Khamis, Disember 20, 2012

Sehari selepas 12.12.12

Balik dari bercuti hari tu, En.Somi cakap dia rasa tak sedap badan. Ahad tu dia demam panas. Risau sangat..aku terus bawak dia pergi klinik. Dapat MC sehari.. Lepas tu bawak gi urut plak.

Esoknya En.Somi dah mula sihat. Tapi hari Khamis dia demam balik. Dia cakap nak rehat kat rumah je. So,aku pergilah kerja macam biasa. Tengahari aku call,tanya dia dah ok ke. Dia cakap masih tak sihat.

Balik kerja,aku terus tengok En.Somi. Dia cakap tengahari tu dia jatuh kat bilik air. Maybe kepala dia luka sebab dia rasa bantal yang dia baring tu basah. Bila aku tengok kepala dia..memang sah luka.. dalam plak tu. 

Petang tu gak kami ke klinik. Maka berjahitlah kepala En.Somi. Dapat MC 2 hari.

lepas kena jahit

Lupa plak nak amik gambar sebelum jahit. Masa tu dah panik sangat..risau pun ada..

Seminggu lepas tu,kami gi klinik lagi sebab nak buka jahitan plak.

dah gunting rambut.. tak berapa nampak bekas jahitan kan...

Mawarbiru : En.Somi dah sihat...yeah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...