Memaparkan catatan dengan label besday. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label besday. Papar semua catatan

Isnin, September 01, 2014

Sambutan Hari Lahir Mak & Aisyah

Sambutan hari lahir mak tahun ni memang best.. sebabnya kami adik-beradik pakat beli hadiah istimewa untuk mak. Ditambah lagi masing-masing pun pakat tak beritahu mak yg kami akan balik sambut hari lahir mak.

Malam sebelum hari lahir mak, kami pergi makan kat Restoran Madinat Hadramawt, Bukit Pasir.  Kami pakat nak belanja mak & cik Aisyah makan nasi arab..
ni lah Restoran Madinat Hadramawt

Kami di antara orang yang paling awal sampai kat restoran tu. Huru-hara gaklah dibuatnya bila ada 2 orang budak kecik makan bersama. Walau apapun,tetaplah kami seronok dapat makan bersama.
selfie sebelum makanan sampai

kami.. (gambar diambil oleh En.Somi)

 Fawa, cik Aisyah & cik Diena

bersama En.Somi, Dhaniyah & mak

Kalau tengok kat gambar di atas semua makanan licin kami makan..tandanya memang kami puas hati lah. Malam tu kami order Nasi Mandy Ayam, Mixed Nasi Mandy, Kebab Ayam, Ayam Wrapper, Footash dan semestinya air barbican.
 En.Somi bersama girlpren baru yg tak reti dok diam..

Dari restoran tu kami gerak ke dataran..saje nak berjalan-jalan ambil angin. Kebetulan pulak kat dataran ada ekspo sempena hari kemerdekaan..dapatlah jalan-jalan sambil cuci mata tengok barang..hehehe..

Kat situ ada tempat budak-budak boleh bermain dengan arnab tapi kena bayar RM2 seorang. Cik Diena pun suruhlah Dhaniyah masuk sorang kat situ. Tapi Dhaniyah boleh takut pulak dengan arnab-arnab tu. Maka terpaksalah cik Diena pun masuk sama untuk temankan Dhaniyah.
huru-hara bila 2 budak ni takutkan arnab

Kami dok kat dataran tu sekejap je..lepas tu terus balik rumah.

Esoknya,ayah dan En.Hami pulak balik wat suprise kat mak..


Mawarbiru : macam nak kena ulang makan nasi arab lagi..hehehe..

Jumaat, Oktober 25, 2013

Hari Lahir Qayreen

Sabtu lepas adik En.Somi rancang nak wat makan-makan sempena hari lahir Qayreen. Semua adik-beradik En.Somi join sama & masing-masing pun bawak makanan..kira macam potluck juga lah kan.
Menu : nasi putih,kari ayam,ketam masak lemak cili api,mee goreng,salad,air limau nipis & puding kastard.

Qayreen sudah 2 tahun

Selamat Hari Lahir Qayreen Marissa..
Semoga membesar dengan sihat & menjadi anak yg baik pada ummi & abi.
With lots of luv..maklang..


Mawarbiru : Hari Lahir Qayreen pada 17 Oktober

Rabu, Oktober 23, 2013

Sushi oh Sushi

Sabtu lepas,aku keluar dengan cik Rienduan. Sebelum ni,dia doklah bercerita nak makan kat Sushi King tapi takde orang nak teman. So,mehlah kita ke Sushi King.

cik Rienduan..

Aku tak pernah pun makan kat Sushi King ni. Kiranya ni pengalaman pertama aku lah..hehehe.. So,masa nak order tu agak lama lah gak dok belek-belek menu. Akhirnya,aku order bento saje..
Atas - Mixed Bento (aku punya)
Bawah - tak tahu pe namanya tapi ada ikan dori kat atas tu (cik Rienduan punya)

Air pulak kami order Pink Guava Yakult. Kami tak makan sushi pun hari tu..makan lain pulak..hehehe..

Yg kami makan tu sedap gak. Kira boleh diterima tekak aku lah kan. Tapi aku makan tak habis pun sebab sebelum tu dah makan sup tulang kat rumah. Mungkin lain kali boleh cuba yg lain plak. Tapi siapa pulak yg nak belanja kan..hehehe..

Pencuci mulut kami hari tu adalah..
brownie with vanilla icecream

Dekatnya Cinta dah berada dekat dihati saya..suke sangat..
Terima kasih cik Rienduan..

