Sabtu, Julai 31, 2010

Projek Crosstitch

Tak tahulah kenapa aku boleh minat sangat dengan crosstitch. Rasanya mula2 aku jatuh minat dengan crosstitch masa aku tengok makcik aku buat crosstitch pattern bunga (kalau tak silap lah). Kagumnya bila tengok crosstitch tu boleh jadi sesuatu yg cantik.

Bila tengok aku ni macam minat je dengan crosstitch,terus makcik aku bagi jarum & benang crosstitch. Jarumnya lebih besar dari jarum biasa tu...

Masa aku darjah 6,aku start buat crosstitch abjad & lepas tu aku tunjuk kat kawan2 aku. Tak sangka plak ada kawan aku yg minat & beli crosstitch tu. Kelakar plak bila ingat balik..buat main2 pun ada orang nak beli...hehe...

Kemudian,masa aku sekolah menengah,aku jumpa pattern yang aku berkenan. Berkat sokongan & sponsor dari mak,aku bertambahlah semangat nak buat crosstitch ni..


Crosstitch Masjid Shah Alam

Nilah projek crosstitch pertama yg aku buat & mengambil masa 3 tahun utk siap...hahaha..lama giler kan... Mak aku sampaikan dok tanya banyak kali bila projek ni nak siap..hehehe.. Masa tu sekolah lagi,so susah skit nak tumpukan buat projek ni (alasan kukuh tu...hehehe..) Sekarang,crosstitch ni dah pun diframekan & tergantung elok kat rumah mak aku...

Lepas je crosstitch masjid tu siap,lama gaklah aku stop buat crosstitch. Sebabnya aku dah sibuk sambung blajar,so takde masa nak buat.. Lagipun,susah nak cari pattern yg cantik.. Aku ni berangan nak cari crosstitch bunga mawarbiru...hehehe..

Crosstitch kaligrafi

Ni plak crosttich yg kedua aku buat 5 tahun lepas. Tak ingat plak amik masa bape lama utk siap tapi rasanya tak lama sgt sebab ni senang skit nak buat. Crosstitch ni aku dah bagi pada nenek.

Sekarang ni aura buat crosstitch sudah dtg. Kebetulan hari tu,ternampak kedai yg jual barang2 buat crosstitch. So,aku dah beli satu crosstitch kaligrafi. En.Somi cabar aku siapkan dalam tempoh 2 bulan..kena sahut cabaran ni...

Mawarbiru : Maaflah En.Somi kalau dalam tempoh 2 bulan ni kamu terabai..hehehe...

4 ulasan:

  1. salam
    dl rajin gak wat crosstich jamang bujang2
    skrg dah malas..
    yg beshnyer bila cepat siap...(yg senang)

    BalasPadam
  2. mak selalu gak buat crosstich tapi masa muda2 jer la... bila dah tue, jaga cucu jer la... :)

    BalasPadam
  3. sronok tau buat crosstitch ni..lg2 bile tgk dah siap..

    BalasPadam
  4. i cabar u buat crosstich potret u sendiri @ dgn abg..hehhee

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...