Cuti 3 hari tu takde kemana pun.  Memandangkan En.Somi keje,dok umah je lah.  Tapi hari Isnin lepas sempatlah ajak En.Somi tengok cite Juvana.  Peminat drama Juvana lah katakan..haruslah rasa teruja nak tengok Botak, Apek & Daim..hehehe... 
Filem 
Juvana adalah kesinambungan dari drama TV Popular Juvana yang telah disiarkan di 
TV3 dan memenangi anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem 
Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim setelah Wira 
Bakti di tutup.
Daim 
yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan barunya dan menyambung 
persekolahan. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk 
Daim membina hidup baru.
Botak, 
Apek, Ayam, Kicap, Gaban dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah Juvana 
lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu, Botak mula 
akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, 
Ketua Samseng sekolah itu sehingga mencabar semangat setia kawan diantara 
mereka.
Komen aku? Hmmm... Macam kurang rasa lah (eh,macam masakan plak..hehehe).  Sebenarnya tak tahu nak komen apa.  Jalan cite & pelakon semuanya ok.. Cuma tak suka tengok watak Sharnaaz tu (memang tak minat dia pun). Lepas tu rasa macam tak biasa plak tengok Johan As'ari tu botak..hehehe...
Kesimpulannya.. cite ni mungkin ada sambungan lagi.. Kena tunggu lah ye..
Sebagai penutup..meh lah kita layan budak-budak Juvana ni berpoco-poco...
Mawarbiru : Apakah sebab Beto Kusyairy tiada dalam ini cite maka rasa kurang best?? hmmm...
tang clip poco2 ni tak dinafikan memang sangat cute!
BalasPadamcute kan??hehe...
BalasPadam