Ahad, Disember 28, 2014

Pangkor - Teluk Batik - Seri Manjung

Pagi-pagi kami dah bersiap nak check-out hotel sebab perancangannya nak ke Pangkor. Sebelum berangkat ke Pangkor,kami parking kereta kat medan letak kereta ni. Pertama kali kot nampak tempat parking yang besar macam ni. Caj yang dikenakan untuk parking kat sini 1jam = 60sen (sama macam kalau guna kupon parking).

Kami bersarapan kat medan selera berdekatan (kawasan yang sama dengan tempat makan malam tu). Nasiblah makanannya ok.. yang paling sedap roti arab cicah kari. Sampaikan mak order 2 kali..hehehe.. Tapau sikit kuih untuk bekalan ke Pangkor.

Selepas bersarapan,terus ke Terminal Jeti Lumut. Kalau nak ke Pangkor ni ada dua jeti,Terminal Jeti Lumut dan Marina Island. Dari Lumut mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Pangkor,dari Marina pulak cuma 10 minit je. Tiket feri RM10 untuk dua hala.

Hari tu boleh pulak tak teringat nak bergambar kat depan terminal ni. Huhu..sedih.. Gambar sementara menunggu feri pun takde sebab kebetulan masa tu feri dah sampai dan kami pun terus naik feri.
dalam feri.. 


Sampai je kat Pangkor,kami didatangi oleh ramai orang yang offer macam-macam pakej. Pada mulanya nak sewa kereta..tapi memandangkan masing-masing malas nak drive kat Pangkor,makanya kita amik teksi je.
Kredit Gambar

Ini lah teksinya..van yang berwarna pink. Untuk pakej pusing-pusing Pangkor harganya RM70 selama 2 jam ke empat lokasi tarikan dan terakhir sekali ke pantai. (2 jam tu tak termasuk ke pantai ye).

Perhentian yang pertama..di Kota Belanda. Berbeza dengan kali terakhir aku sampai Pangkor (12 tahun lepas..hehehe),sekarang ni dah ada kedai cenderamata & gerai jualan plak. Kat sini aku beli fridge magnet sikit je sebab fikir kat tempat lain mungkin lagi murah.
di Kota Belanda

Kemudian ke Galeri Pangkor plak. Galeri ini memaparkan sejarah yang berkaitan dengan Pangkor. Kami pusing-pusing kejap je kat dalam tu (nampak sangat tak minat sejarah..hehehe). Ditambah pulak dengan Dhaniyah yang dok main pistol buih kat dalam galeri ni..memang takleh nak dok lama lah.
di Galeri Pangkor

Lepas tu,driver teksi bawa kami ke Tokong Fu Ling Kong. Kami cuma pusing-pusing kat luar je. Kami dok lama kat situ sebab sibuk pilih fridge magnet. Seperti yang dijangka,fridge madgnet kat sini lebih murah. Disebabkan kami lama sangat kat sini,ayah dah jeling-jeling kat kami..hehehe..
di kawasan Tokong Fu Ling Kong

Dari tokong,kami dibawa ke kilang satay ikan. Kat sini kami tak beli banyak pun sebab fikir nanti susah plak nak bawa balik. Makanya kami beli sikit je untuk makan-makan di tepi pantai nanti.



Akhir sekali,kami dibawa ke Pantai Teluk Nipah. Jalan nak ke pantai punyalah berpusing-pusing. Gerun gaklah,nasiblah kami tak drive kereta sendiri. Rasanya memang jalan kat Pangkor begitu kot. 

Teluk Nipah memang jadi tumpuan orang disebabkan ada macam-macam pakej yang ada seperti snorkelling,island hoping dan macam-macam lagi lah. Memandangkan kami tak bawa baju,maka kami dok melepak tepi pantai jelah. Mak siap beli tikar untuk senang kami nak baring-baring. Cuma Dhaniyah jelah yang mandi beria-ia. Asy'ari pulak nangis beria-ia sebab geli dengan pasir..kelakar betul budak kecik ni.
Dhaniyah berseronok di tepian pantai

Lebih sejam gak lah kami melepak kat situ. Best je melepak kat Teluk Nipah ni..cuma yang tak bestnya,toilet kat situ cuma ada 1 saje..kat situ lah tempat tukar baju,kat situ lah tempat nak buang air.. Stress orang yang menunggu ni tau. Ada gak dia pasang kanvas kat luar untuk tukar baju..tapi rasa tak selesa kot. Dah lah kena bayar tapi tempat tukar baju begitu plak.

Kami sampai terminal lebih kurang pukul 2 petang. Ingatkan nak terus balik Lumut,tapi memandangkan ramai sangat orang yang beratur..lebih baik pergi isi perut dulu. 

Kami makan di Pangkor Kopitiam. Kebetulan pulak owner kopitiam tu kawan cik Diena. Alahai..keciknya Pangkor ni,boleh plak jumpa orang yg dikenali. Tapi baguslah gak sebab boleh dapat diskaun.

Selesai makan & solat,kami pun beratur lah kat terminal tu. Nasiblah tak beratur lama..sebab feri ada je setiap 1/2 jam. 

Sampai Lumut lebih kurang pukul 5. Sempatlah gak shopping hasil laut sikit-sikit & t-shirt untuk En.Somi. Tapi menyesal pulak tak beli banyak-banyak..sebab bila dah dibahagi-bahagi rasa macam tak cukup pulak.

Dari Lumut kami singgah sekejap kat Teluk Batik. Dok melepak sambil aku melayan Dhaniyah naik kereta mainan. Mak & cik Diena pulak sambung shopping.
mak ayah di Teluk Batik

Sebelum pulang,singgah lah Seri Manjung. Sajelah mengenang memori semasa belajar kat UiTM Seri Manjung. Niat dihati nak cari blok kolej siswi dulu..tapi tak jumpa pulak sebabkan semua pun dah bertukar jadi kedai. Lagipun takde apa-apa tinggalan yang menyatakan tu UiTM. Makanya ke stesen bas jelah..sekurang-kurangnya banyak kenangan gak kat sini. Kenangan naik bas malam untuk balik JB..lebih-lebih lagi kalau masa cuti raya. Paling takut kalau masa tu cuma ada beberapa orang je dalam bas (disebabkan kes jenayah dalam bas yang sangat popular masa tu).
gambar di stesen bas pun jadi..hehehe..

Kami meninggalkan Seri Manjung lewat petang. Untuk perjalanan balik Ayah ikut jalan biasa. Rasanya macam jauh sangat pulak. Sepanjang perjalanan lancar je..cuma bila sampai Pelabuhan Klang kami sesat pulak. Kami sampai rumah saudara Ayah pukul 12 lebih.


Mawarbiru : Ni bukan entri percutian terakhir tau..hehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...