Rabu, Januari 08, 2014

Family Day @ Air Papan,Mersing (Part 3)

Pagi keesokkannya tu,bergolek-golek dulu atas katil. Sambil tunggu Dhaniyah bangun sebab nak ajak dia gi mandi kolam.

Elok je Dhaniyah bangun,terus bawak dia gi kolam. Tak tahulah masih awal pagi ke apa,Dhaniyah tak nak mandi kolam pulak. Puaslah rendam dia kat dalam air,makin menjerit-jerit pulak dia..tak nak..

Kesudahannya,ajak Dhaniyah main pasir je lah. Nasiblah ada Kayla sekali..boleh main sama-sama.
main pasir bersama

Selepas puas bermain pasir,masa untuk balik ke bilik & bersihkan diri. Lepas tu kami plan nak gi sarapan. Sekali tu ternampak pulak officemate, dia ajak sarapan..makan sandwich & minum milo. Dia bagi pulak password WIFI,dapatlah online sekejap..hehehe
Dhaniyah..peace yo..

Dah sarapan,kami bergerak ke gerai-gerai tepi pantai. Macam biasa,nak beli souvenir. Aku cuma beli t-shirt saje,tak beli pun fridge magnet sebab dah pernah beli sebelum ni.

Kami check-out sebelum pukul 12 tengahari,terus bergerak balik. Sebelum tu sempat singgah beli keropok & satar (mesti beli).
Perusahaan Keropok Hj. Puteh

Kami balik ikut jalan Kota Tinggi - Kulaijaya. So,bila dah sampai Kulai mak ajak pulak singgah Aeon Kulaijaya. Sampai-sampai je,terus gi makan.
lunch di food avenue

dalam usaha mencilok

Boleh pulak Dhaniyah amik kereta tu & wat main. Dia ingat kat rumah maktok agaknya..semua mainan yang ada,dia punya.

Jumpa Aisyah kat tempat kerja dia. Tak lama pun kat Aeon tu sebab Dhaniyah dah mula wat perangai..nak tidur agaknya. Lepak betul lah maklong dia ari tu..sabar jelah.


Mawarbiru : tamat sudah cite tahun 2013..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...