Khamis, Oktober 29, 2009

Setelah 10 hari...

Semenjak 10 hari yang lalu, sebahagian daripada rutin harian ku di waktu pagi adalah untuk membaca kata2 dari "bintangku". Kata2 yang bagaikan pelengkap hidupku..Seperti hadirnya suria di waktu pagi..Pastinya setiap pagi suria itu akan hadir..Cuma tak pasti apakah kita akan mengecapi sinarnya atau suramnya..

Namun kebelakangan ini "bintangku" kelu,seakan menyepi..Terasa pagi ku suram,tiada ceria tanpa kata2 indah..Aku tertungu2 hari esok..Apakah "bintangku" akan terus menyepi..

Jangan terus menyepi "bintangku" kerana aku ingin terus mengecapi sinarmu..Andai hari esok kau menyepi lagi,aku kan terus menanti...menanti hingga kata2 itu hadir lagi...kerna aku tak pernah jemu menanti...

Catatan hati : mawarbiru^_^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...