Rabu, Disember 10, 2014
Rabu, April 30, 2014
Alhamdulillah
Rabu, Februari 26, 2014
Wordless Wednesday : Koleksi Buku
Jumaat, November 15, 2013
Untuk Semua Crosstitcher
Untuk makluman semua, DMC sedang menganjurkan Cross-Stitch Competition 2013.
Cara Menyertainya:
Cuma beli carta silang pangkah daripada pengedar DMC dan seterusnya jahitlah reka bentuk kegemaran anda untuk menyertai peraduan ini.
Peraduan ini terbahagi kepada 2 kategori : Home 1 dan Home 2
Hadiah Pemenang:
Pertama : Tunai RM1,000.00 + Baucar DMC RM300 x 2
Kedua : Tunai RM 700.00 + Baucar DMC RM200 x 2
Ketiga : Tunai RM 500.00 + Baucar DMC RM100 x 2
Saguhati : 20 Golden Concept x 2
Kreatif : Tunai RM 500.00 + Baucar DMC RM500 x 1
Ahad, Januari 06, 2013
Crosstitch - ADQ Owlies
Buat crosstitch ni pun ada moodnya tau. Kalau kena masa takde mood memang akan terbengkalai je lah.
Disebabkan boring buat satu pattern, maka tercari-carilah idea nak wat projek yang lain. Masa ni lah ternampak design owlies alphabet cik Kam untuk Addin. Mula lah dapat idea nak wat sesuatu yang istimewa untuk anak-anak saudara aku.
So,sekali lagi minta tolong cik Kam buat satu design owlies-huruf Q (memandangkan huruf A & D dah ada)..
Ni lah design yang cik Kam buat. Comel kan??
Bila dah dapat chart dari Kak Yati,dok pening kepala pula nak jahit kat atas apa. Cari-cari online..maka terjumpa lah jumper suit yg rasanya sesuai sangat untuk projek ni.
Untuk projek ni aku guna soluble canvas sebagai base untuk jahit crosstitch. Maybe lain kali aku cite cara guna soluble canvas ye (tak janji tau..hehehe..)
Berbeza dengan projek mega sebelum ni, untuk projek ni aku dapat siapkan awal. Huruf D & Q tu aku dapat siapkan sebelum bulan 9. Huruf A tu memang saje siapkan lambat sikit sebab hujung tahun baru nak bagi.
Setelah berhempas pulas siapkan projek ni,maka inilah hasilnya..
Ini adalah hadiah istimewa untuk anak-anak saudara aku sempena dengan besday dorang yang pertama. Rasa best sangat dapat siapkan untuk dorang.
Untuk besday yang akan datang tak tahu lah boleh buat macam ni lagi ke tak..hehehe..
Nur Dhaniyah, Qayreen Marissa & Addin Zahran
Selamat Hari Lahir yang Pertama.
Semoga menjadi anak yang baik,soleh & solehah buat ibu & ayah..
Lots of love from Mak Long @ Mak Lang...
Mawarbiru : Maaf ye..aku tak terima tempahan crosstitch..
Selasa, Mei 15, 2012
Menjenguk Zahrah Aisyah
Zahrah ni kira cucu sedara belah En.Somi. Jangan tak tau yg aku ni dah pangkat nenek ye..hehehe...
Geram betul tengok Zahrah yg lena tidurnya walaupun dikacau nenek dia yg sorang ni..
Ni plak hadiah untuk Zahrah. Lagi satu kad crosstitch yang sempat aku buat. Puas hati dapat siapkan tepat pada masanya.
Mawarbiru : tengah fikir projek crosstitch yg seterusnya...
Khamis, Mei 10, 2012
Projek Kad Crosstitch
Dan pagi tadi cik Aneez hantar gambar si comel ni kat aku. Alahai..comelnye..
Mawarbiru : mood bercuti2 sudah mari...
Rabu, April 18, 2012
Isnin, April 09, 2012
Projek Hujung Minggu
Ni perkembangan yg terbaru. Dah nampak ada 3 ekor ikan lumba-lumba di situ. Amacam, cantik tak?
Bila tengok crosstitch ni rasa hilang semua penat masa membuatnya. Ni masih ada 40% lagi nak siap.. Hmm.. Rasa-rasanya keseluruhannya ada berapa ekor ikan lumba-lumba ye? Tekalah.. tapi takde hadiah...hehehe...
Mawarbiru: Nak siapkan cepat-cepat crosstitch ni..
Khamis, April 05, 2012
Hasil Cuci Mata...
Khamis, Mac 29, 2012
Cuci Mata..
Teringin sangat nak wat crosstitch pemandangan. Ntah bila lah dapat buat ye.. Cantik kan?
Ni pun cantik gak. 3D lagi tu. Teringin sangat nak beli..tapi rasanya ada 1 lagi chart gambar bunga yg masih belum buat lagi. So,ini kena tunggu...
Ni plak crosstitch kit. Nampak comel je kan? Sayangnya dah sold out. Kalau tak,memang aku order yg ni.
Satu lagi crosstitch kit yg aku minat. Sold out gak.. Hmm.. takde rezeki lah..
Kalau korang minat dengan crosstitch atau benda-benda kraft yg lain,blehlah terjah website MayCraft ni. Harap-harapnya korang pun akan alami kegilaan macam aku ni..hehehe...
Mawarbiru : Mood crosstitching...hehehe...
Selasa, Mac 13, 2012
Crosstitch Kit - 2 bulan
Takde apa2 perkara yang menarik nak diceritakan kat sini,tu yang malas nak update blog tu. Hari2 dok mengadap crosstitch kit ni je.
Bila member tanya perkembangan terbaru crosstitch kit ni barulah rasa nak post kat blog ni. Kalau tak memang takdelah..hehehe...
Ni masa aku buat crosstitch kit ni bulan lepas. Masa ni rasa macam 30% yang dah siap tapi bila tengok balik macam baru siap sikit je..hehehe...
Isnin, Februari 20, 2012
Crosstitch Kit - Perkembangan Terbaru

