Memaparkan catatan dengan label tunang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tunang. Papar semua catatan

Isnin, Disember 16, 2013

Majlis Pertunangan Aisyah

Sabtu,7 Disember 2013 telah berlangsungnya majlis pertunangan cik Aisyah. Alhamdulillah,majlis berjalan dengan lancar & cuaca pada hari tu tersangatlah baik..(sebab tak hujan hari tu)
bersama bakal tunangan orang

Majlis bermula lebih kurang pukul 12 tengahari. Selesai perbincangan antara kedua-dua belah pihak,tiba lah masanya untuk menyarung cincin pertunangan.
saat disarungkan cincin

yang bertunang

Mini pelamin adalah dibuat khas oleh cik Kam..siap bawak semua props dari Ampang tu..

bersama hantaran

hantaran dari pihak perempuan

Hantaran dari pihak kami 7 dulang & hantaran dari pihak lelaki 5 dulang (lupa nak amik gambar hantaran pihak lelaki).
ayah & mak

adik-beradik & mak.. tanpa Fawa

Kenapa Fawa tiada dalam gambar di atas? Fawa tak balik pun masa hari majlis tu..disebabkan dia ada exam. Takpelah,balik masa majlis tahun depan je lah ye..

over di situ..

Alhamdulillah,cik Aisyah telah pun bergelar tunangan orang. Insha Allah,dalam tempoh setahun lagi..bakal bergelar isteri orang pula. Semoga selamat hendaknya..

Kredit : Gambar cilok dari FB En.Hami


Mawarbiru : Selamat Bertunang Cik Aisyah..

Rabu, Disember 11, 2013

Wordless Wednesday : Tunangan

7 Disember 2013

Alhamdulillah...

Ahad, Jun 03, 2012

Majlis Pertunangan Laila

Ni cerita minggu lepas.. Kan dah kata minggu lepas jadual kami memang penuh..hehehe..

Hari Ahad lepas telah berlangsungnya majlis pertunangan sepupu aku, Laila di Sri Gading. Majlis berlangsung tengahari,dalam pukul 12 kot.

Mood amik gambar hari tu memang tak berapa ada. So,layankan jelah gambar yang tak seberapa ni.  Malas nak cite panjang-panjang...

 di mini pelamin.. susahnya nak buat Nia bagi kerjasama...

 hantaran serba pink..

di samping hantaran.. Nia hampir-hampir petik anggur tu..

Disebabkan kelam-kabut nak balik semula ke JB petang tu,maka terlupa lah nak amik gambar orang yang bertunang tu.. Sori ye Laila. Silalah update gambar kat FB tu,bolehlah cilok nanti...hehehe..

Oleh itu,kita akhiri post ini dengan gambar adik orang yang bertunang ye..hehehe...
Nia bersama Giant (Anas, adik Laila)

Mawarbiru : boringnya di rumah...

Rabu, Jun 30, 2010

Majlis Pertunangan Ena

Alhamdulillah,Sabtu lepas member aku,Ena telah selamat menjadi tunangan orang.

Rombongan pihak lelaki seramai 7 kereta membawa 9 dulang hantaran & kemudiannya dibalas dgn 15 dulang hantaran. Semua tema hari tu adalah biru..

Juadah yg disediakan juga sedap2 belaka. Sedap sungguh makan tembikai susu dicampur aiskrim. Lagi2 musim panas ni kan..

Secara keseluruhannya,majlis berjalan dgn lancar. Insya Allah,tahun depan akan bersatulah mereka...


dah jadi tunang org ni..

cincin tunang (curi dari FB Ena)

hantaran dari pihak lelaki (cuma ada 7 dlm gambar)

hantaran dari Ena

Ena bersama nenek tunangnya...mcm kenal ke?

Selamat Bertunang Ena!
Semoga berpanjangan hingga ke jinjang pelamin & seterusnya berkekalan hingga ke akhir hayat..
Alam pertunangan ni banyak dugaannya,so jagalah ia baik2 ye..