Rabu, Disember 18, 2013

Seharian bersama Orang Selangor

Hari Ahad..selesai saja mengemas rumah,En.Hami ajak keluar jalan-jalan cari makan. Cuma aku & mak saje yg dapat join,yg lain busy..

Lokasi pertama kami hari tu adalah Plaza Angsana (eh..dah tukar nama lah, Angsana Johor Bahru Mall). Mula-mula cari t-shirt JDT dulu. En.Hami nak beli untuk diri sendiri. Dah dapat t-shirt yg dicari,masa untuk makan.. Kami ke medan selera untuk makan kacang pool..terbaeklah..
kacang pool haji

Addin & abah

Dari Angsana,kami ke Joho Concept pulak.. yg terletak berdekatan Restoran Singgah Selalu di Danga Bay. Sebelum ni tak pernah pun perasan tempat ni tapi disebabkan orang Selangor ni beria-ia nak ke sini,ikutkan je lah.
di Joho Concept

Joho Concept adalah kedai yg menjual barangan branding JOHO..seperti t-shirt,fridge magnet,sarung bantal dsb. Luaran nampak kedai nya macam gah..tapi sayangnya barang tak banyak & agak mahal untuk design yg biasa-biasa je. Sorilah ye,aku tak berminat..
Addin yg tak rela bergambar dgn abahnya..

Addin in action

Lepas tu,kami ke The Zone,Stulang Laut..saje bawak mereka jalan-jalan ke sana. Tiada apa yg menarik..cuma sempatlah memborong coklat banyak-banyak. Petang tu niat dihati nak makan murtabak cheese kat Kg.Kurnia..tapi sedikit kecewa sebab kedainya tutup pulak..huhu.. Makan pisang goreng je lah petang tu.

Malam tu kami dinner di restoran chinese muslim, Restoran Sharin Low kat Larkin (atas cadangan cik Diena). Cik Diena satu family pun join sama.
Addin & Dhaniyah yg macam-macam ragam

Menu kami malam tu : nasi putih,itik panggang,udang masak telur asin,sayur kailan ikan masin,sup szechuan,siakap ala hongkong.

Secara keseluruhannya,rasanya biasa-biasa saje. Kecewa sebab sup szechuan tu isinya sikit sangat. Kami makan macam tak kenyang pulak. Tapi udang masak telur asin tu sedap..udang besar pulak tu. Harga makan untuk 7 orang adalah RM156++. Korang rasa mahal tak?

Lepas makan,kami ke Pasar Borong Pandan pulak. Tak membeli apa pun..cuma melayankan orang Selangor nak cari baju JDT untuk Addin pulak. Nasiblah jumpa gak akhirnya..

Setelah puas berjalan-jalan,masanya untuk pulang..sampai rumah hampir pukul 12 malam.


Mawarbiru : merasa gak makan Chinese Muslim food..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...