Isnin, Ogos 15, 2011

Jalan2 dengan En.Somi

Alhamdulillah..hari ni dah 15 Ramadhan. Sekejap je rasanya masa berlalu kan..

Dah 15 hari berpuasa,takde satu pun aku cite pasal juadah berbuka kan. Eh,update blog pun tak,apatah lagi cite pasal juadah berbuka. Ntahlah..malas je rasa nak update blog,mood ntah ke mana. Lagipun,juadah berbuka pun cuma yg biasa2 aje..

Hujung minggu lepas,En.Somi balik sini..hehehe.. Makanya hari Sabtu,ajak En.Somi ke Mydin Anjung yg baru je dibuka . Bukanlah nak beli apa sangat pun,cuma nak menghabiskan masa bersama-sama.hehehe...

Dari Mydin,kami ke Perling Mall plak. Tak membeli apa pun,cuma saje je pusing dalam tu sebelum kami terjah ke bazar Ramadhan Perling plak..

Kebiasaanya,bulan puasa ni kuih yg aku cari mesti popia basah dan kuih tako. Kalau kuih tako,mak aku memang dah selalu buat. So,bila nak makan popia basah,ke bazar Ramadhan Perling lah jawabnya.

Kali ni mak yg teringin nak makan. So,layankan jelah. Popia basah kat Perling ni memang sedap tapi rasanya takleh nak lawan popia basah yg kat bazar Ramadan Pesta tu. Tetiba rasa teringin plak nak makan. Ni tak bleh jadi,balik BP kena cari ni..hehehe...

Dalam pada pusing2 kat bazar tu, ternampak plak murtabak ni. Ni murtabak 5A & sgt besar tau. Kalau sorang makan,pasti kenyang dibuatnya..

murtabak 5A yg tebal & sedap...

Kat gerai murtabak ni tak nampak pun macam ramai pelanggan,tapi rupa2nya senarai org yg dah order punyalah panjang.. Bila aku nak order,org tu siap cakap kena tunggu 1 jam.. Sebab nak rasa punya pasal,aku order jelah. Lepas tu jalan2 lagi kat bazar. Mujurlah tak sampai pun 1 jam,murtabak yg aku order dah siap.

Lepas tu ingatkan nak terus balik,tapi En.Somi ni plak terasa nak makan ikan bakar. So,kami beli lah dua ikan bakar-ikan cencaru & ikan pari. Sedap gak..

Ni lah juadah berbuka kami ari Sabtu tu.. tapi ikan bakar tu makan masa sahur. Berbuka makan kuih2 je sebabnya lepas solat maghrib tu kami pergi makan kat luar plak.. Tu akan dicerita kemudian..

Mawarbiru: Syukur alhamdulillah...



2 ulasan:

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...