Rabu petang,lepas keje..balik rumah,rancangnya nak basuh baju. Terus masukkan sabun & buka paip air.. Eh,takde air? Aduh..terbantutlah perancangan nak basuh baju & masak...
Beritahu En.Somi..dia suh gi rumah nenek je. Mujurlah rumah nenek dekat..
Makanya malam tu kami makan & lepak kat rumah nenek. En.Somi tanya kawan dia yg keje kat SAJ. Kawan dia kata SAJ tengah betulkan paip bocor & kemungkinan air akan ada pukul 11.
Pukul 10 kami balik rumah semula dgn harapan esok pagi air dah ada..
Tapi..pagi2 tu air masih belum ada lagi. Aduh,macamana ni..
Tanpa berfikir pjg, terus ajak En.Somi ke rumah nenek lagi. Kelam kabut mandi & patah balik ke rumah & siap2 pergi kerja.
Petang tu balik keje,air masih takde lagi.. Hmm..buntu.. En.Somi kata kalau masih takde air,tidur rumah nenek je..
Sementara tunggu En.Somi balik,aku tanya jiran sebelah. Yelah,kotlah rumah kami je yg takde air sebab tengok jiran2 semua macam takde masalah air pun.
Aku : Kak,rumah akak ada air tak?
Jiran : Ada. Kenapa,rumah kamu takde air ke?
Aku : Yelah kak. Dari semalam lagi..
Jiran : Cuba kamu check meter air. Semalam ada org SAJ tukar meter..
Aku pun gi lah tengok meter.. Aik,sape plak yg tutup meter air ni? Meternya masih yg sama,tak bertukar pun.. Hmm…sape punya kejelah ni? Sabar jelah…
Mawarbiru: Terbantut semua aktiviti bila air takde..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...