Selasa, Ogos 16, 2011

Makan Malam dengan Keluarga

Sabtu,lepas berbuka & solat maghrib,kami sekeluarga makan malam kat Gelang Patah. Kami pergi makan kat restoran tomyam seafood (tak ingat nama restoran). Kalau tak silap,tukang masaknya orang Siam.

cuba tengok menu tu betul2..

Masa nak order makan,bila kami tengok menu kami terperasan tulisan kat atas tu. Adik aku pun tanyalah air karak tu apa... kotlah ada air baru yg boleh di cuba. Tau air karak tu air apa? Budak yg amik order tu cakap "Air carrot dik". Kitorang punyalah gelak,tak ingat dunia.. Apa ke teruk sangat ejaan air carrot tu.. Takpelah,kami paham. Mungkin sebutan Siam memang macam tu kot..hehehe...

Malam tu,kami makan ni - tomyam chiang mai, ikan siakap 3 rasa, sayur chapchai & sotong goreng tepung.

sotong goreng tepung

tomyam chiang mai, sayur chap chai & sambal belacan

ikan siakap 3 rasa

Nampak macam menyelerakan ke? Tak menyelerakan langsung.. ntah kenapa lauk2 tu semuanya rasa manis termasuklah sambal belacan tu. Rasa tak puas hati je.. Patutlah aku tak bleh nak ingat nama restoran tu.. Lepas ni memang takdelah nak makan kat situ lagi.. Maaflah ye..

Mawarbiru : Makan kat mana sedap eh kat JB ni??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...