Jumaat, Mac 28, 2014

Groupon & Upin Ipin

Bulan lepas aku terpandang voucher Kedai Makan Upin Ipin kat Groupon. Apa lagi,terus beli dua..sebab ingat nak ajak cik Diena makan kat sini.
voucher Groupon

Jumaat lepas kami pun pergi ke Kedai Makan Upin Ipin dengan mak sekali. Kebetulan pulak,sehari sebelum tu birthday cik Diena..so,anggap jelah kita celebrate ye..

Dhaniyah teramatlah seronoknya bila masuk kedai makan ni. Semua dinding yang ada gambar Upin Ipin pun dia pegang. Lepas tu dok mengadap tv je,tak teringat nak makan pun.

mee rebus & ice tea peach

chicken chop, sirlion steak, ice lemon tea & bandung soda

Ini yang kami order hari tu. Makanan nya boleh tahan sedap walaupun sedikit masin. Yang tak bestnya,makanan sampai lambat..aku dah habis makan mee rebus,barulah chicken chop & steak tu sampai.

ruangan merchandise

Asy'ari

maktok & Asy'ari

Lama gak kami kat kedai makan tu. Dok melayan Dhaniyah yg seronok sangat tengok kartun Upin Ipin. Nasiblah dia dah puas main,so bila ajak balik dia ok jelah. Cuma ada gak lah dia nak barangan Upin Ipin..takde sape pun nak belikan dia. Takpe ye Dhaniyah, maklong belikan air Upin Ipin ye..hehehe..

Dhaniyah yg tak reti dok diam

Balik tu terus gi Mydin,belanja barang dapur sikit.


Mawarbiru : Esok nak lunch kat Season Cafe dgn En.Somi plak..(voucher MyDeal)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...