Isnin, September 01, 2014

Sambutan Hari Lahir Mak & Aisyah

Sambutan hari lahir mak tahun ni memang best.. sebabnya kami adik-beradik pakat beli hadiah istimewa untuk mak. Ditambah lagi masing-masing pun pakat tak beritahu mak yg kami akan balik sambut hari lahir mak.

Malam sebelum hari lahir mak, kami pergi makan kat Restoran Madinat Hadramawt, Bukit Pasir.  Kami pakat nak belanja mak & cik Aisyah makan nasi arab..
ni lah Restoran Madinat Hadramawt

Kami di antara orang yang paling awal sampai kat restoran tu. Huru-hara gaklah dibuatnya bila ada 2 orang budak kecik makan bersama. Walau apapun,tetaplah kami seronok dapat makan bersama.
selfie sebelum makanan sampai

kami.. (gambar diambil oleh En.Somi)

 Fawa, cik Aisyah & cik Diena

bersama En.Somi, Dhaniyah & mak

Kalau tengok kat gambar di atas semua makanan licin kami makan..tandanya memang kami puas hati lah. Malam tu kami order Nasi Mandy Ayam, Mixed Nasi Mandy, Kebab Ayam, Ayam Wrapper, Footash dan semestinya air barbican.
 En.Somi bersama girlpren baru yg tak reti dok diam..

Dari restoran tu kami gerak ke dataran..saje nak berjalan-jalan ambil angin. Kebetulan pulak kat dataran ada ekspo sempena hari kemerdekaan..dapatlah jalan-jalan sambil cuci mata tengok barang..hehehe..

Kat situ ada tempat budak-budak boleh bermain dengan arnab tapi kena bayar RM2 seorang. Cik Diena pun suruhlah Dhaniyah masuk sorang kat situ. Tapi Dhaniyah boleh takut pulak dengan arnab-arnab tu. Maka terpaksalah cik Diena pun masuk sama untuk temankan Dhaniyah.
huru-hara bila 2 budak ni takutkan arnab

Kami dok kat dataran tu sekejap je..lepas tu terus balik rumah.

Esoknya,ayah dan En.Hami pulak balik wat suprise kat mak..


Mawarbiru : macam nak kena ulang makan nasi arab lagi..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...