Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label memori. Papar semua catatan

Selasa, November 09, 2010

Layan Blues di Minyak Beku

Minyak Beku?? Kalau org Batu Pahat,taulah Minyak Beku tu kat mana.. Kalau tak tau gak,silalah google sendiri..

Alkisahnya,Sabtu lepas aku ajak Cik Rienduan gi Minyak Beku. Aku bercadang nak survey tempat makan yg best kat sana. Kotlah ada restoran seafood yg best..

Kalau nak tau,jalan ke Minyak Beku ni agak curam & bengkang-bengkok. Jauh gak nak sampai ke pantai..bagi org yg tak biasa lah..

Pantai Minyak Beku bukanlah macam pantai biasa tempat mandi-manda tu. Tapi hanyalah pantai berbatu2 yg sesuai utk kaki2 pancing.. Kalau nak layan blues dgn angin yg sepoi2 bahasa pun ok gak...

Kami kat pantai sekejap saje sebab sebenarnya kami mencari Terminal Feri Minyak Beku.. Rupa2nya terminal feri tu terletak dlm 1km (anggaran je) sebelum sampai pantai..

Sedikit info mengenai terminal feri ni..

The Batu Pahat Ferry Terminal is located at Minyak Beku, only a stone-throw distance from Batu Pahat town. It is a one-stop ferry terminal where provides daily ferry services to several prosperous and important towns in Indonesia.

With the romantic atmosphere and scenery sight, it is also a nice spot for fine-dining. Our chef obliges to serve all of our honourable patrons with mouth-watering Japanese cuisine.
Furthermore, several trendy shops will be available in the terminal soon.We are sure that every traveller may enjoy an unique shopping experience in our terminal.

Terminal feri ni ada menyediakan khidmat feri ke Tg. Balai dan akan datang ada feri ke Batam dan Bengkalis. Utk keterangan lanjut sila layari http://www.terminal.bpft.net/

cantik kan pemandangan kat sini??

Nampak tak laluan yg panjang berbatu tu? Tu lah laluan untuk naik feri. Masa kami datang tak nampak pulak feri.

Ni bukan tempat beli tiket feri ye.. Ni tempat beli tiket utk naik bot. Sejauh mana perjalanan bot tu aku tak pasti.. Tapi yg aku tahu harga utk 1 tiket dewasa - RM8 dan RM5 utk kanak2.
Ni plak jeti tempat nak naik bot. Terlupa plak nak amik gambar bot tapi yang pastinya bot tu lebih kurang yg macam dalam gambar tu tapi besar skit.. Jgn risau,life-jacket ada disediakan sewaktu naik bot tu..

Disebabkan kami datang dah agak petang,tak merasa lah nak naik bot tu..


Eh,ada lah gambar bot..tapi jauh lah plak.. Nampak tak??

Ni plak medan selera yg berdekatan dengan terminal tu.. Ada beberapa gerai tapi petang tu kebanyakkan belum buka lagi. Terpandang kat satu2nya gerai yg buka masa tu macam ada tempat nak berkaraoke (agaknya je).
Kat belakang medan selera tu ada chalet & dewan. Chalet kat situ masih baru lagi.. Terlupa plak nak amik gambar.. Harga sewa chalet aku tak pasti tapi korang bleh check kat pejabat ye..
Setelah puas layan blues,masa utk pulang. Tapi rasa macam berat hati plak. Tak mengapa,lain kali boleh datang lagi..
Sebelum pulang,amik gambar dulu ye..
Disebabkan angin yg kuat masa tu,melayang2 tudung aku dibuatnya.. Gambar ditangkap curi oleh cik Rienduan..hehehe..
Mawarbiru: Time kasih cik Rienduan

Selasa, Ogos 24, 2010

Setelah 15 tahun

Seperti yg aku war2kan dlm entri yg lepas,sabtu ari tu adalah reunion sekolah rendah aku. Unofficial je pun..

Tak tahu nak cerita macamana pasal reunion tu. Apa yg boleh dikatakan agak mengecewakan..walau apapun aku tetap seronok sebab dapat jumpa member2 lama.

Disebabkan aku ni buta jalan kat JB,maka aku ajaklah adik aku,Diena join sekali. Haruslah aku sponsor dia kan. Kami tiba kat Benafe Village tu awal,so sementara tunggu dorang yg len dtg,kitorg pun gi lah mengimbas memori lama kat sekolah rendah tu.. Ternyata sekolah tu dah jauh berubah..dah ada bangunan baru. Sedih plak bila tengok sekolah lama yg dah jauh berubah. Tapi rasanya kenangan kat sekolah akan terus terpahat dalam ingatan...

