Jumaat, Disember 25, 2009

Kerjaya @ Keluarga??

Pagi tadi En.Boss cakap kat aku,
"Kalau kamu nak kerja lama kat sini,kamu kena kerja mcm saya. Kena pentingkan kerja. Jgn sebabkan keluarga,kamu x nak kerja".

En.Boss xdelah cakap mcm tu. Aku ubah sikit dialog dia bagi sedap sikit..Kalau ikut dialog dia,susah nak paham plak.

Sebenarnya aku tau En.Boss tu merujuk kepada kerja lebih masa & pada hari Ahad.Sbb kerja time tulah yg aku xleh buat..Yelah aku kan ada komitment lain,komitmen pada keluarga. So,xleh lah nak ikut rentak En.Boss aje. Tapi En.Boss ni nak kita ikut rentak dia..Tu yg aku x koser nak layan...

Memanglah x dinafikan dulu aku x kisah sangat sbb masa tu aku bujang. Sekarang ni bila dah kawin,sendiri kena ingatlah. Hujung minggulah masa utk aku habiskan bersama keluarga. Xkan lah aku nak kerja pulak...Kesian kat En.Somi nanti...

Seorang teman berkata "Macamlah kita dapat gaji berbaloi kalau kita workaholic pun".

Walau apapun, aku tetap pentingkan keluarga...Kerjaya aku ni cukuplah sekadar utk cari rezeki yg halal...Lagipun, xkan selamanya aku nak kerja kat kompeni ni...
TAK BERBALOI..BALOI...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...