Rabu, April 18, 2012

Wordless Wednesday : Yg Mana Satu?


Cross Stitcher vs Sutera Bidadari

Isnin, April 09, 2012

Projek Hujung Minggu

Hujung minggu lepas takde kemana-mana disebabkan En.Somi kerja. Bila dah tak kemana-mana,memang dok mengadap crosstitch jelah. Lagipun memang dah tekad nak bagi sepenuh perhatian kat crosstitch kit tu. 

Ini masa pertengahan bulan lepas.  Aku ada update kat SINI. Nak tahu perkembangan crosstitch tu setakat ni?

Ni perkembangan yg terbaru. Dah nampak ada 3 ekor ikan lumba-lumba di situ. Amacam, cantik tak?
Bila tengok crosstitch ni rasa hilang semua penat masa membuatnya. Ni masih ada 40% lagi nak siap.. Hmm.. Rasa-rasanya keseluruhannya ada berapa ekor ikan lumba-lumba ye? Tekalah.. tapi takde hadiah...hehehe...

Mawarbiru: Nak siapkan cepat-cepat crosstitch ni..

Jumaat, April 06, 2012

KEPAK 2012

29 Mac hingga 1 April 2012 lepas, telah berlangsungnya Karnival Kerjaya Perniagaan & Kemahiran (KEPAK) 2012 bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Sabtu lepas,aku & Niza telah diarahkan untuk bertugas di kaunter pendaftaran KEPAK 2012. Kami bertugas bermula dari pukul 9 pagi hingga 4 petang.
pintu masuk ke karnival.. betul-betul berhadapan dgn kaunter pendaftaran kami

Ramai betul pengunjung yang datang hari tu. Tapi kebanyakannya macam lebih berminat nak cari SPR - sebab nak daftar pengundi. Kan Ahad lepas hari terakhir mendaftar kan. Tu yg ramai dok cari SPR tu..

pamplet KEPAK.. motif amik gambar ni??

Habis je waktu bertugas kami pusing-pusing kat tapak karnival tu. Takde apa yang menarik hati kami, so kami jalan-jalan cuci mata jelah. Malas nak tulis panjang-panjang,layankan jelah gambar-gambar yang tak seberapa ni..

Minggu Setiausaha bersama Dato' Siti Nurhaliza...minggu depan da..

hasil kraftangan pelajar MARA

macam-macam ada...

pelan Legoland.. korang dah tempah tiket??

Mawarbiru : Selamat berhujung minggu...

Khamis, April 05, 2012

Hasil Cuci Mata...

Hasil cuci mata di website MayCraft ari tu aku telah berjaya membeli dua majalah ni - Cross Stitch Collection & Just Cross Stitch. Dan semalam ianya telahpun selamat sampai ke tanganku.


Masa Poslaju call beritahu nak hantar bungkusan,rasa teruja sangat. Tak sabar-sabar nak balik rumah & belek-belek majalah ni. Rasanya Crosstitcher lain dah biasa kot dgn majalah ni. Sebabkan aku ni baru pertama kali beli,haruslah teruja tu terlebih2...

Dalam majalah ni ada disertakan beberapa design crosstitch yg comel-comel. Ada gak tips-tips crosstitching. Banyak lagi yang perlu aku belajar ni. Mungkin nanti bila aku dah mahir,boleh lah aku kongsikan di sini..

Bila dah belek-belek majalah ni,rasa mood crosstitching semakin meluap-luap plak. Tak bleh jadi ni..harus bulan ni cuci mata lagi...hehehe.. oklah,nak sambung belek-belek majalah ni..

Mawarbiru : En.Somi pun turut sama teruja tengok majalah ni..

Rabu, April 04, 2012

Wordless Wednesday : Nur Dhaniyah

Dhaniyah 6 bulan...

Mawarbiru : Kemalasan sedang melanda...hmmm...