Aku sempatlah amik gambar pintu masuk sekolah..tp sebab amik dari dalam kereta,macam tak clear plak.. Lambang sekolah pun dah bertukar..huhuhu...

Ok,berbalik pada cerita reunion ari tu..

Setelah 15 tahun berlalu,akhirnya kami berjumpa..Reunion yg pertama kali diadakan hanya disertai oleh Geena Aziz, Najib Rashid, Liza Tumin & aku. Walau pada asalnya 11 org dah confirm nak datang,tapi akhirnya hanya kami aje yg menghadirkan diri.. Takpelah,nak wat macam mana kan..tak kan nak paksa plak.. So,sudahnya macam berbuka puasa biasa jelah kan..

Muka masing2 tak jauh berubah.. masih bleh cam lagi..hehehe... Kami borak2 sambil makan.. Mengimbas kembali memori masa sekolah dulu...kelakar btol.. Kalaulah dapat diundurkan masa...hehehe...

Hari tu gak Geena telah mensponsor kek bagi meraikan reunion ni..

rasa mcm sedih plak tgk kek ni...huhu...
Liza Tumin yg datang bersama suami & anak2nya terpaksa pulang dulu sebabkan anaknya dah meragam.. Kemudian,aku & adik plak minta diri untuk pulang.. Maka,tinggallah Najib & isteri serta Geena... Tak taulah dorang balik kol bape..
Sebelum balik,haruslah amik gambar dulu...

Liza Tumin,Geena Aziz,aku,Najib Rashid & isteri (tak nampak plak muka Najib)

Terima kasih kepada korang kerana sudi datang reunion ni. Harapnya lepas ni tak serik buat reunion lagi..and do keep in touch..ok..

Mawarbiru:Harapnya lebih ramai lagi yg join reunion akan datang...

Jumaat, Ogos 20, 2010

Jejak Kasih di Facebook

Sekarang ni dah jadi macam satu trend,bila semua orang pun ada akaun Facebook (FB). Lepas tu,mula lah timbul hal2 yg menjadikan FB tu tak bagus..cakap2 yg mengatakan FB tu hanya mendatangkan keburukan. Yelah,ada sesetengah orang yang suka sangat update status kat FB - tempat meluahkan perasaan,mengadu masalah rumahtangga,kutuk-mengutuk & macam2 lagilah yg malas aku nak sebut.. ntahlah..malas nak komen..

Sebenarnya,aku bukanlah nak bercerita pasal tu semua. Aku nak cerita bagaimana melalui FB,aku telah berjaya menjejak member2 masa sekolah rendah secara tak sengaja. Bayangkan setelah lebih kurang 16 tahun,secara tiba2 kami bertemu di FB. Tiba2 rasa kecilnya dunia...hehehe...

Alkisahnya bermula bila aku ternampak satu nama yg agak familiar kat friend list member aku,Ina. Nama tu macam nama member sekolah rendah aku.. Utk mendapatkan kepastian yg aku tak salah org,aku minta Ina tanyakan & tunjuk gambar kelas aku masa sekolah rendah kat member tu. Lagipun aku macam ingat2 lupa muka dia masa sekolah tu.
Nak dijadikan cerita,Ina telah letak gambar tu dalam FB & tag member tu. Maka,disitulah bermula sesi jejak kasih bila member tu pun tag member2 yg lain. Sahlah,member tu Norlina Ramsi memang member aku masa sekolah rendah. Yg pastinya dia takde pun dalam gambar tu sebab dia kelas lain...hehehe...

gambar jejak kasih. cuba teka aku yg mana?



sebahagian dari komen2 member2..dorang pun macam tak percaya boleh jumpa kat FB ni...hehehe..

Susulan dari sesi jejak kasih tu, timbul plak cadangan nak buat reunion. Dorang siap buat page pasal nak bincangkan plan reunion ni..


Setelah berbincang,maka reunion telah ditetapkan pada Sabtu,21 Ogos 2010 bertempat di Benafe Village,JB jam 7 (berbuka puasa sekali ye).

So,kepada semua bekas pelajar SRK Larkin(2),JB batch 1989-1994,jom beramai2 join reunion. Tak sabar rasanya nak jumpa korang sume...

Mawarbiru: Tiba2 nervous plak...

Rabu, Mei 26, 2010

Mungkinkah Dia?

Sabtu lepas,sewaktu keluar bersama En.Somi & Cik Rienduan..aku seperti ternampak kelibat seseorang. Mungkinkah itu dia atau aku tersalah orang? Ternyata memang benar dia kerana bukan aku sorang saje yg nampak..

Perasaan aku? Ntahlah..mungkin sedikit terkejut. Setelah 2 tahun,sekarang baru ternampak dia dgn seorang teman...Alhamdulillah,kehidupan telah diteruskan. Aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia..Insya Allah..