Rabu, Januari 01, 2014

Family Day @ Air Papan,Mersing (Part 1)

Sebagai penutup tirai 2013,ofis aku ada buat family day Sabtu & Ahad lepas. Lagipun Sabtu & Ahad lepas adalah minggu terakhir cuti hujung minggu sebab tahun 2014 dah start cuti Jumaat & Sabtu.

Disebabkan En.Somi bekerja pada hari tersebut,aku ajak mak & Diena ikut sama. Ada budak-budak barulah seronok kan.

Kami bertolak dari rumah pukul 10.30 pagi & sampai lebih kurang pukul 1 petang. Disebabkan kami yang terawal sampai,haruslah berjalan kat tepi pantai dulu.
bendera merah

Rasanya semua orang tahu kot,air laut bergelora masa tu.. Dah naik bendera merah pun. Jadinya memang takde peluang lah nak mandi laut. Cuma boleh tengok jelah.. Tapi secara terus terang,kalau dilihat pada air laut masa tu memang gerun lah..terus teringat kan tsunami.. Subhana Allah..
Mersing Beach Resort

Pukul 2 petang,check-in hotel. Kami stay kat Mersing Beach Resort,jauh sikit je dari chalet yang kami stay dulu. Yang bestnya kat resort ni adalah..ianya ada kolam renang. Memandangkan air laut bergelora,boleh lah berendam kat kolam renang saje.

Lepak-lepak kat bilik kejap..Dhaniyah pulak dah tak sabar-sabar nak mandi kolam. Maka..ke kolam renang lah kami..
Dhaniyah beraksi

anak-anak JSIC

mak tok & maklong usha dari tepi kolam je..

sempat main kucing

Lama gaklah Dhaniyah berendam dalam kolam tu. Dari mula-mula pakai pelampung..sampai tak pakai pun. Akhirnya kami balik ke bilik bila berlaku satu kejadian..(malas nak cite..hehehe..)

Dah tak tahu nak cite apa,kita sudahi entri ini dengan gambar Asy'ari..hehehe..
Asy'ari muka selamba je..hehehe..


Mawarbiru : Selamat Tahun Baru 2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...