Rabu, April 13, 2011

Aktiviti Masak2 & Makan2

Hari Sabtu lepas,aku dan cik Rienduan buat projek masak2.. Masak apa?? Rahsia...hehehe...

Lepas balik keje,tunggu cik Rienduan sampai..terus gi Carefour. Gi makan kat Square One & gi cari bahan2 kat Carefour. Sampai rumah dah pukul 4ptg. Alamak,sempat ke nak buat projek masak2 ni.. So,kami cepat2lah buat apa2 yg patut. Cik Rienduan sediakan bahan2 & aku plak uli tepung..biarkan tepung selama 1 jam,nak bagi naik..




Ni lah antara bahan2 toppingnya.. Kat tepi tu ada yg dah siap tapi blom bakar ..ye btol..kami buat pizza..hehehe..




Ni pizza cik Rienduan yg dah siap bakar. Nampak sedap tak? Pizza yg aku buat,blom sempat di bakar masa tu..


En.Somi balik keje...terkejut bila nampak kami tgh sibuk2 wat pizza. Tapi sempat gak dia menjamah pizza yg dah masak.. Komen En.Somi, "Macam tak cukup je utk abg ni.."hehehe...

Disebabkan malam tu aku & En.Somi bercadang nak balik ke rumah mertua,maka tak sempatlah nak bakar semua pizza tu.. Cik Rienduan bawak balik sikit & selebihnya terpaksalah kami bawak balik rumah mertua..


Pizza ni dibungkus dgn plastik & di angkut ke rumah mertua.. Terpaksa gak angkut oven sekali


Sampai rumah mertua,terus bakar pizza tu.. Baru bakar sekeping,Abg Rosli sekeluarga pun datang dgn bawak roti canai plak.. Malam tu aktiviti makan2 plak - pizza,roti canai & bubur kacang.. Alhamdulillah,kenyang..hehehe... Cuma sempat bakar 2 keping je pizza tu sebab masing2 dah kenyang.. Esoknya,bakar lagi 2 keping..

Mawarbiru: Len kali nak wat aktiviti masak2 apa plak ye??

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...