Selasa, Disember 22, 2009

Tak Setaraf??

Ada tak antara kalian yg memiliki diploma @ ijazah & telah memohon kerja di jabatan kerajaan?

Adakah kalian mengalami kesukaran sewaktu ditemuduga? Dah berapa kali kalian mohon?

Ini adalah pengalaman seorang teman yg telah pun menghadiri temuduga di sebuah institusi kerajaan.

Waktu temuduga yang tertera di dalam surat tawaran adalah pukul 8 pagi. Makanya, teman ini telah datang seawal 7.30 pagi. Masih belum ada sesiapa waktu itu. Teman sabar menanti. Hanya setelah pukul 8 pagi, baru ada seorang staf yg menguruskan temuduga tersebut datang dan menanda kedatangan. Setelah itu, barulah calon2 lain datang...

Pada hari itu, diadakan temuduga utk 3 jawatan. Untuk jawatan yg dipohon teman ini,hanya 5 org calon terpilih tapi cuma 3 org calon yg dtg..Mungkin teman ini ada peluang...

Hampir pukul 9, calon2 utk 2 jawatan dibawa ke bilik komputer untuk ujian personaliti. Manakala, calon2 utk 1 jawatan lagi, terus ditemuduga...

Sampai ke bilik komputer, bilik tersebut terkunci. Maka, staf ni pun pergilah mencari kunci. Bila masuk ke bilik komputer, ada masalah pula dgn program yg ingin digunakan..Menunggu lagi...

Ujian personaliti menggunakan komputer hanya berlangsung lebih kurang 20 minit...

Calon2 utk jawatan yg teman ini pohon disuruh terus duduk di dalam bilik komputer untuk menjalani 1 lagi ujian...Lebih kurang 20 minit...

Selesai menjalani ujian, calon2 diberitahu temuduga hanya akan dijalankan pada pukul 11. Terpaksa menunggu lagi memandangkan waktu itu belum pun pukul 10...

Setelah pukul 11, teman ni pun pergilah ke dewan temuduga...Masih ramai lagi calon2 yg belum ditemuduga (termasuklah calon2 utk jawatan yg x menjalani ujian personaliti tadi)...Menunggu...

Akhirnya pada pukul 12.30, barulah teman ini dipanggil utk temuduga bersama 2 lagi calon...Jawatan yg terakhir ditemuduga...Soalan2 dpt dijawab dgn baik...

Selesai ditemuduga, panel temuduga telah mengatakan sesuatu 'fakta'.

"Diploma yg kamu miliki tidak setaraf dgn diploma yg sama dari U lain. Jadinya, takde sorang pun antara kamu yg layak utk jawatan ini. Ini adalah fakta ya. Nasihat saya, sebaiknya kamu kena amik short course untuk menambahkan lagi kemahiran kamu".

Teman ini bertanya pada aku, "Bukankah pihak U dulu menyatakan diploma ini telah di naiktaraf tetapi kenapa institusi lain tidak mengiktiraf diploma ini dan menyatakan ianya tak setaraf dgn U lain?"

Apa komen kalian tentang hal ini??
Adakah kalian juga pernah melalui pengalaman seperti ini??

2 ulasan:

  1. wahh..macam tu ke temuduga kerajaan. I've never been through this kinda experience before. hari tu br je mohon S.P.A, klu mcm ni la temuduganya...ia agak menjengkelkan. :(

    BalasPadam
  2. x semua temuduga kerajaan mcm tu..tp kebanyakknya kena melalui prosedur yg lebih kurang sama...so,sbr jelah...

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...