Aku post gambar cik Rienduan kat atas tu kat Instagram & FB..terus dapat call dari member lama. Rupa-rupanya dia ada berdekatan Sushi King. So,kami pergi lah jumpa dia sekejap.
Maisarah & anaknya,Najmi

Maisarah ni kawan masa sekolah menengah dulu. Lama giler tak jumpa dia ni. Dia kat BP tapi aku selalu je tak berkesempatan nak jumpa dia bila balik sana. Bila dah terjumpa ni,banyak benda lah nak borak.

Geram betul tengok Najmi ni..montok and comel. Rasa nak cubit-cubit je..

Borak-borak dengan Maisarah kejap..tibalah masa untuk pulang..


Mawarbiru : seronok bila dapat jumpa member lama.



Ahad, Oktober 20, 2013

Kad Pengenalan, Lesen Memandu & Kek Harijadi

Amboi..kemain panjang lebar lagi tajuk entri kali ni. Kalau dalam 1 hari ada banyak kejadian yg berlaku,mau semua nya diletak jadi tajuk entri..hehehe..

Berbalik pada tajuk entri (apsal len macam je entri aku ni), alkisahnya minggu lepas kami balik Batu Pahat. Disebabkan kami cuti Jumaat,En.Somi pun ajaklah wat IC. Dah selesai wat IC,ingatkan nak wat passport sekali tapi terpaksa batalkan saje sebab ramai sangat orang & En.Somi malas nak tunggu.

Lepas tu terus gi JPJ,nak renew lesen memandu aku plak. Kat JPJ pun tak ramai orang,maka nya segala urusan dapat diselesaikan sebelum tengahari.
lesen memandu ku.. bulan depan amik IC plak..

Sebelum balik rumah mertua,kami pekena cendol & meehoon goreng kat area bus stand Batu Pahat. (tak amik gambar sebab segan..hehehe..)

Petangnya dalam perjalanan ke rumah nenek,En.Somi singgah beli kek. Ingatkan kek untuk sapelah..tetiba blur plak..hahaha.. Malam tu sambut besday dengan nenek & Kak Nor.
kek black forest tajaan En.Somi

besday girl yg sangat happy


Mawarbiru : Syukur alhamdulillah..hari ini secara rasminya dah berumur 31 tahun. Terima kasih tak terhingga buat En.Somi,keluarga & teman-teman tersayang..Ucapan dan doa kalian amat bermakna buat diri ini...

Rabu, Oktober 09, 2013

Wordless Wednesday : Hadiah

early birthday present..

Terima kasih En.Somi..walaupun masih awal lagi..

Sabtu, September 28, 2013

Dhaniyah 2 Tahun!!

 
Selamat Hari Lahir Nur Dhaniyah..
Semoga membesar dengan sihat & menjadi anak yg baik pada papa & mama.
With lots of luv..maklong..

Selasa, September 24, 2013

Awal 10 Hari

Ni cite masa balik BP hari tu. Saje je tak cite awal sebab nak wat post istimewa untuk En.Somi..

Masa balik BP hari tu,En.Somi rancang nak wat makan-makan ala potluck dengan adik-beradik dia. Dah alang-alang tu,aku pun rancang nak wat kejutan untuk En.Somi.

Berpakatlah aku dengan Kak Ani.. Perancangan aku,keluar dengan cik Rienduan..beli kek & simpan kat rumah Kak Ani. Berjaya gak plan aku..sebab En.Somi tak sangka pun aku wat kejutan untuk dia..(walaupun awal 10 hari..hehehe..)

Menu : nasi goreng kampung,ubi rebus & sambal tumis,mee rebus,BBQ - ayam,udang,ikan & tak lupe air punch buah-buahan.

besday boy yg mendapat kejutan..

Selamat Hari Lahir En. Roslizan Ariffin!!
I give thanks for the day I met you and you chose me for your wife.
So I hope every birthday spent with me is the best one of your life.
(quote)
Luv u always & forever...


Mawarbiru : sedapnya kek tu..

Ahad, September 08, 2013

Sambutan Hari Lahir Mak & Aisyah

Selesai saja majlis,mak dapat kejutan dari Mak Anjang. Rupa-rupanya ada kek sempena hari lahir mak.
mak & nenek

Malam tu, kami ke PolkaDot Buffet, Steamboat & Grill di Taman Pura Kencana..nak sambut hari lahir mak & Aisyah.

