Ahad, Januari 06, 2013

Crosstitch - ADQ Owlies

Dah lama rasanya aku tak cite pasal projek crosstich aku. Sejak dari projek crosstitch mega yang INI, aku takde buat apa-apa projek lain. Cuma buat crosstitch INI yang tak tau bila akan siap.hehehe..

Buat crosstitch ni pun ada moodnya tau. Kalau kena masa takde mood memang akan terbengkalai je lah.

Disebabkan boring buat satu pattern, maka tercari-carilah idea nak wat projek yang lain. Masa ni lah ternampak design owlies alphabet cik Kam untuk Addin. Mula lah dapat idea nak wat sesuatu yang istimewa untuk anak-anak saudara aku.

So,sekali lagi minta tolong cik Kam buat satu design owlies-huruf Q (memandangkan huruf A & D dah ada)..
Ni lah design yang cik Kam buat.  Comel kan??

Cik Kam hantar kat aku bulan 5. Masa tu rasa macam dah suntuk sangat je sebab perancangannya nak siapkan sebelum bulan 9. Nak tak nak aku nekad je. Cepat-cepat aku hantar design tu kat Kak Yati untuk ditukar jadi chart.

Bila dah dapat chart dari Kak Yati,dok pening kepala pula nak jahit kat atas apa. Cari-cari online..maka terjumpa lah jumper suit yg rasanya sesuai sangat untuk projek ni.

Untuk projek ni aku guna soluble canvas sebagai base untuk jahit crosstitch. Maybe lain kali aku cite cara guna soluble canvas ye (tak janji tau..hehehe..)

Berbeza dengan projek mega sebelum ni, untuk projek ni aku dapat siapkan awal. Huruf D & Q tu aku dapat siapkan sebelum bulan 9. Huruf A tu memang saje siapkan lambat sikit sebab hujung tahun baru nak bagi.

Setelah berhempas pulas siapkan projek ni,maka inilah hasilnya..

Ini adalah hadiah istimewa untuk anak-anak saudara aku sempena dengan besday dorang yang pertama. Rasa best sangat dapat siapkan untuk dorang.

D - Dhaniyah (27 September 2011)

close up

Q - Qayreen (17 Oktober 2011)

close up

A - Addin (6 Januari 2012)

close up

Untuk besday yang akan datang tak tahu lah boleh buat macam ni lagi ke tak..hehehe..

Nur Dhaniyah, Qayreen Marissa & Addin Zahran
Selamat Hari Lahir yang Pertama. 
Semoga menjadi anak yang baik,soleh & solehah buat ibu & ayah.. 
Lots of love from Mak Long @ Mak Lang...

Mawarbiru : Maaf ye..aku tak terima tempahan crosstitch..

3 ulasan:

  1. Cantik la Sal. Akak sendiri tak pernah guna soluble canvas lagi. Mesti anak-anak sedara Sal suka. :)

    BalasPadam
  2. farhana : terima kasih
    kak yati : terima kasih kak..saya ni budak baru belajar..hehehe...

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...