Khamis, Februari 02, 2012
Crosstitch - Projek Baru

Rabu, Mac 09, 2011
Kisah Di Sebalik Projek Crosstitch
Alkisahnya bermula bila aku terfikir nak wat satu crosstitch kenang2an tapi tak tahu nak watpe. Lepas tu dapatlah idea tapi tak pandai nak design plak.. Ya,aku ni memang tak pandai bab design2 ni..
So,aku minta tolong cik kam design kan satu design owlies-tema wedding beserta dgn ucapan.. Tak ingat masa tu bulan berapa tapi sebulan gak lah aku tunggu design dari cik kam. Masa tu dah risau sebab takut tak sempat buat crosstitch ni.
Akhirnya,cik kam bagi aku design ni.. sweet kan??

Bila dah dapat design dari cik kam,teruslah hantar kat Yati & Stitch.. Setelah berurusan beberapa kali dgn Kak Yati pasal chart crosstitch ni,akhirnya chart tu sampai kat tangan aku masa hari raya tahun lepas.
Masa mula2 dapat chart tu,hati rasa macam tak keruan. Aku mula rasa macam susah je nak buat crosstitch tu sebab tak berapa paham dengan chart yg kak Yati bagi tu. Tiba2 rasa tak yakin plak dapat siapkan crosstitch tu tepat pada masanya. Buat seketika,projek tu terbengkalai sebelum aku mulakan apa2..
Masuk je bulan 10,En.Somi asyiklah bertanya pasal projek tu. Masa tu aku tak tahu nak jawab apa.
Aku tengok balik chart tu,aku cuba yakinkan diri & hanya fikir buat jelah.. Jadi atau tak belakang kira.. Untuk tempoh 2 bulan,aku menghadap crosstitch tu je. Akhirnya,aku sempat siapkan akhir bulan 12. Lega rasanya..
Bila dah siap,aku cuci crosstitch tu & minta cik Rienduan framekan.. dan inilah hasilnya...

Seperti yg tertera kat crosstitch tu,sememangnya ni adalah hadiah kawin ikhlas dari kami untuk adik aku En.Hami & cik Kam.
Masa buka hadiah selepas majlis 12 Februari ari tu,ramai yg terkejut tgk hadiah ni. Cik Kam lagi lah terkejut sebab tgk design dia dah jadi crosstitch.. Maaflah cik Kam sebab susahkan kamu untuk dapatkan design owlies ni..

