Rabu, September 25, 2013

Memanjakan Diri..

Sempena hari lahir mak tempoh hari,aku hadiahkan mak voucher pakej spa.. Aku beli kat Groupon. Tak kan lah beli untuk mak saje,haruslah beli untuk diri sendiri gak..hehehe..
inilah voucher yg aku beli

Setelah beberapa kali dok tukar-tukar appointment,akhirnya kami pun pergi Sabtu lepas. Pusat kecantikan tu kat Taman Johor Jaya. Disebabkan tak biasa dengan kawasan tu,maka terpusing-pusinglah kami kat situ. Rupa-rupanya ada kat depan mata saje.

inilah tempatnya..

kat dalam

Untuk voucher yg aku beli ni,ada dua pakej seperti yg kat bawah ni:

Package A (RM404 value)
  • 60-minute full body aromatherapy massage (RM168 value)
  • 30-minute full body whitening mask (RM98 value)
  • 15-minute shower
  • 25-minute herbal spa Jacuzzi (RM138 value)
     
Package B (RM456 value)
  • 60-minute full body aromatherapy massage (RM168 value)
  • 75-minute face shower treatment (RM288 value)
    -   Cleansing
    -   Face shower treatment
    -   Face massage
    -   Serum application
    -   Intensive facial mask application
    -   Scalp and hair treatment
    -   Head massage

Disebabkan aku lebih berminat kepada rawatan badan,aku pun pilih lah pakej A.

Memandangkan kami ni tak pernah pergi tempat macam ni,haruslah rasa teruja lebih. Secara keseluruhannya memang best lah layanan dorang.. Sesekali memanjakan diri,terasa selesa yg amat. Mak pun puas hati..siap bercadang nak datang lagi tu..
promosi terbaru

Selesai saja sesi memanjakan diri,mak ajak pulak makan roti nan cheese kat Taman Perling. Wah..memang terbaeklah.. Hari yg sangat best.. Mak sangat gembira & perut aku pun bergembira..hehehe..

roti nan cheese..sedapnya..


Mawarbiru : Girls day out..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...