Ahad, Januari 05, 2014

Family Day @ Air Papan,Mersing (Part 2)

Untuk family day kali ni,kitorang memang takde buat apa-apa aktiviti pun. Lebih kepada aktiviti bersama keluarga masing-masing. Cuma malamnya kami ada buat BBQ.

Disebabkan line hp & internet kat sana macam hampeh,makanya aku agak ketinggalan bab aktiviti BBQ ni. (sape suh tak minta password WIFI kan). Tau-tau dorang dah berkumpul pun kat ruang tempat BBQ. Takpelah..asalkan tak terlepas terus..hehehe..

menu malam tu

Menu malam tu semua budak ofis aku yang siapkan. Aku cuma tau makan je. Malam tu,mak & Diena makan bergilir-gilir sebab kena jaga dua budak kecik yang tidur kat bilik.
para suami yang tekun membakar

para isteri yang tekun menunggu nak makan..hahaha..

masa untuk makan

kanak-kanak riang-ria

Budak-budak ni lebih seronok main je daripada makan. Nasiblah masa ni Dhaniyah tidur,kalau tak maunya dia join sama. Tapi lepas tu Dhaniyah datang gak..dalam keadaan mamai. Tapi bila nampak kucing,terus je segar-bugar. Letih maklong dia nak kejar..hehehe..

Aktiviti BBQ ni habis lebih kurang pukul 10 malam. Kami tolong kemas sikit-sikit & terus balik bilik..melayan cerekarama Racun Ibu.
warga JSIC

Kredit Gambar : FB En. Hairul

Mawarbiru : Peliknya rasa bekerja di hari Ahad..huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...