Isnin, Disember 16, 2013

Majlis Pertunangan Aisyah

Sabtu,7 Disember 2013 telah berlangsungnya majlis pertunangan cik Aisyah. Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar & cuaca pada hari tu tersangatlah baik..(sebab tak hujan hari tu)
bersama bakal tunangan orang

Majlis bermula lebih kurang pukul 12 tengahari. Selesai perbincangan antara kedua-dua belah pihak,tiba lah masanya untuk menyarung cincin pertunangan.
saat disarungkan cincin

yang bertunang

Mini pelamin adalah dibuat khas oleh cik Kam..siap bawak semua props dari Ampang tu..

bersama hantaran

hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak kami 7 dulang & hantaran dari pihak lelaki 5 dulang (lupa nak amik gambar hantaran pihak lelaki).
ayah & mak

adik-beradik & mak.. tanpa Fawa

Kenapa Fawa tiada dalam gambar di atas? Fawa tak balik pun masa hari majlis tu..disebabkan dia ada exam. Takpelah,balik masa majlis tahun depan je lah ye..

over di situ..

Alhamdulillah,cik Aisyah telah pun bergelar tunangan orang. Insha Allah,dalam tempoh setahun lagi..bakal bergelar isteri orang pula. Semoga selamat hendaknya..

Kredit : Gambar cilok dari FB En.Hami


Mawarbiru : Selamat Bertunang Cik Aisyah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...