Ahad, Ogos 03, 2014

Cerita 1 Syawal

Raya tahun ni En.Somi dah cakap awal-awal yang dia start cuti raya pada raya ke-3.  Maknanya kena sambut berdua kat Gelang Patah dulu, lepas tu baru balik kampung.  Aku ok je.. tapi memandangkan 1 Syawal tu En.Somi kerja malam, so aku cadangkan balik kampung pagi tu & petangnya balik semula ke Gelang Patah.

Sehari sebelum raya,aku memang takdelah nak masak pape sebab En.Somi macam nak ikut cadangan aku tu. Tiba-tiba tengahari tu dia suruh packing barang..cakap nak balik kampung masa tu gak.  Makanya,pukul 2 kami dah pun selamat sampai di kampung En.Somi. Punyalah terkejut mak mertua aku..tapi sebenarnya dia dah dapat agak sebab En.Somi macam dah bagi clue je..(biasalah anak mak)

Malam raya, kami ke rumah nenek.. wat suprise kat sana plak. Aku memang tak beritahu sape-sape pun..terkejutlah dorang bila nampak kitorang dah terpacul depan rumah..hehehe..

Pagi raya, di rumah mertua...sebelum sesi bermaaf-maafan, haruslah kami bergambar dulu..
kami di pagi raya

Selepas solat raya, tiba lah masa untuk sesi bermaaf-maafan & bergambar bersama keluarga En.Somi.
mertua & kakak En.Somi

keluarga En.Somi

Adik aku whatsapp kat group gambar ni..Eh,ada cik Aisyah lah. Rupa-rupanya dia pun buat suprise di hari raya. Kesian dia terpaksa kerja di raya pertama..raya ke-4 baru dia dapat cuti.  Takpelah kan,dapat balik beraya sekejap pun jadi lah kan.
keluarga ku yg ada di pagi raya

Tengahari tu kami plan nak beraya ke rumah nenek & mak aku pulak. Sekali tu rombongan keluarga aku nak datang beraya rumah mertua..terpaksalah kami tunggu dulu. Selesai je dorang beraya,kami terus gerak ke rumah nenek.
keluarga ku

Inilah gambar keluarga aku yang ada masa tu. Cik Aisyah dah kembali bekerja, cik Diena beraya di rumah mertua. Ayah pulak kerja. Tahun ni memang tak dapat berkumpul satu keluarga pun. Tapi takpelah..tunggu masa cik Aisyah kahwin je nanti..hehehe..
selfie bersama Addin


Ini Addin,anak saudara yang susah sangat nak didekati..buat maklong geram saje. Terpaksalah letak je satu-satunya gambar yang ada bersama Addin ni. Lain kali bila Addin balik sini,memang siap lah maklong peluk-peluk and cium-cium dia..geram sangat tau.

Sekian saja cerita kami pada 1 Syawal.. Petangnya dah kena balik Gelang Patah sebab En.Somi bekerja.


Mawarbiru : masih dalam mood raya

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum Kak Rena...Selamat Hari Raya...

    BalasPadam
  2. Waalaikumussalam Lia.. Selamat Hari Raya gak (walaupun dah abis raya)

    BalasPadam

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...