Isnin, Disember 17, 2012

Konvokesyen, Ikea & The Curve

Rasa macam lama sangat tak update blog ni. Banyak sangat perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ni, buatkan aku tak tahu nak update apa.. Nampak macam jawapan klise plak ye..hehehe..

4 Nov 2012
Ikut mak ayah pergi konvokesyen cik Aisyah. Kami bertolak Selasa petang, singgah Batu Pahat amik nenek. Terus gerak ke Klang, rumah Pak Ngah. Dan macam biasa..mestilah ada episod sesat-sesat bagai..3 orang penunjuk jalan buat pemandu (Ayah) hampir-hampir nak pengsan..hahaha..

5 Nov 2012
Kami ke UiTM dengan disertai En.Hami, cik Kam & Addin. Konvo cik Aisyah ni sesi petang.. Jenuh gaklah nak tunggu sampai habis majlis konvo tu.

ayah & mak


bersama cik Kam, Addin & Upin..eh...

Seperti biasa bila dah kalut, maka lupe lah nak amik gambar dgn org yang terima ijazah ari tu. Apa nak buat.. Nasiblah ada gambar dalam studio. Tunggu je lah gambar tu siap ye..

Malam tu kami gerak ke UPM, amik Adik & terus ke Ampang, rumah family cik Kam. 

6 Nov 2012
En.Hami & cik Kam bawak kami jalan-jalan gi Ikea. Dapatlah kami merasa meatball Ikea yang popular sangat tu kan. 
meatball Ikea

Komen aku? Rasanya so-so je. Takdelah sampai tahap meletop pun.. Bleh lah..

Lepas makan, cuci-cuci mata kat Ikea tu sambil shopping apa-apa yg patut. Mak paling banyak shopping..utk rumah baru lah katakan..

Dah puas shopping kat Ikea, kami pergi The Curve plak. Jalan-jalan cuci mata saje. Lepas tu, makan lagi..hehe.. Rasa macam banyak sesi makan plak..

kami tanpa cik Kam

mak long & Addin

Lepas hantar Adik balik UPM, kami pun bergerak balik JB...

Kredit : Gambar di cilok dari FB En. Hami

Mawarbiru : Bulan ni macam banyak cuti plak..hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jgn malu,jgn segan...Mehlah tinggalkan komen korang...