Jumaat, Februari 01, 2013

Juvana??

Cuti 3 hari tu takde kemana pun.  Memandangkan En.Somi keje,dok umah je lah.  Tapi hari Isnin lepas sempatlah ajak En.Somi tengok cite Juvana.  Peminat drama Juvana lah katakan..haruslah rasa teruja nak tengok Botak, Apek & Daim..hehehe... 


 
Filem Juvana adalah kesinambungan dari drama TV Popular Juvana yang telah disiarkan di TV3 dan memenangi anugerah Drama Rantaian TV Terbaik Anugerah Skrin 2011. Filem Juvana memaparkan kisah Botak, Apek, Ayam, Kicap, Panjang dan Daim setelah Wira Bakti di tutup.
 
Daim yang telah dibebaskan cuba memulakan kehidupan barunya dan menyambung persekolahan. Namun, sejarah hitam hidupnya tidak memberi laluan mudah untuk Daim membina hidup baru.
 
Botak, Apek, Ayam, Kicap, Gaban dan Panjang telah dipindahkan ke sebuah sekolah Juvana lain untuk meneruskan tempoh hukuman mereka. Di sekolah baru itu, Botak mula akrab dengan Apek serta yang lain. Namun, mereka menjadi sasaran Lan Todak, Ketua Samseng sekolah itu sehingga mencabar semangat setia kawan diantara mereka.

 
Komen aku? Hmmm... Macam kurang rasa lah (eh,macam masakan plak..hehehe).  Sebenarnya tak tahu nak komen apa.  Jalan cite & pelakon semuanya ok.. Cuma tak suka tengok watak Sharnaaz tu (memang tak minat dia pun). Lepas tu rasa macam tak biasa plak tengok Johan As'ari tu botak..hehehe...
 
Kesimpulannya.. cite ni mungkin ada sambungan lagi.. Kena tunggu lah ye..
 
Sebagai penutup..meh lah kita layan budak-budak Juvana ni berpoco-poco...
 

Mawarbiru : Apakah sebab Beto Kusyairy tiada dalam ini cite maka rasa kurang best?? hmmm...

2 ulasan:

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...