Rabu, Mac 09, 2011

Kisah Di Sebalik Projek Crosstitch

Sebelum ni aku pernah cite pasal projek crosstitch terbaru aku kan ..ala,yg INI. Masa tu aku tak beritahu nak wat crosstitch apa kan...sebabnya ni projek mega aku & hadiah utk seseorang.. sebab tu lah kena berahsia..hehehe...

Alkisahnya bermula bila aku terfikir nak wat satu crosstitch kenang2an tapi tak tahu nak watpe. Lepas tu dapatlah idea tapi tak pandai nak design plak.. Ya,aku ni memang tak pandai bab design2 ni..

So,aku minta tolong cik kam design kan satu design owlies-tema wedding beserta dgn ucapan.. Tak ingat masa tu bulan berapa tapi sebulan gak lah aku tunggu design dari cik kam. Masa tu dah risau sebab takut tak sempat buat crosstitch ni.

Akhirnya,cik kam bagi aku design ni.. sweet kan??


Bila dah dapat design dari cik kam,teruslah hantar kat Yati & Stitch.. Setelah berurusan beberapa kali dgn Kak Yati pasal chart crosstitch ni,akhirnya chart tu sampai kat tangan aku masa hari raya tahun lepas.

Masa mula2 dapat chart tu,hati rasa macam tak keruan. Aku mula rasa macam susah je nak buat crosstitch tu sebab tak berapa paham dengan chart yg kak Yati bagi tu. Tiba2 rasa tak yakin plak dapat siapkan crosstitch tu tepat pada masanya. Buat seketika,projek tu terbengkalai sebelum aku mulakan apa2..

Masuk je bulan 10,En.Somi asyiklah bertanya pasal projek tu. Masa tu aku tak tahu nak jawab apa.

Aku tengok balik chart tu,aku cuba yakinkan diri & hanya fikir buat jelah.. Jadi atau tak belakang kira.. Untuk tempoh 2 bulan,aku menghadap crosstitch tu je. Akhirnya,aku sempat siapkan akhir bulan 12. Lega rasanya..

Bila dah siap,aku cuci crosstitch tu & minta cik Rienduan framekan.. dan inilah hasilnya...


Seperti yg tertera kat crosstitch tu,sememangnya ni adalah hadiah kawin ikhlas dari kami untuk adik aku En.Hami & cik Kam.

Masa buka hadiah selepas majlis 12 Februari ari tu,ramai yg terkejut tgk hadiah ni. Cik Kam lagi lah terkejut sebab tgk design dia dah jadi crosstitch.. Maaflah cik Kam sebab susahkan kamu untuk dapatkan design owlies ni..


Walau apa pun rasa gembira sebab kedua2 pengantin cukup suka dgn crosstitch ni.. Rasa macam berbaloi2 buat..hehehe...

So,sekarang ni aku kembali buat crosstitch kaligrafi. Tinggal lagi 10% nak siap. Agak2 dah siap nanti ada sape2 nak beli tak?? Serius ni...

Lepas crosstitch kaligrafi ni,aku dok terfikir nak buat crosstitch apa plak ye.. Ari tu baru order chart kat Yati & Stitch dan chart tu dah selamat sampai pun. Nak buatnya entah bila..

Mawarbiru: Semangat utk buat crosstitch tengah menjadi2 ni...hehehe...

4 ulasan:

  1. terima kasih kak! ikhlas dari kedua2 pengantin :)

    BalasPadam
  2. Norsalfarina,
    cantiknya! Senang je nak baca pattern tu. Semua dah ikut order. Bila nampak banyak page, ramai yang set kat mind, oh... mesti lambat siap. Tapi Kak Yati print besar dan banyak page supaya jelas. Tahniah Nor, berjaya siapkan cross stitch owl tu! Kak Yati minta permission untuk share di blog kak Yati boleh? :)

    BalasPadam
  3. hami: u r most welcome :)
    k.yati: btol tu kak yati. bila tgk chart tu besar,terus rasa cam nak pitam...hehehe..
    bleh saje..silakan kak yati..

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...