sempat lagi culik Dhaniyah sebab nak bawak dia sekali.

Majlis kahwin tu berlangsung kat Hotel Seri Malaysia,Mersing. Kami sampai betul-betul tengahari,semestilah dah rasa lapar kan. Ingatkan majlis tu dalam hotel,rupa-rupanya kat kawasan letak kereta hotel.
Dhaniyah & Makteh bermain props dari photobooth

hasilnya..

pelamin yang unik

Selesai makan & jumpa saudara-mara,kami singgah ke kedai keropok Hj. Puteh. Macam biasa..memborong keropok kering,keropok lekor & satar. Bergerak balik dalam pukul 2 petang kot.

Kami terus bergerak ke UTM sebab nak hantar Dhaniyah pada mamanya. Sementara tunggu mama habis kerja,kami melepak dulu kat tepi tasik.
penternak itik


Mawarbiru : Boleh ke wat ending entri macam ni..hahaha..

Rabu, Oktober 30, 2013

Raikan Cinta : Solih & Hawa

Ahad lepas kami ikut rombongan hantar pengantin sepupuku,Solih kat Parit Hj.Basri,Simpang Renggam. Kami semua berkumpul kat masjid Ibrahim Majid (agaknya lah kot)..solat zohor kat masjid tu.

posing dalam kereta..sementara tunggu yg lain..

Sepatutnya pengantin bersanding pukul 2.30ptg,tapi tunggu ahli rombongan yg lain..dekat pukul 3ptg kot baru bersanding. Ditambah dengan persembahan silat oleh ramai sgt org,bertambahlah lambatnya..huhu..
barisan tol.. agak kebal gak tol dorang ni..hehehe..

upacara silat..

Masa makan beradab,hujan turun dengan selebat-lebatnya. Hujan rahmat agaknya..syukur majlis berjalan lancar.
Selamat Pengantin Baru buat Solih & Hawa
Selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah wa rahmah..

Sebenarnya dah tak tahu nak cite apa..maka entri ini diakhiri dengan gambar ini.
Dhaniyah yg konfius..


Mawarbiru : Sabtu ni majlis belah lelaki pulak..di Felda Nitar 2

Khamis, September 12, 2013

Raikan Cinta : Laila & Khairi (Part 2)

Sehari selepas majlis persandingan Laila,ada majlis bertandang plak. Memandangkan rumah pengantin lelaki kat JB je,haruslah kami pun ikut serta.

Pukul 10,kami semua berkumpul di rumah Pak Anjang. Sementara tunggu yang lain siap,marilah kita bergambar di pelamin..hehehe..

posing atas pelamin..hehehe...

Kami bertolak ke JB pukul 11,sampai Taman Melur (kuarters polis) lebih kurang pukul 1. Takde apa sangat nak cerita,layankan lah saje gambar yang tak seberapa ni ye..

bersanding

makan beradab

keluarga Laila

kami bersama pengantin...


Mawarbiru : Selamat Pengantin Baru Laila & Khairi...

Jumaat, September 06, 2013

Raikan Cinta : Laila & Khairi (Part 1)

Sabtu lepas telah berlangsungnya majlis persandingan sepupuku,Laila di Sri Gading,Batu Pahat. Disebabkan cik Aisyah bekerja,terpaksalah kami balik kampung pagi-pagi hari Sabtu tu. Tak dapatlah nak tengok Laila bernikah..huhuhu..

Pagi tu sempatlah beraya rumah cik Rienduan di Ayer Hitam. Dapatlah sarapan lempeng & sambal tumis..hehehe..

Lepas tu,kami teruslah ke rumah pengantin.

pelamin & meja makan beradab..tema oren & ungu..

Sampai-sampai je haruslah makan dulu. Nanti kalau dah ramai orang,tak sempat pulak nak makan..ye tak..

Pengantin.. sepupuku, Laila..

Majlis bersanding dijangka pukul 12.12 tengahari. Sebab tu lah pengantin dah siap awal. Kami semua pun bersiap awal gak...bersiap nak jadi barisan tol..hehehe..

orang kuat..eh.. (cik Aisyah, cik Kam, Maksu & aku)

Dhaniyah & Kak Dini

Untuk pengetahuan, adat duit tol ni adalah perkara yang sinonim dengan majlis kahwin orang Johor. Tujuannya hanyalah sekadar suka-suka..terutamanya budak-budak. Barulah majlis kahwin tu terasa meriah.. Kalau nak baca lebih lagi pasal adat duit tol,boleh baca SINI.

barisan tol budak-budak..eh,kenapa ada orang besar tu? hehehe..

masa bersanding...

Selamat Pengantin Baru buat Laila & Khairi
Selamat membina rumahtangga yang barakah, mawaddah wa rahmah..


Kredit gambar : dari cik Aisyah & FB En.Hami


Mawarbiru : sesuatu telah terjadi pada kek pengantin di hari kejadian..hehehe..

Rabu, Jun 05, 2013

Raikan Cinta : Fazliana & Asmuni (Part 2)

Hari Sabtu telah berlangsungnya majlis persandingan Fazliana & Asmuni. 

Majlis berjalan lancar.. Takde apa sangat yang nak dicerita. So,mehlah layan gambar-gambar kami menggedik di pelamin ..hehehe...

tuan blog bersanding sendirian..hehehe...


kami sekeluarga...

sempat lagi bergambar bersama pengantin..

ketibaan pengantin..

pasangan pengantin..

Tahniah Fazliana & Asmuni..
Semoga berbahagia dan berkekalan hendaknya...


Mawarbiru : nantikan cerita yg berlaku di Uptown Shah Alam (macam gempak sangat je...hehehe..)