Best gak sekali-sekala layan steamboat & grill kan. Lebih-lebih lagi sebab banyak sangat pilihan..sampai tak terlarat nak makan semua. Kat sini harganya RM20 (dewasa) & RM8 (kanak-kanak 6-12 tahun).

mereka-mereka yg terlibat..eh,Ayie pun ada..

sibuk membakar..hehehe..


Selamat Hari Lahir mak & Aisyah..
Semoga kalian dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yg baik,
diberkati rezeki & mendapat keredhaanNYA..


Mawarbiru : lepas ni nak sambut hari lahir siapa ye..hehehe..

Isnin, Julai 08, 2013

Ulangtahun En.Mohsin

Selamat Ulangtahun En. Mohsin..
Semoga dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki & memperolehi keberkatan dariNYA..



Mawarbiru : kek ditaja oleh cik Aisyah..sedap...

Ahad, Mei 19, 2013

Sambutan Berganda

Masa balik BP hari tu,En.Somi & adik beradik dia rancang buat sedikit makan-makan sempena sambut besday mak dia. Hari tu takde masak-masak,cuma beli lauk je..hehehe..


Menu : 2 ekor ikan siakap 3 rasa, sotong goreng tepung, tomyam campur,
sayur chap chai, sayur paprik & telur bistik


Lepas makan, ada pulak upacara potong kek. Abg Lan & Kak Anum belikan kek sempena Hari Ibu pulak.

mertua yang mendapat sambutan berganda..

Takde apa nak cite sangat. Kita akhiri dengan gambar budak kecik ni..hehehe...
Qayreen yg makin ligat..


Mawarbiru : Alhamdulillah..kenyang..hehehe...

Rabu, November 14, 2012

Wordless Wednesday : Dhaniyah

Dhaniyah yang teruja dapat potong kek...hehehe...

Isnin, November 12, 2012

Fawa Lawa??

kek besday Fawa Lawa

Siapa Fawa Lawa?? Agak-agak siapa lah Fawa Lawa ni ye. Besday dia Jumaat lepas tapi kami sambut hari Sabtu sebab dia baru balik hari tu.  Kek tu dia yang pilih sendiri & tentunya tulisan kat atas kek tu dia yang minta ditulis macam tu.. Siapa dia ye??
...

...

...

...

...

...

...

Ni lah dia Fawa Lawa.  Nape nama dia bleh Fawa Lawa.. tu kena tanya dia sendiri lah ye..

Selamat Hari Lahir Fawa Lawa @ Adik...
Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yg baik & 
mendapat keberkatan dariNYA..

Sabtu, Oktober 20, 2012

Bertambah Setahun

Selamat Tinggal 20... Selamat Datang 30..hehehe...

Mawarbiru :  Terima kasih kepada En.Somi, keluarga & teman-teman di atas ingatan & ucapan. 
Luv u all..

Selasa, Oktober 02, 2012

Nia Setahun!!

Nia & hadiah dari maktok.. Nia suka betul buku tu..

Nak tengok macam mana gaya Nia bila membaca?
Meh layan video yang tak seberapa ni. Sila abaikan suara latar ye..hehehe...

Nia & maklong..

Isnin, September 24, 2012

Untuk En.Somi


24 September
Selamat Hari Lahir !!
Semoga dipanjangkan usiamu, dikurniakan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki & dirahmati Allah.
Luv u always & forever...

Selasa, September 04, 2012

Besday Mak & Aisyah

Khamis lepas kami buat sedikit sambutan sempena hari lahir mak & Aisyah. Aku minta Diena belikan pizza Dominos & kek besday.

juadah berbuka puasa mak

Disebabkan mak puasa hari tu,so kami sambut lepas Maghrib je lah. Layankan je lah gambar yang sedikit blurr ni. Tuan blog sibuk nak makan pizza,so tak berapa nak fokus masa amik gambar tu..hehehe...

Selamat Hari Lahir mak & Aisyah

besday gegirl...

acara suap kek..

Semoga kalian berdua dipanjangkan usia, dikurniakan rezeki & kesihatan yg baik serta dirahmati Allah...

Rabu, November 09, 2011

9 November...

SELAMAT HARI LAHIR ADIK!!
Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yg baik & dirahmati Allah.

