Isnin, April 11, 2011

Naluri Ibu

Ni perbualan kami suami isteri minggu lepas..

En.Somi: Balik kampung nanti nak minta mak buatkan bubur kacang lah.
Aku: Ntah mak nak buatkan ke tak..
En.Somi: Mak mesti buat punya utk anak dia ni.

Hujung minggu lepas,kami balik rumah mertua. Saje2lah aku tanya mertua apa yg dia masak ari tu.
Mertua: Mak masak bubur kacang. Saje je buatkan sebab tau korang nak balik. Lagipun abg kan suka.
Aku: Abg ada cakap kat mak ke?
Mertua: Cakap apa?
Aku: Cakap suh buat bubur kacang ni..
Mertua: Eh,takdelah.. mak saje buat..

Ahad petang..En.Somi cakap kat aku nak ajak lepak rumah Abg Rosli tapi tak kesampain sebab hujan sgt lebat petang tu.
Mertua: La,ujan pulak. Ingatkan nak ajak korang gi rumah Abg Rosli.

Aku & En.Somi saling berpandangan. Belum sempat cakap apa2,rupa2nya mertua pun fikir yg sama.. Ni yg dikatakan naluri seorang ibu..

Korang pernah alami tak?

Mawarbiru: Tiba2 rindu plak kat masakan mak..Tak sabar nak balik minggu depan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...