Memaparkan catatan dengan label larkin2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label larkin2. Papar semua catatan

Selasa, Ogos 24, 2010

Setelah 15 tahun

Seperti yg aku war2kan dlm entri yg lepas,sabtu ari tu adalah reunion sekolah rendah aku. Unofficial je pun..

Tak tahu nak cerita macamana pasal reunion tu. Apa yg boleh dikatakan agak mengecewakan..walau apapun aku tetap seronok sebab dapat jumpa member2 lama.

Disebabkan aku ni buta jalan kat JB,maka aku ajaklah adik aku,Diena join sekali. Haruslah aku sponsor dia kan. Kami tiba kat Benafe Village tu awal,so sementara tunggu dorang yg len dtg,kitorg pun gi lah mengimbas memori lama kat sekolah rendah tu.. Ternyata sekolah tu dah jauh berubah..dah ada bangunan baru. Sedih plak bila tengok sekolah lama yg dah jauh berubah. Tapi rasanya kenangan kat sekolah akan terus terpahat dalam ingatan...

Aku sempatlah amik gambar pintu masuk sekolah..tp sebab amik dari dalam kereta,macam tak clear plak.. Lambang sekolah pun dah bertukar..huhuhu...

Ok,berbalik pada cerita reunion ari tu..

Setelah 15 tahun berlalu,akhirnya kami berjumpa..Reunion yg pertama kali diadakan hanya disertai oleh Geena Aziz, Najib Rashid, Liza Tumin & aku. Walau pada asalnya 11 org dah confirm nak datang,tapi akhirnya hanya kami aje yg menghadirkan diri.. Takpelah,nak wat macam mana kan..tak kan nak paksa plak.. So,sudahnya macam berbuka puasa biasa jelah kan..

Muka masing2 tak jauh berubah.. masih bleh cam lagi..hehehe... Kami borak2 sambil makan.. Mengimbas kembali memori masa sekolah dulu...kelakar btol.. Kalaulah dapat diundurkan masa...hehehe...

Hari tu gak Geena telah mensponsor kek bagi meraikan reunion ni..

rasa mcm sedih plak tgk kek ni...huhu...
Liza Tumin yg datang bersama suami & anak2nya terpaksa pulang dulu sebabkan anaknya dah meragam.. Kemudian,aku & adik plak minta diri untuk pulang.. Maka,tinggallah Najib & isteri serta Geena... Tak taulah dorang balik kol bape..
Sebelum balik,haruslah amik gambar dulu...

Liza Tumin,Geena Aziz,aku,Najib Rashid & isteri (tak nampak plak muka Najib)

Terima kasih kepada korang kerana sudi datang reunion ni. Harapnya lepas ni tak serik buat reunion lagi..and do keep in touch..ok..

Mawarbiru:Harapnya lebih ramai lagi yg join reunion akan datang...

Jumaat, Ogos 20, 2010

Jejak Kasih di Facebook

Sekarang ni dah jadi macam satu trend,bila semua orang pun ada akaun Facebook (FB). Lepas tu,mula lah timbul hal2 yg menjadikan FB tu tak bagus..cakap2 yg mengatakan FB tu hanya mendatangkan keburukan. Yelah,ada sesetengah orang yang suka sangat update status kat FB - tempat meluahkan perasaan,mengadu masalah rumahtangga,kutuk-mengutuk & macam2 lagilah yg malas aku nak sebut.. ntahlah..malas nak komen..

Sebenarnya,aku bukanlah nak bercerita pasal tu semua. Aku nak cerita bagaimana melalui FB,aku telah berjaya menjejak member2 masa sekolah rendah secara tak sengaja. Bayangkan setelah lebih kurang 16 tahun,secara tiba2 kami bertemu di FB. Tiba2 rasa kecilnya dunia...hehehe...

Alkisahnya bermula bila aku ternampak satu nama yg agak familiar kat friend list member aku,Ina. Nama tu macam nama member sekolah rendah aku.. Utk mendapatkan kepastian yg aku tak salah org,aku minta Ina tanyakan & tunjuk gambar kelas aku masa sekolah rendah kat member tu. Lagipun aku macam ingat2 lupa muka dia masa sekolah tu.
Nak dijadikan cerita,Ina telah letak gambar tu dalam FB & tag member tu. Maka,disitulah bermula sesi jejak kasih bila member tu pun tag member2 yg lain. Sahlah,member tu Norlina Ramsi memang member aku masa sekolah rendah. Yg pastinya dia takde pun dalam gambar tu sebab dia kelas lain...hehehe...

gambar jejak kasih. cuba teka aku yg mana?



sebahagian dari komen2 member2..dorang pun macam tak percaya boleh jumpa kat FB ni...hehehe..

Susulan dari sesi jejak kasih tu, timbul plak cadangan nak buat reunion. Dorang siap buat page pasal nak bincangkan plan reunion ni..


Setelah berbincang,maka reunion telah ditetapkan pada Sabtu,21 Ogos 2010 bertempat di Benafe Village,JB jam 7 (berbuka puasa sekali ye).

So,kepada semua bekas pelajar SRK Larkin(2),JB batch 1989-1994,jom beramai2 join reunion. Tak sabar rasanya nak jumpa korang sume...

Mawarbiru: Tiba2 nervous plak...