Isnin lepas sambut hari lahir Adik lebih awal. Kononnya hari tu nak buat kejutan untuk Adik.. mak belikan lah kek senyap2. Rupa2nya Adik dapat tahu gak..hehehe...

Mawarbiru: sedapnyer cheese cake...

Jumaat, Oktober 21, 2011

20 Oktober..

Semalam,balik keje..terperasan ada kotak kek atas meja makan.. Aku wat tak tau jelah kan..
Tau2 mak panggil suruh potong kek.. La,utk aku ke..terharunya..

Sejak kawin,nilah first time sambut besday bersama En.Somi & family aku. Thanks to mak sebab belikan kek yg sedap tu.. Tetiba rasa macam dah tua plak..hehehe..


kek besday yg sedap...


besday girl ke? hehehe..

besday girl yg happy sebab ada orang sponsor kek...


sesi suap kek...


20 Oktober telah pun berlalu..

Terima kasih pada semua teman2 yang wish kat FB.. pada family atas ingatan & doa korang..

Buat En.Somi..terima kasih utk kasih sayangmu..


Mawarbiru: Masih terus berdoa...

Isnin, September 05, 2011

Di Malam Raya

Rasanya ramai yang dah mula kerja hari ini setelah bercuti panjang. Ada juga yang dah mula lebih awal,ari jumaat macam En.Somi.. (tapi Sabtu tak keje..hehehe...)

Mula kerja hari ni rasa macam lemau semacam je. Bukan sebab seronok beraya,tapi mungkin sebab seronok cuti lama.. Lebih2 lagi bila bersama En.Somi..macam mengada2 plak ye..

Sejak berkahwin,baru ni lah rasa teruja nak balik kampung. Yelah,selama ni kan dok dekat dgn kampung,tak pernah risau pun nak balik bila. Kali ni,bleh risaukan 'JAM' plak.. tambah teruja sebab tak sabar nak jumpa En.Somi..hehehe..

Aku balik Batu Pahat hari Ahad dgn ditemani adik aku,Aisyah. Lepas hantar Aisyah kat rumah nenek,terus balik rumah mertua. Petang tu merasa lah gi bazar ramadhan kat Pesta. Tapi kecewa sebab popia basah yang dicari takde plak tahun ni...sedey...

Isnin pagi, ke bandar buat urusan PTPTN..nak tukar kepada pinjaman ujrah. Selesai segala urusan,cari kek sebab malam tu kami bercadang nak sambut hari lahir mak & Aisyah.

ni lah kek besdaynye.. cantik & sedap...

Malam tu,lepas berbuka berlangsunglah upacara potong kek. Semua org cakap kek tu sedap. Rasa berbaloi lah beli kek tu.. Ala,gambar 2 besday girl tu takde lah...hehehe..

Mawarbiru : Selamat Hari Lahir mak & Aisyah..

Selasa, Mei 03, 2011

Malam 1 Mei

1 Mei - Hari Pekerja & juga hari ulangtahun mak mertua ku. Sudah menjadi kebiasaannya kami akan wat makan2 sekeluarga.

Tahun ni kami buat malam sabtu. Agaknya sebab dah menjadi kebiasaan tu lah,maka mak mertua macam dah dapat agak. Lebih2 lagi bila masing2 macam sibuk je wat persiapan petang tu..hehehe..

Ni lah menu makan2 malam tu.. simple je tapi tetap ada wat barbekue sikit. Menu - nasi putih, pecal, ikan bakar, ayam, puding, air bandung, air roselle & teh.. Macam2 ada tapi amik gambar sikit je...hehehe..


Ni puding kastard yg aku buat. Laku betul malam tu. Eh,macam org berniaga plak.. Sambal cicah yg Kak Ani buat memang sedap. Malam tu aku ratah ikan dengan sambal je pun..hehehe...


Kek besday girl - kek black forest yg sgt sedap. En.Somi,bleh belikan utk saya tak tahun ni??


Ni lah besday girl yg sangat happy sebab dapat meraikan bersama anak2..


Utk Puan Basariah Rohadi, selamat hari ulangtahun.. Semoga sentiasa sihat, murah rezeki & bahagia di samping anak2..


Mawarbiru : Sangat gembira bila dapat menghabiskan masa bersama keluarga