Walau apa pun rasa gembira sebab kedua2 pengantin cukup suka dgn crosstitch ni.. Rasa macam berbaloi2 buat..hehehe...
So,sekarang ni aku kembali buat crosstitch kaligrafi. Tinggal lagi 10% nak siap. Agak2 dah siap nanti ada sape2 nak beli tak?? Serius ni...
Lepas crosstitch kaligrafi ni,aku dok terfikir nak buat crosstitch apa plak ye.. Ari tu baru order chart kat Yati & Stitch dan chart tu dah selamat sampai pun. Nak buatnya entah bila..
Mawarbiru: Semangat utk buat crosstitch tengah menjadi2 ni...hehehe...
Khamis, September 23, 2010
Projek Crosstitch Terbaru
Alkisahnya,Isnin lepas (4 Syawal) aku telah menerima satu surat yg memang ditunggu2.

Dalam surat tu ada semua ni...

Nilah projek crosstitch terbaru aku. Projek crosstitch kaligrafi tu terpaksa aku tangguhkan dulu sebab nak tumpukan sepenuh perhatian kepada projek yg ini..
Sebenarnya aku telah order Photo Chart dari Yati & Stitch. So,apa yg dalam gambar tu adalah senarai benang serta chart untuk projek crosstitch terbaru aku,name card Yati & Stitch dan cenderahati felt keychain dari Yati & Stitch.
Yati & Stitch ni kedai yg menjual crosstitch,felt key chain dan macam2 lagi lah. Kalu nak tukar kan gambar menjadi crosstitch pun boleh. Tapi kenalah berurusan dengan Kak Yati,owner Yati & Stitch ni.
contoh gambar yg ditukar menjadi crosstitch
Bagi sesapa yg berminat dengan barangan dari Yati & Stitch bleh lah terjah kedai Yati & Stitch ataupun blog Kak Yati.
Mawarbiru: Masih blom start projek terbaru ni...
Rabu, September 01, 2010
Projek Crosstitch Kaligrafi

Agak2 sempat ke siap ni?? Nak dekat raya pulak....hmm...
Mawarbiru: Projek besar menanti lepas ni..
Sabtu, Julai 31, 2010
Projek Crosstitch
Bila tengok aku ni macam minat je dengan crosstitch,terus makcik aku bagi jarum & benang crosstitch. Jarumnya lebih besar dari jarum biasa tu...
Masa aku darjah 6,aku start buat crosstitch abjad & lepas tu aku tunjuk kat kawan2 aku. Tak sangka plak ada kawan aku yg minat & beli crosstitch tu. Kelakar plak bila ingat balik..buat main2 pun ada orang nak beli...hehe...
Kemudian,masa aku sekolah menengah,aku jumpa pattern yang aku berkenan. Berkat sokongan & sponsor dari mak,aku bertambahlah semangat nak buat crosstitch ni..
Nilah projek crosstitch pertama yg aku buat & mengambil masa 3 tahun utk siap...hahaha..lama giler kan... Mak aku sampaikan dok tanya banyak kali bila projek ni nak siap..hehehe.. Masa tu sekolah lagi,so susah skit nak tumpukan buat projek ni (alasan kukuh tu...hehehe..) Sekarang,crosstitch ni dah pun diframekan & tergantung elok kat rumah mak aku...
Lepas je crosstitch masjid tu siap,lama gaklah aku stop buat crosstitch. Sebabnya aku dah sibuk sambung blajar,so takde masa nak buat.. Lagipun,susah nak cari pattern yg cantik.. Aku ni berangan nak cari crosstitch bunga mawarbiru...hehehe..
Ni plak crosttich yg kedua aku buat 5 tahun lepas. Tak ingat plak amik masa bape lama utk siap tapi rasanya tak lama sgt sebab ni senang skit nak buat. Crosstitch ni aku dah bagi pada nenek.
Sekarang ni aura buat crosstitch sudah dtg. Kebetulan hari tu,ternampak kedai yg jual barang2 buat crosstitch. So,aku dah beli satu crosstitch kaligrafi. En.Somi cabar aku siapkan dalam tempoh 2 bulan..kena sahut cabaran ni...
Mawarbiru : Maaflah En.Somi kalau dalam tempoh 2 bulan ni kamu terabai..hehehe...




























