penyerahan mas kahwin
pengantin bersama mak mertuaku
kami bersama pengantin
Selesai majlis akad nikah,ada plak bacaan Yassin. Kami pulak terpaksa bergegas mengambil hidangan untuk makan berdamai. Kami tempah dengan Kak Ina & Uji. Dorang masak tiga lauk - Siakap masak tiga rasa, Udang Madu & Telur Puyuh.
Sampai rumah tengahari..kelam kabut plak menghias hidangan tu utk diletak kat meja makan pengantin. Gambar hidangan terlupa nak amik,sebab dah kelam kabut sgt...
kek yg ditempah dari Leeza Cake House
Pukul 2:30 kedengaran bunyi kompang menandakan ketibaan pengantin lelaki. Aku & anak buah dah bersiap sedia jadi tol kat depan pelamin.. Dapatlah gak duit tol dari pengapit...hehehe..
Gambar bersama pengantin takde sebab masa tu kami dok sibuk melayan tetamu. Tapi keluarga aku yg datang - mak & adik sempat plak bergambar kat atas pelamin..
mak & adik2..eh,mana nenek??
Selamat Pengantin Baru kepada Ina & Ezane. Semoga tabah menempuhi bahtera rumahtangga..
Mawarbiru: Semalam baru saje menerima kunjungan pengantin baru..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...